Tuesday 2 September 2014

EDISI RAKYAT JANGAN LUPA MENGENAI GEJALA MURTAD.



Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi  menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada  kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agama; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

16 comments:

  1. Syabas menteri sebuah negara Islam!!

    ReplyDelete
  2. Tanggung la dosa sikit sorang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak2 biar menteri agama yg tnggung lebih...

      Delete
  3. Woi..mana macai umngok. Haa jawap ler. Biasa byk sgt nak komen2 kt blog omakkau. Mana perkosa. Selalu nak juangkan bangsa n agama. Puih... babing punye macai umgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. murtad ni, menteri atau kerajaan tak suruh pun... ni sikap individu.. macam perangai awak ni sendiri.. saya yakin, mak ayah awak tak suruh biadap macamni.. tapi, awak sendiri yang pilih untuk menjadi biadap..

      Delete
    2. Tapi menteri nape x kuat kuasa kan undang2 hudud. Sapa murtad hukum nya.... haaaa.bodoh macai. Umngok. Mesti mak kau pun takot nak murtad kan kalau hudud dilaksanakan. Pikir lah otak kau tu

      Delete
  4. Umno=hidup melayu!

    ReplyDelete
  5. mengapa boleh keluar penyata bilangan yg nak murtad dan yg dah murtad...
    di mana peranan jakim.. perkim...menteri2 agama..mufti2... dan org2 alim yg pandai jatuh hukum saja tapi tak buat aktiviti pemulihan...
    setakat nak ceramah syok sendiri macam ustaz ..klau dah jodoh... dll bukan main glamor kat tv...
    tapi kesannya pakat2 gelak seronok.. itu saja.... mana peranan org2 yg ada jawatan dlm agama....
    setakat nak keluar penyata...budak tadika pun boleh...

    ReplyDelete
  6. Hal ini fardu kifayah .. kena semua keatas umat islam ..
    BANYAK SANGAT DOK MAIN POLITIK .. TAK LAMA LAGI .. LANGIT PUN PUOK 2 NI NAK JUAL .. KE GUANO GU ..
    DOK MAIN POLITIK SIANG DAN MALAM ..
    HOK KAYA BANGSA LAIN ..
    BANGSA MELAYU .. SEPERTI AYAM BERAK KAPOR ..
    KOSONG KOSONG
    MENANG SORAK .. KAMPONG TERGADAI..

    ReplyDelete
  7. bagi lah statistik ikut kaum
    prog utk saudara baru kena lah berkesan ikut keadaan skg
    kalau masalah org melayu yg nak murtad susah sbb kita ada mcm mcm pemikiran yg songsang terhadap fahaman spt syiah wahabi dan ditambah lagi dgn anti hadis Org kita yg agama nya Islam menguna alasan ini utk kepentingan mereka sbb org bijak pandai dlm islam pun tak bersatu Jarak perbezaan pemahaman dan penerimaan antara satu sama lain terlalu jauh Skg PAS pulak yg selama ini di angkat oleh ramai sbg Parti Islam pun dah merapu .Contoh pemimpin Islam yg cara hidup nya mengalahkan org bukan Islam tp buat selamba Bila masuk mesjid jd lain Bila puasa jd baik Bila sambutan maridul rasul sama sama berarak ..

    bukan org lain sy sendiri pun konpuis llllllllllllllllllllllllllllllllllll

    ReplyDelete
  8. Klau ye pun omakkau, kau letaklh gambar menteri agama kta tu yg elok sikit ...

    ReplyDelete
  9. Banyak murtad sebab hilang keyakinan kepada Islam boleh membawa keadilan, keamanan dan hidup berkasih sayang.....bila celik mata dari tidur, terlihat berbagai kemungkaran yang dilakukan oleh orang Islam..Salah siapa...Agama Islam itu sendiri, orang alim kerana gagal mendidik, cara dakwah yang salah atau orang yang mengaku Islam..
    Hari ini kenapa hanya sedikit sahaja orang Islam yang baik....tidak ramai orang Islam yang adil, tidak makan rasuah, pembersih, mengaku kesalahan sendiri, tidak memandang hina orang lain kerana lain agama, amanah, tiada pileh kasih, jujur dan rajin.
    Jangan salah Arkam, Wahabi atau Anti Hadis...yang mengaku Islam Tulen hidup merapu....rogol anak sendiri, makan rasuah, mencuri, meragut, sex bebas, hisap dadah, fitnah, ,menyalahkan orang lain untuk lepaskan diri, berpuak2 membina kekuatan untuk menindas yang lemah, perkauman, pengotor, miskin dan macam lagi.

    ReplyDelete
  10. perjuangan umno berpaksi pd bangsa melayu kemudian kemudian baru lah islam

    ReplyDelete
  11. statistik murtad je ke.. ? yang muallaf tak de ke?? omak kau.. kalau ko ni tak berat sebelah or tak cari salah kerajaan je... tolong post sekali bilangan orang yang telah menganut agama islam..

    ReplyDelete
  12. Orang-orang yang tolak hadith Rasullullah a.s. dan yang tolak hudud tu kira macam mana? Boleh tukar kp tak atau pun dikebumikan tempat lain dari perkuburan Islam atau pun kira senang bakar saja ayat mereka!!!

    ReplyDelete
  13. bagus la.. dari jadi perempuan boleh di tiduri lelaki berkongsi2 dgn perempuan lain baik murtad! Ugama buat pompuan mcm anjing!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...