Tuesday 2 September 2014

EDISI KANTOI MENIPU MENYAMAR AHLI PAS KINI SUDAH MENULAR KE KUANTAN PAHANG SELEPAS KEDAH DAN NEGERI SEMBILAN.



Ahli akar umbi Pas Pahang hari ini berhimpun bagi membantah keputusan Pas Pusat mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusatnya pada 17 Ogos lalu.

Kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 30 ahli dan penyokong Pas dari Kuantan, Rompin, Pekan, Kuala Lipis dan Temerloh itu menganggap keputusan pada 17 Ogos lalu telah dimonopoli atau disabotaj oleh puak tertentu dalam parti itu.

Ketua kumpulan itu, Mohd. Shaiful Abdullah berkata, mereka mendesak Pas Pusat membatalkan keputusan itu yang tidak mencerminkan pendirian Majlis Syura. - UTUSAN ONLINE

PELIKNYA PLAKAD SAMA PULA TUUUUU....



27hb Ogos 2014 ...  Kira-kira 30 pemuda yang mendakwa diri mereka sebagai ahli Pas Negeri Kedah mengadakan  bantahan di tempat letak kereta Masjid Sultan Muzaffar Shah kira-kira jam 3 petang, semalam.

Bantahan disuarakan melalui kenyataan kain rentang yang jelas tidak bersetuju dengan keputusan Pas Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Antara yang disuarakan melalui kain rentang termasuk ‘Tolong batalkan keputusan Pas Pusat’, ‘Ahli Pas tidak mahu puak Anwarinas dalam Pas’ dan ‘Ahli Pas dikhianati puak Anwarinas’.

Yuslin Yusof yang mendakwa sebagai Ahli Pas Merbok menjelaskan, dia terpanggil bagi mewakili rakan dari Merbok, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan Jerai yang juga bersetuju dengan pendapat itu.

Beliau mendakwa, ahli akar umbi Pas membantah sekeras-kerasnya kenyataan terbaru apabila tidak menyokong Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kami desak agar keputusan itu dibatalkan demi maruah Pas sendiri. Kami juga beranggapan keputusan tersebut dimonopoli atau disabotaj oleh beberapa AJK Pas Pusat yang jelas tidak mencerminkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid.

“Keputusan ini jelas menggembirakan kumpulan Anwarinas yang kini bermaharajalela di pucuk pimpinan Pas Pusat.

“Keahlian Khalid dipertikaikan adalah alasan tidak masuk akal memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah ahli pembangkang sebelum 1998.

"Untuk itu, kami mendesak keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu dibatalkan ,” dakwanya.

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian ingin menemu ramah beberapa pemuda lain  yang mendakwa mereka adalah ahli Pas, masing-masing keberatan.

Pemuda yang mendakwa diri mereka ahli Pas itu, pada mulanya sibuk berkumpul, bagaimanapun enggan ditemu ramah dan masing-masing cuba meninggalkan kawasan itu dengan segera apabila didekati wartawan.



31hb Ogos 2014 .... Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini.

Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat berkenaan yang mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan.

"Kami tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya serta mendesak supaya dibatalkan demi maruah Pas.

"Kami amat kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin Pas yang tidak menghormati Majlis Syura Ulama kerana mereka lebih takut dan taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas.

"Jika begitu kami mendesak mereka ini supaya keluar daripada Pas dan sertai PKR,'' tegasnya.

Tambahnya, ahli akar umbi juga mendesak pucuk kepimpinan Pas supaya segera menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, melepaskan jawatan.

"Ini kerana ADUN Pas lebih layak serta lebih bersih untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Kita tidak mahu pemimpin Pas menjadi boneka dan alat mainan bagi parti lain,'' ujarnya.

11 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Pemimpin Sendiri Pertahan Nepotisme dalam Parti

    Penulis rasa sia2 perjuangan Penulis dalam PKR sejak 9 tahun lalu apabila pemimpin sendiri berjuang untuk kelangsungan prinsip Nepotism.

    Rasa mcm segala pengorbanan Penulis selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh keluarga Penulis yang bertungkus lumus membantu membina wadah keadilan Ulu Yam setelah kejadian 1998

    Penat jerih nak tegakkan keadilan tiba2 pemimpin sendiri pegi buat kerja sokong Nepotisme.

    Boy Ulu Yam yang Geram
    Ahli Seumur Hidup

    ReplyDelete
  2. Geng2 Ninja Turtle (Gang Kajang Move) dalam PKR ni hanya berani menyerang sesama PKR dan parti komponen PR iaitu PAS sahaja.

    Habis semua contohnya Khalid Ibrahim dan CheGu Bard difitnah oleh mereka.

    Tapi, teringat masa reformasi, dan keputusan paling buruk dalam PRU M2004 dulu, semua kepala2 Ninja Turtle tu menikus tak berani lawan.

    Sudah tenang dan parti menang banyak pahlawan2 Kebenaran contohnya TSKI dan Che Gu Bard dinista dan dihina.

    Masa PRU 2004 dgn SPR pun diorang tak berani nak angkat muka. Last2 PKR nyaris terkubur.
    .
    Mereka sejak dulu tak tau beza yang mana kawan dan yang mana lawan. Mereka hanya pandai menyebar fitnah dan dusta dalam roadshow2 di Selangor. tapi bila nak berhadapan dengan kebenaran untuk engkar dengan Nepotisme dalam parti mereka menikus

    ReplyDelete
  3. Warkah Untuk YB dan bini YB

    Wahai YB Permatang Pauh, dulu saya menghormati YB sebagai pembawa wadah keadilan. Tetapi sekarang sudah hilang hormat. Saya sudah campak buang rasa kagum dan hormat itu ke Ceruk To' Kun dalam kawasn YB.

    Perjuangan sekarang sudah nampak ketara dan membuktikan kerana nafsu, kroni, keluarga sendiri, bukan lagi untuk rakyat.

    Pemimpin di atas bercakap pasal pengukuhan, pemantapan PKR, itu hanya retorik.

    Realitinya kami ahli akar umbi bersekang mata, bermandi peluh di larut malam memanjat pokok, menegakkan bendera, menampal poster untuk memenangkan PKR , di ketika kamu sedang lena tidur di tilam empuk di bilik berhawa dingin.

    Inikah balasan kamu kepada kami. Kami bukanlah macai yang bergerak dengan ringgit dan sen, kami tidak mengharap itu semua kerana kami yakin hasilnya dituai DI'SANA', tapi kamu Nuar, khususnya semacam membelakangi DI'SANA' kerana dari tindak tanduk nampak semacam mementing DI'SINI' sahaja, maaf kalau terkasar, inilah curahan hati saya.

    Ditakdirkan PKR masih utuh dan pemimpin yang amanah seperti Azmin Ali dan Tian Chua tidak disingkirkan, saya tetap tidak menghormati kamu dan isteri kamu lagi.

    Ahli Seumur Hidup Yang Geram

    ReplyDelete
  4. Hanya Bini Boss layak jadi MB !!!!!!!!!!!!!!!!!!! orang lain tak layak. ADUN PKR termasuk Azmin, Nik Nadzmi, Yaakop Sapari, Elizabeth Wong dll semua tak layak jadi MB.

    Adakah kita perlu melayan orang gila begini ? Tentu Tidak

    ReplyDelete
  5. Parti Keadilan yang asal memperjuangkan hak rakyat. PKR yang wujud sekarang mengikut nafsu Nepotisme sejagat mahu bini pemimpin diberi jawatan.

    Jembalang Nepotisme Bini First Rakyat Last.

    Wahai ketua2 ranting PKR. Bangunlah kamu semua menentang Nepotisme dalam parti. PKR perlukan reformasi dalaman

    Ayuh..... Reformasi mesti dlilakukan terhadap kepimpinan PKR. Azizah please go and follow your hubbie back to Permatang Pauh. You have shamed the 1998 reformasi movement

    ReplyDelete
  6. Yang amanah dalam PKR adalah Syed Husin. Malangnya dia sudah besara dari jawatan

    ReplyDelete
  7. Di Mesir ada seorar Anwar (Anwar Sadat) yang akur terhadap Israel.
    Di Malaysia, sila baca artikel Malaysian Insider (Link dibawah)

    Pengkhianatan yang amat bagi penduduk Gaza. Adakah ini pemimpin yang kita nak percaya. Memecat orang amanah jawatan mahu dberi kepada Bini. Ini Nepotisme tahap legend

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-explains-support-for-israel-to-

    ReplyDelete
  8. Makin hari makin ramai ahli PKR membuat kenyataan terbuka menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kes pemecatan TS Khalid Ibrahim. Mengikut maklumat yang kami terima ramai yang tidak menonjolkan diri walaupun tak setuju dalam isu pertukaran MB Selangor.

    ReplyDelete
  9. Asal x sokong kepada pemimpin sendiri kata menyamar. Kepala otak ko omakkau

    ReplyDelete
  10. Penyokong Pkr diperbodohkan tak sudahhh oleh pasangan Pro Nepotisme dan macai macai Ninja Turtle

    ReplyDelete
  11. Baik punya bloger upahan bn masuk ruang ni beri komen.cayalah bro.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...