Friday 12 September 2014

GST BENAR SUNGGUH TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT KERANA HARGA RUMAH NAIK BARU 6% ... KALAU RASA MAHAL JANGAN BELI!!!!!!



Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.

Presiden REHDA merangkap orang Kuat UMNO Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.

Sebelum itu apa Najib Razak beritahu satu dunia?????

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bukan bertujuan membebankan rakyat.

Perkara itu diulangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada majlis penerangan perdana GST di ibu negara, hari ini.

Sebaliknya ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

Kata beliau, kerajaan telah mengambil kira semua aspek termasuk bebanan rakyat sebelum melaksanakan GST.

“Ini bukan cukai tambahan. Ini ganti cukai jualan dan perkhidmatan. Banyak tidak sedar cukai pendapatan telah turun tahun depan untuk semua kumpulan. BR1M  juga dinaikkan tahun depan kepada tambahan RM300.”

Mengakui harga barang akan naik sedikit, namun penguatkuasaannya akan diperketat bagi memastikan tiada pihak yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Barang naik, tetapi sedikit 1.8%. Kerajaan akan tambah pegawai KPDNKK, kalau sesiapa naik harga, tolong beritahu,” katanya lagi.

Tambah beliau kerajaan telah mengkaji pelaksanaan GST sejak 30 tahun lalu. Beliau melihat pelaksanaannya penting sebagai reformasi sistem cukai agar lebih telus dan efisien.

63 comments:

  1. Cerita GST, PAS dan DAP cakap aku dengar sebab depa boleh kira.

    PKR cakap, aku tak nak kira:

    Sebenarnya Gang2 Kajang Move dalam PKR kena masuk sekolah rendah balik, sebab tak fahaml lebih dari 2 jawapannya bukan 1.

    Saya sedih, jenis ni yang menasihatkan de facto.

    Antara dualah jawapannya, antara gang2 ni kurang ajar dan derhaka atau memang bodoh piang tak tau kira.

    Wehh Rafizi where are you, Boy, boy come here, I teach yoou how to count ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembaca budiman lagi dihormati.. sukacita saya maklumkan kepada tuan tuan bahawa saya telah menerima satu maklumat sulit dari bilik gerakan siber umnu berhubung dengan satu arahan supaya tentera siber umnu mengganggu blog pro pr

      justru itu pembaca sekalian diminta untuk jangan membaca sebarang komen yg dibuat dlm blog pro pr kerana kebanyakan nya adalah fitnah dari siber umnu

      Delete
    2. Okay faham tuan.. ini bermakna kita hanya baca artikel yg ditulis oleh omakkau saja.. ruangan komen tu biar siber umnu tulis dan baca sendiri.. betul?

      Delete
    3. Korek korek.. anon 18.55 betul tu.. komen komen berunsur fitnah tak patut kita baca.. biarkan saja kaki fitnah dari kalangan siber umnu saja yg saling membaca komen sesama sendir... biar hati hitam mereka tambah berkarat..

      Delete
    4. Kalau macam tu nanti frust lah.mereka tuan.. puas memfitnah tapi tak de org baca... ni dah macam jual mi kat pasar malam.. bila tak laku makan sendiri...

      Delete
    5. Ya cik anon 19.02 .. macam tu lah.. bagus analogi tu.. bila fitnah dah takde org baca sendiri ajelah baca.. he he.. tapi tak mananya dia org frust.. dia org tu kan dapat duit.. namanya pun tentera upahan.. upah buat fitnah

      Delete
    6. Anon 19.04 sebenarnya ada yg frust.. mat maslan.. sebab jarum dah tak jalan.. duit kuar tapi hasil takdak..

      Delete
    7. Memang mahal.Terutama kat penang. Kalau tak RM500,000, jangan dekat.
      Rumah murah tak pernah dengar lagi.
      Orang politik jangan percaya. Eng eng pun sama jugak. Takkan dia tak tau rumah kat penang mahal. Tapi tiada tindakan. Pas dan pkr pun semacam. Tak pernah ambil tindakan untuk jual rumah murah.

      Delete
    8. aku tak setuju dengan gst.
      Kepada siapa aku nak mengadu atau membuat bantahan?
      ada ker mana2 menteri yang akan mendengar aduan dan bantahan aku?

      Delete
    9. 1757 ni jenis orang tak paham bahase.
      orang cerita pasal rumah dan gst, dia konar pasal budak rafizi pulak.
      ni mesti tak lulus BM spm

      Delete
    10. encik 17:55...
      Itu pasal la kita tak setuju dengan GST

      Delete
    11. salam,
      hahaha.....banyak coretan kekeliruan sila blog agaknya.
      pasal harga rumah naik memang dah sejak dulu lagi maka tak guna kita nak bising sebab harga rumah tetap naik. kalau nak harga rumah turun maka jangan beli rumah bila rumah tak laku maka harga akan jatuh dengan sendiri secara mendadak maka harga rumah akan murah. tetapi rumah di negara ini laku macam pisang panas maka memang patut harga akan naik setiap tahun . jadi buat apa nak bising2 kalau mampu beli kalau tak mampu sewa je lah. pasal contrator kata harga pasir naik lah simen naik lah besi naik lah semuanya hanya alasan sj kecuali mungkin gaji naik sikit tu memang patut lah kerana tak ramai yg suka kerja berat ni . harga naik yg untung besar tauke besar projek rumah sebab mrklah harga naik mendadak bila laku lagi mrk naikkan maka untung besar mrk sebab tu banyak projek besar ada dimana sj di seluruh malaysia sampai tanahl laku dan dipaksa jual kalau tak bakar roboh sana sini maka harga tanah pun naik secara mendadak , secara tak lansung harga rumah atau kedai naik berlipat ganda . bila tiba tahun 2020 harga rumah di malaysia paling murah dalam purata rm 500ribu , harga barang akan naik purata 30% dgn harga skrg, maka purata kemiskinan akan naik mendadak sebab malaysia akan jadi negara maju. dulu lain skrg lain akan datang lain maka kalau nak hidup baik pada masa depan rajinlah berkerja dan simpan untuk masa depan, kalau malas berkerja dan suka boros maka jangan harap nak hidup baik malah hidup penuh dgn hutang dan akan ketinggalan jauh kebelakang dan hidup susah tak seperti hidup senang macam skrg .

      Delete
    12. salam,
      pasal gst pula memang akan naikkan harga barang tetapi taklah naik banyak sangat malah ada yg akan turun sedikit atau kekal dan sebilangan akan naik banyak sikit ikut barangan lah. memanglah gst akan naikkan pendapatan kerajaan kalau tak buat apa nak gst kan??? malah gst lebih mudah dilakukan untuk memungut cukai dari rakyat dimana peniaga sebagai pemungut cukai, pembeli/penguna sebagai pembayar cukai, kerajaan sebagai peminta cukai . maka gst akan memudahkan kerajaan untuk memungut cukai malah akan meningkatkan cukai pendapatan kerajaan setiap tahun ( lebih baik dgn sistem skrg malah lebih banyak cukai diperoleh) . Bila gst sudah dilaksanakan dalam masa 5 tahun akan datang, rakyat akan biasa dengan gst malah gst seperti satu sistem baru seperti negara maju lain. cuma masalah nya adalah gst akan dinaikkan bila kerajaan perlukan maka inilah masalah yg susah nak di terima oleh rakyat malaysia kerana purata boleh naik sampai 10-12 % (GST) pada masa akan datang . kalau kaya gaji besar tak apa lah kalau gaji kecil maka golongan ini akan jauh ketinggalan tergolong kelompok kemiskinan . boleh ke saudara terima???? skrg hidup senang akan datang hidup susah!!! . inilah akan terjadi kalau nak jadi negara maju sebab negara maju bererti negera maju hidup mewah dan penuh dengan kemudahan maka rakyat kena berpendidikan tinggi malah kaya bergaji besar baru boleh hidup di negara maju. kalau tak saudara hanya bisa hidup di kampung jauh dari bandar malah mungkin bawah jambantan atau kawasan terbiar . inilah yg terjadi pada rakyat dinegara maju kalau tak percaya tgk bawah jambatan atau kawasan2 bandar di kuala lumpur . ini baru pemulaan akan datang lebih teruk dari skrg . ini bererti rakyat malaysia akan hidup merempat dinegara sdr sebab saudara tak mampu hidup dizaman maju maka saudara hanya bisa sebagai pengemis.

      Delete
  2. Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama lain.

    Alasan PAS mudah. Ini titah yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

    Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah.

    Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya la..
      ni cerita pasal gst aka harga rumah ker cerita pasal mb selangor?
      maaflah tanya...saya budak tadika. Kompius...

      Delete
  3. Pasal GST PKR tak payah komenlah. Bukannya tau kira

    1 adalah lebih dari angka 2.

    Tak Pecaya tanya PKR. (Piki Piki ARRRRRRRRRR)

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk pun sewa kat flat, bising pasal PKR....
      kahakkpuiii!!

      Delete
    2. aku jual burger kat kawasan flat. Aku nak kenakan GST 6% jugak. Kat situ banyak budak2 ameno beli...

      Delete
  4. Mahfuz cakap aku dengar !!!!!!!!!!!!! LGE cakap aku dengar !!!!!!!

    Datang kutu PKR macam Rafizi ka kaaa Nurul kaaa , terus aku sound Wehh Budak !!!! lu tau kira. Lebih dari dua apa nombornya, Kalau jawapannya satu suruh dia pi SRK balik. Tambang bas aku belanja bulan pertama

    ReplyDelete
  5. Macai cyber UMNO meroyan dah..tak isu dan fakta pun post aje..janji tembolok berisi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...lu pun sama je cai...yg mnjd pncacai pr...lu nk tepis dgn komen kosong lg tk guna cai...klu lu blh bg fakta utk sanggah komen 'cyber umno' alangkah hebat nya lu sbgi pencacai pr..buktikn dgn fakta cai bkn dgn mngomel...

      Delete
    2. Bagi yg fakta pun bukannya pencacai xxNO faham. Bawa la 1000 fakta pun, pencacai xxNO otak tahap lembu NFC..dah ler tak faham, siap nak spin lg tegakkan benang basah..ngaku jer la fakta tu.

      Delete
    3. hahaha
      pencacai xxNO otak tahap lembu NFC
      aku setuju.

      Delete
    4. kalu tak meroyan bukan anjing namanya...

      Delete
  6. Meh..meh...kurr...kurrr...ambik ni dua hinggit...syioh...syiohhh...pegi sana main jauh-jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam kecewa je bang...tkda idea ke utk menegakkn kebenaran...itupun klu masih rasakn pkr masih benar dan betul...

      Delete
    2. Mau tak kecewa...1'st april tahun depan dah nak kena bayar GST
      GST tu bukannya bonus...

      Delete
  7. PKR Kelantan menerusi Pengerusinya, Wan Suhaimi Wan Daud dikatakan kecewa dengan keputusan Presiden PKR, Wan Azizah yang memberikan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada calon PAS.

    Dalam satu kenyataannya berkata, hanya kerana hendak menyelamatkan kedudukannya sebagai Presiden dan sebagai bakal Menteri Besar Selangor, Wan Azizah sanggup mengecewakan ahli PKR di Kelantan dengan tunduk dan memberikan kerusi yang sebelum ini memang milik PKR kepada PAS sebagai galang ganti sokongannya di Selangor.


    Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebelum ini memang kerusi PKR pada PRU13 namun kalah kepada calon dari BN dengan majoriti hanya seribu lebih sahaja. Namun katanya tidak sepatutnya Wan Azizah mencampuri urusan politik di Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana cerita pasal GSTnya?
      ko ingat org nak percaya ker cerita karut ko turr

      Delete
  8. PKR pusat khianat kpd PKR kelantan.
    Wan azizah patut meletak jawatan

    Ahli Pasir Mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak oiiii..ahli pasir mas la!!! besornya jawatan!!

      Delete
    2. Aku balik kampong. Pak Lang aku tegur aku. "Untung la ko, Mat" katanya. "Apa untungnya pak Lang?" aku termangu dengan kata-kata pak Lang. "Bukan ke tahun depan kejaan nak bagi GSG?, untung la tu!" kata pak Lang macam jelous aje kat aku.

      "Pak Lang tau ke menatang GST tu?" soalku pada pak sedara aku yang paling tua tu. "Bukan ker BONUS untuk kakitangan awam dan SWASTA yang makan gaji. 6% bulan tu!!. Untung la ko, Mat, anak aku semua kerja noreh getah. Tak merasa la dema GST..." kata pak Lang lagi sambil agak kecewa kerana anaknya tak dapat "GST".

      Aku buat bodo. Malas nak layan pak Lang aku. Kat kepala rasa macam nak cepukkkk aje muka pak Lang aku turr. Ada ker GST dia kata BONUS!! Aku ambik topi keledar, start moto, pergi BLAHHH

      Delete
    3. Klu bapa sedara bangang maka tk heran lh anak sedara lembam..ni jenis pnyakit keturunan ni..klu pki ex5 bnyk mana ke gstnya...

      Delete
    4. Pak Lang hang ni bengap la.
      misti puak karat XXNO kan?

      Delete
  9. bahlol yg kau komen luar tajuk knapa?kau x skola ka!

    ReplyDelete
  10. yeyy tahun depan BR1M naik-leh laa enjoy gi massage dan main mesin-thank u PM Mat Mongol-cukup gak nak renovate umah ni-yeyy hooraay-

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin meriah la kedai judi dan 4 no ekor!

      Delete
  11. GST rakyat senang? Lan...cia.....uu..... kata kambing kepada lembu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi Lanchowwwww la gst.... kata lembu kepada kambing balik

      Delete
  12. GST ikut negara lain...harga barang harga kereta harga astro harga internet ikut pala hotak depa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut harga rumah skang pun org melayu tak mampu nak beli; dah ada gst besok lagi la pulak... mampu tengok cina beli aje laaa

      Delete
    2. Kt penang tkda gst lagi pun org melayu dh tk mampu wlupun yg tadbir manusia tahap khalifah tu...

      Delete
  13. bg akulah kn.. gst ni selagi x mbebankn rkyt aku x kesah la... tp jgn sampai dek nk kerana maju, rkyt hidup dlm kmiskinan. tp kalo korg nk hapuskn gst, pakai cukai lme pn lg teruk.. cukai2 tsebut btmbah jugak naik saban tahun, tiade rekod dn caj tsmbunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan ikan kering aje la...ikan kering tak kena gst.

      Delete
  14. Yeyyy!!!br1m tak kena GST..bole dpt rm650 full.trima kasih BN,amik la tanah rizab mlayu bratus hektar,biar la aku pkai proton iswara lm,yg pnting aku miskin dpt br1m & dpt diperbodohkn bpuluh2 thn lg.umno pnyelamat org melayu.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu tak ada brim, tak payah la kita susah2 bayar cukai gst
      ni siapa yang gatal sangat nak bagi brim ni?

      Delete
    2. Tun Mahathir pun tak setuju Brim
      Zanam Tun tak ada Gst pun simpanan berbilion2

      La ni???

      Delete
  15. Klu tanya pendemo jalanan pasal gst....makna gst pun ko kantoiii...ada ati nk citer oasal gst....hihihhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gst tu kepala bana apa?
      kalu ada gst harga barang turun ker?
      kalu harga barang turun, aku pangkah BN satu penggal

      Delete
  16. Harga barang barang akan naik SEEKARANG !
    sbb selepas GST harga barang tak boleh di naik kan
    Tu psl Menteri tak kisah harga barang naik skg Pegawai Kementerian pun akan di tambah bukan skg tp selepas kena GST

    ReplyDelete
    Replies
    1. elehhhh...harga barang naik masa perayaan pun tak mampu nak kontrol, inikan pula masa ada gst nanti???

      kepala b****** la!

      Delete
    2. barang2 kat kedai 1malaysia kena gst tak?
      kalau kena jugak...memang sial laa

      Delete
  17. Doa kami bersama sama Azmin dan rakan2. Patriot sebenar perjuangan Keadilan dan reformasi. Dari sini saudara2 kita nampak siapa yang berjiwa besar, siapa yang menyorok bawah lindungan keluarga. Sila Baca report Malaysiakini

    AMK pro-Azmin enggan bergeser dengan istana
    LINK
    http://www.malaysiakini.com/news/274446

    Pemimpin sayap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut agar pemimpin tertinggi parti tersebut segera menyelesaikan krisis di Selangor dan mengelakkan pergeseran dengan istana.

    Dalam dua kenyataan berasingan dengan kandungan hampir sama, dua kumpulan tersebut menyatakan kebimbangan bahawa tindakan melengah-lengahkan pelantikan menteri besar baru akan menimbulkan kemarahan rakyat.

    “Kami pimpinan anak muda di peringkat akar umbi merasakan sudah tiba masanya satu keputusan muktamad dicapai bagi mengakhiri krisis politik yang telah berlanjutan untuk sekian lama ini.

    “Kami khuatir sekiranya lebih lama krisis ini dibiarkan berpanjangan, ia bakal mengundang kemarahan rakyat yang semakin resah dan gusar dengan perkembangan mutakhir ini,” kenyataan mereka dipetik.

    Sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa timbalan presidennya, Azmin Ali kini melobi agar PKR memenuhi permintaan istana Selangor agar parti itu mengemukakan lebih dari dua nama untuk jawatan menteri besar.

    Ini bagi mengelakkan persepsi bahawa PKR menentang sultan, menurut sumber tersebut yang menjangkakan lebih ramai pemimpin AMK mengeluarkan kenyataan sama.

    Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan untuk mengemukakan hanya satu nama, presiden parti yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walau selepas teguran istana.

    Senarai pemimpin AMK yang menyokong kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyertakan nama ketua pergerakan itu sendiri, Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Sebaliknya, kenyataan berasingan itu disokong oleh para naib pengerusi AMK Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar, serta anggota exco AMK, Ammar Gazali.

    Ketiga-tiganya dilihat menyokong kumpulan Azmin, manakala Nik Nazmi menyokong Wan Azizah.

    Pemimpin lain yang menyokong dua kenyataan itu adalah para ketua cabang dan timbalan masing-masing dari Selangor dan Perlis.

    Sekiranya PKR memenuhi permintaan sultan Selangor, Azmin berpeluang lebih besar untuk dilantik ke jawatan menteri besar sekiranya namanya termasuk dalam senarai untuk diteliti oleh baginda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sekor lagi otak lembu NFC
      jenis tak paham soalan UPSR
      soalan lain jawab lain

      ada ker GST dia kata BONUS!

      Delete
    2. Soalan dah bocor pun tak reti nak jawab
      Berapa kali dah soalan GST bocor Yg dia baca tajuk Azmin & MB Sgor

      Delete
    3. dah la bodo
      kena bayar gst pulok...
      2 kali bodo

      Delete
  18. Aku nak komen apa yae...Aku baru dapat rm 4.50.Nak beli rokok pun tak lepas.

    ReplyDelete
  19. gst ni umno nk buat byr hutang.mmg celaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat bayar brim jugak
      ambik sini bagi kat sana
      korek kat sini tampal kat sana

      kerja tampal korek...
      ko rasa bijak ke kerja macam ni?

      Delete
  20. Gst ni salah satu elemen bg menjana Malaysia sebagai negara berpendapatan paling tinggi di dunia sehingga rakyat sengsara nk hidup...kah! kah! kah!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...