Wednesday 17 September 2014

GAMBAR PENGERUSI TETAP PERWAKILAN PEMUDA PAS, USTAZ KAMAL ASHAARI DI WAD HOSPITAL SETELAH MENGADU SESAK NAFAS SELEPAS BERLAKU SEDIKIT KEKECOHAN MUKTAMAR PEMUDA PAS SEMALAM.



Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian

Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.

Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider.

"Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.

"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya.

Dalam keadaan menangis, Kamal berkata beliau memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS malam ini bagi menyelesaikan isu itu.

"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.

"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," katanya.

Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas kekecohan itu diselesaikan sebaik sahaja perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan ketika ditemui sejurus tamat muktamar Pemuda PAS sesi malam ini berkata, perkara itu adalah lumrah dan muktamar sememangnya medan untuk perwakilan meluahkan pandangan mereka.

"Pada saya ia normal, mereka beri pandangan masing-masing cuma emosi sikit, biasalah orang muda.

"Saya tetap dengan pandangan untuk beri ruang dan peluang, kalau tidak mereka akan gunakan ruang lain yang ada," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui menerima surat layang berhubung perkara itu beberapa bulan lepas, namun surat berkenaan tidak diendahkannya.

"Saya ada nampak dalam surat layang, yang mengatakan perkara ini berlaku, dalam beberapa bulan lepas.

"Disebabkan itu surat layang kita tidak ambil apa-apa tindakan," katanya.

Beliau berkata, kepimpinan Pemuda PAS yang diketuainya hari ini adalah legasi yang diterima daripada kepimpinan sebelum pemilihan tahun lepas, dan tidak merasakan serangan itu ditujukan kepadanya.

"Saya tidak tahu, serangan itu kepada jawatankuasa pemilihan lepas, bukan saya," katanya. -TMI

8 comments:

  1. Kahkahkah..macam2la pas u-turn skrg ni.kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Ape nk jadi pas skrg ni, tu lh kwn lg dgn setan, kn dh ramai ahli dirasuk setan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set an ada pakar strategic yang menyorok DLM story la ni. Kojak move

      Delete
  3. Setuju jangan bagi komen pada Malaysian Insider. Surat kabor 'Islam bashing' nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi komen kat saya. Lepas tu saya copy n paste kat blog omak kah
      Relax anisya tak lebih Dari 8 jilid

      Delete
  4. Bawak je ke mahkamah, biar mahkamah tentukan betul ke tidak perjalanan mesyuarat pemuda PAS ni... untung nasib, lePAS... untung tenggelam... tumPAS...

    Akhirnya semua jadi hamPAS... masuk angin keluar PAS PIS PUS

    ReplyDelete
  5. Pas pasti teruk next pru

    ReplyDelete
  6. Tk pyh lh pas nk kaji2 balik samaada nk bersama sama dlm pr, buang masa je, nk tunggu smpai ranap baru nk kluar ke? Tuhan dh bg peringatan pun x sedar2 lg, pas selama dlm pr x ubah mcm pengesat kaki pkr dn dap je, pas hanya jd batu loncatan utk pkr dn dap utk menawan putrajaya je, dh berjaya nnti tau lh nasib pas. Mana ade setiakawan dlm politik, sedangkn dlm pas sendiri ade pegeseran, ni kn pulak nk berkerja sama dgn pkr yg sekular dn dap yg tolak hukum Islam. Hentikn lh asyik dipergunakan, jgn jd bodoh spt lembu ditindik hidung, ingatlh pas dh mengaku sbg parti islam, bergini ke perjuangan parti Islam yg asyik nk menumpang perjuangan pkr dn dap yg dh terang2 yg bukan berpaksi Islam.... nk mane hala tuju kau pas? terhegeh2 mengekor org...hujung2 akan memalukan Islam je tengoklh nnti.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...