Sunday 7 September 2014

EDISI KONGSI PANDANGAN .. ADA MACAM-MACAM NYAMUK DI MALAYSIA.



Aneka nyamuk…
Oleh: Dr Azman Ibrahim


Maksud Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat ke 26,
“Sesungguhnya Allah tidak malu untuk mengambil nyamuk sebagai perumpamaan atau yang lebih daripadanya…”


Nyamuk binatang yang kecil, umur singkat, jarak terbang sangat terhad, kena membiak dalam air walaupun akhirnya dia terbang di udara. Satu makhluk Allah yang lemah, tetapi Allah pernah menghantar nyamuk untuk menamatkan keangkuhan Namrud.


Ramai orang yang dapat kerja kerana wujudnya nyamuk. Kerjanya pula macam-macam. Ada yang buka kilang ubat nyamuk, ada yang jual kelambu nyamuk, ada yang jadi tukang sembur nyamuk dan ada juga yang jadi model iklan ubat nyamuk.


Walaupun kecil dan lemah, sekali dia menggigit, manusia boleh jadi susah. Deman denggi dan deman kepialu adalah antara ‘buah muncung nyamuk’ kepada manusia. Nak namakan buah tangan tak boleh sebab nyamuk tak ada tangan.


Walau hanya seekor nyamuk yang berdengung di telinga, ianya boleh menyebabkan kita tak dapat nak tidur lena. Minat nyamuk pula bertelur di air bertakung yang tenang. Kalau air bertakung itu ada di rumah kita dan terserempak pula dengan penguatkuasa Jabatan Kesihatan, siaplah pitih untuk bayar denda.


Ada orang kata, hobi nyamuk hisap darah manusia. Tapi sebenarnya nyamuk boleh hidup tanpa hisap darah manusia. Kalau hanya darah manusia yang jadi makanan nyamuk, bagaimana dengan nyamuk yang tinggal ditengah-tengah hutan belantara tempat tak ada manusia pergi. Mati kebuluranlah nyamuk tu.


Manusia Melayu juga mempunyai pelbagai peribahasa yang dikaitkan dengan nyamuk. Antaranya:

Hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Ini adalah lambang hidup muafakat, banyak sama banyak, sikit sama sikit. Maknanya rezeki yang sedikit sama-sama dimakan, yang banyak pun sama-sama diagihkan. Boleh juga diertikan, kerja yang sedikit dibuat bersama, kerja yang besar dan banyak juga dipikul bersama.

Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Ianya bermaksud, membuat masalah yang lebih besar kerana perkara yang remeh. Jangan kerana kita nak marahkan seseorang lalu kita rosakkan apa yang sebenarnya memberi manfaat dan faedah kepada kita. Kalau marahkan nyamuk, pukul saja nyamuk tu atau semburlah ubat nyamuk. Kenapa nak bakar kelambu?


Nyamuk ditepuk menjadi daki. Ianya bermaksud, melawan orang yang lemah akan mendatangkan rugi. Tapi kalau nyamuk gigit kita, tetap kena tepuk walaupun akan meninggalkan kesan darah nyamuk.

Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik. Maksudnya orang yang salah terlepas, orang yang tak bersalah pula dihukum.

Nyamuk mati, gatal tak lepas. Maksudnya dendam tetap tak hilang walaupun orang yang bersalah telah dihukum.


Saya pun tak tahu kenapa Puteri Gunung Ledang meletakkan antara syarat untuk Sultan Melaka meminangnya ialah dengan menghantar 7 dulang hati nyamuk. Mungkin sebab di Gunung Ledang banyak nyamuk. Berapa banyak nyamuk yang perlu ditangkap untuk mencukupkan 7 dulang hati nyamuk?

Maknanya bila banyak nyamuk yang dibunuh untuk mendapatkan hati maka kuranglah sedikit nyamuk yang menganggu tidur Tuan Puteri Gunung Ledang. Satu kaedah politik yang bijak dari Tuan Puteri. Tak terjangkau dek Hang Tuah.


Tapi bagi saya, dalam banyak-banyak peribahasa, saya nak perkenalkan satu peribahasa baru. Harap Dewan Bahasa dan Pustaka mengiktirafnya.


Nyamuk dalam kelambu. Maksudnya orang yang suka buat onar dan buat kacau dalam satu jemaah yang disertai ramai orang. Mungkin nyamuk ini hanya ada beberapa belas ekor tetapi ia sangat menganggu ribuan orang lain yang ada di situ. Berdengung sana, berdengung sini sehingga merencat keselesaan dan keharmonian orang lain. Baik pergi main jauh-jauh sebelum kena tepuk dan mati tanpa kubur.

42 comments:

  1. Ketua nyamuk yg menghisap duit rakyat... dan mengamalkan kroni dan nepotisme sehingga sanggup mencalonkan nyamuk betina menjadi mb. Awas... jgn dilawan ketua nyamuk ini kalau mahu kekal lama dlm sarang nyamuk


    Keza

    ReplyDelete
  2. Majlis syura nyamuk pulak menolak nyamuk betina drpd jadi mb, sbb nyamuk betina ni tak layak... makin berserabut lah nyamuk2 dkt sarang nyamuk tu..



    Keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyamuk malaria kapiuka tgh meroyan rupanya..

      Delete
    2. Apabila tuan rumah tak pandai jaga kebersihan diri, gatal sebab daki, nyamuk pula yang dimaki.

      Delete
  3. Najib terang2 maharaja nyamuk isap darah rakyat sesuka hati tanpa halangan supaya bini dia dapat melancong ke seluruh dunia.heee

    ReplyDelete
  4. Spesis nyamuk baru dijumpai saintis pas di semenanjung sewaku expedisi bersama mb selangor:
    1. Ks bluètooth...dipercayai suka menghisap maklumat yg disalurkan melalui bluetooth. Kesan gigitan nyamuk ks bluetooth diketahui menyebabkan penyakit bocor rahsia. Paling aktif sewaktu mesyuarat ajk pusat. Tiada penawar ditemui. Kawasan pembiakan disekitar shah alam walaupun disyaki nyamuk ini berasal dari tempatan.

    2. Ms BKT....spesis yg sudah lama kewujudannya. Pandai menyelinap masuk kedlm rumah hingga keatas. Hidup lenang dikawasan takungan air di Penang. Kesan gigitan menjadikan diri lupa senarai dibawa. Paling aktif selepas mesyuarat ajk. Tiada penawar dicari kerana nyamuk ini biasanya akan malu sendiri.

    ReplyDelete
  5. Puteri g ledang minta 7 dulang hati nyamuk sebab dia tak mahu kahwin dengan sultan sebab tu minta yang bukan bukan. Itu pun tak tahu, bodoh Dr pensiswazahan ke apa.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak ler anon 13:17 nie.
      Metafora ngan seni penulisan ler anon.
      Ker saja buat2 bodo.

      Delete
  6. Asalkan bukan UMNO-jangan undi UMNO / BN- pM Najib amat lemah-tak caya tanya mahathir-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Haram (PR) lagi tak boleh diharapkan, Baru mentadbir satu negeri pun dah huru hara. Macamana nak tadbir 13 negeri? Tolak PR, setiap undi bermakna membiarkan nyamuk membiak

      Delete
    2. Klau dpt pusat..rakyat akan bergembira kerana ramai nyamuk2 perasuah umno bn msk penjara..

      Delete
  7. Lepas ni tunggu je kedatangan nyamuk Gst.macai suka la nanti bik mama boleh tambah koleksi rambut palsu,beg tangan dan cincin belian.heee

    ReplyDelete
  8. Nyamuk hasang jati dah kena tepuk...nyamuk2 menantu presideng bila nak kena tepuk...nyamuk profesor tersohor zuhudbila nak kena....hidup ug...ug...ug...

    ReplyDelete
  9. teirma kasih banyak karena sudah berbagi berita yang sangat menarik. terima kasih banyak atas beritanya.

    ReplyDelete
  10. nyamuk jantan tak menjubo nyamuk jantan yg lain mcm mat jubo yg dikenali tu.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tengok ke atau kau yg kena ?

      Delete
    2. 15:00..nyamuk lebih mulia dari ko kerana nyamuk tidak menjubo mcm ko. .wkakaka

      Delete
  11. Nyamuk maksum boleh memjubo xde pun cai nak ambik kesah.heee

    ReplyDelete
  12. Tv3 dan utusan tengah syok jilat haji nyamuk.macai suka la haji nyamuk join umnu.heee

    ReplyDelete
  13. Mintak2 bg yg henti suka sngat menyebut jubo dn mengaib aib kn org dgn perkataan tu akan dapt penyakit buasir yg teruk dn terpaksa pakai pampers ... bg macai2 yg berkenaan cek lh jubo masing2 lepas ni ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak2 jubo ko bengkak di hisap oleh nyamuk bunian biar ko tak leh duduk senang kerana bersuhabat ngan penjubo laknat.

      Delete
  14. Aiik...

    Nyamuk genetik dengan nyamuk selfie takde ? Kelambu dulu macam facebook sekarang lah...

    Apa-apa pun untuk renungan : tidak Allah SWT jadikan makhluk nya dengan sia-sia tidak lain mengambil iktibar untuk kehidupan manusia.

    Contoh terbaik lebah dan semut. Belajarlah dari nya. Bangsa Melayu ambil lah iktibar dan perkasakan Tauhid demi Allah SWT yang SATU. Baik di dunia dan untuk di akhirat.

    Paling kritikal 'nyamuk denggi berdarah' Hapuskan serta merta !

    ReplyDelete
  15. Maharaja nyamuk bukan saja suka hisap darah rakyat tapi suka menjubo Dan memantat nyamuk betina terbang Dari mogolia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyamuk nyanyuk banyak dalam PR..heee

      Delete
    2. Bahasa mcai ni akn dia diazab di akhirat..semoga allah memberi hidayah

      Delete
  16. Pluralisme musuh islam dan iman....hapusksn pluralisme .....hapuskan pkr pluralisme pasti hancur...

    Pssttttt...macai pkr tahap jubo...pluralisme pun tak tahu maksudnya kah kah...macam demo tolak cukai gst...bila diwawancara makna gst pun tak tahu kah kah ...macai bodo sebab pemimpin suka bodo macai sendiri....kah kah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup umno hidup.bn..

      Delete
    2. Umno: united melayu nyamuk organization. BN:barisan nyamuk!
      Biar idup org mlayu miskin,sengsara yg pnting org atasan umno kayaraya.umno menang,rakyat miskin.horeyyy

      Delete
  17. Penang cakap jubog utk anwar.juboq hang anwar pembiak nyamuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa yg akn diazab..semoga allah memberi hidayah..

      Delete
  18. Macai meratib di hari Ahad.

    Kesian mak bapak dapat anak BODOH.

    Ciri-ciri macai; WAJIB BODOH.

    ReplyDelete
  19. Saintis dari Trengganu telah dpt mengesan adanya spesis nyamuk yg lebih merbahya dari denggi yg dikenal pasti sebagai kalituspasma hasil kacukan spesis ketum macacaridei berasal dari cenai india.

    ReplyDelete
  20. Azmin pulak serang anwar ibrahim pasal kridis mb selangor. ..hentiksn nepotisma...kah kah kah....msmpos bang non....macai bodo bodo pkr....pluralisma musuh islam dan iman....hapuskan pluralisme seperti hspudjsn pkr dan prnjubo...kah kah...makna pluralisma pun tak tahu...kah kah bodo2......

    ReplyDelete
  21. Ayuh kwn2 kita sokong umno bn plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwn kepala nyamuk ko!ko pg la sokong barisan nyamuk tu.

      Delete
  22. peribahasa ni walaupun tak di iktirafkan tetap jd peribahasa
    Lembu dalam Kondo
    makna peribahasa kekayaan di miliki oleh seorg pemimpin yg tidak memperdulikan nasib rakyat

    ReplyDelete
  23. apa kata tukar nyamuk dalam kelambu ke pada nyamuk dalam serban

    ReplyDelete
  24. Baik ambil pelajaran yang disampaikan oleh Haji Hadi tentang kiasan tersebut.

    ReplyDelete
  25. Yeaayy..!! BR1M dpt lg thun dpn. Nyamuk pon nyamuk lah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...