Tuesday 16 September 2014

BERITA YANG TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM... PEMIMPIN DAP MAU BANI MELAYU PERTAHANKAN TULISAN JAWI.



Walaupun DAP sering digambarkan media arus perdana sebagai sebuah parti yang anti Melayu beragama Islam, tidak ramai mengetahui dalam parti itu terdapat pemimpin menguasai tulisan Jawi dan mahu budaya Melayu itu terus dipertahankan.

Pemimpin veteran DAP Dr Tan Seng Giaw yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan Operasi Lalang pada 1987, menganggap tulisan Jawi sebagai warisan budaya Melayu yang istimewa dan menjadi milik negara ini.

"Tulisan Jawi merupakan tradisi yang harus kekal dalam budaya Melayu," kata ahli Parlimen Kepong itu kepada The Malaysian Insider mengenai tulisan Jawi yang sudah wujud lebih daripada 700 tahun itu.

“Kalau mahu pelajari peradaban Melayu maka dekatilah tulisan Jawi," katanya semasa wawancara eksklusif baru-baru ini.

Dr Tan yang dikenali di Parlimen dengan kemahirannya berucap dalam bahasa Melayu termasuk bersyair berkata, menulis Jawi bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya mengerti keunikan tulisan itu.

"Saya mula pelajari Jawi selepas kembali belajar dari England, pada tahun 70-an.

“Di sana mana ada tulisan Jawi, jadi selepas saya kembali Malaysia saya mula belajar daripada Utusan Melayu untuk kenal abjad dan menulis namun saya tidaklah mahir sangat," katanya merendah diri.

Dr Tan berkata menulis jawi bukanlah luar biasa asalkan memahami keunikannya.

Tulisan Jawi pernah menjadi tulisan utama di negara ini dan menjadi penghubung kepada masyarakat Melayu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan, tidak kira dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan perjuangan menuntut kemerdekaan.

Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman menggunakan tulisan Jawi ketika awal penerbitannya.

Kebanyakan hikayat lama dikarang menggunakan tulisan Jawi seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Sebab itulah Dr Tan yang merupakan bekas naib pengerusi kebangsaan DAP itu menegaskan, untuk mempelajari budaya Melayu haruslah mengenali dahulu tulisan Jawi.

"Macam mana pun kena juga belajar Jawi, kalau tidak, bagaimana mahu kenal Melayu? Banyak hikayat ditulis dalam Jawi dan Batu Bersurat juga semuanya dalam Jawi," katanya.

Menurut Dr Tan, di Malaysia hari ini penggunaan tulisan Jawi semakin dipinggirkan kerana digantikan dengan tulisan Rumi yang dikatakan lebih mudah.

Katanya kebanyakan generasi muda hanya memandang sepi mempelajari tulisan itu dan yang berminat pula hanyalah dalam kelompok kecil.

Dr Tan berkata sejarah membuktikan mana-mana tulisan di dunia akan hilang sekiranya tidak diamalkan.

Sekiranya tulisan Jawi tidak diamalkan, ia akan hilang, kata Dr Tan.

"Tulisan akan hilang sekiranya kita tidak lagi menulis," katanya, memberi contoh akhbar Utusan Melayu Mingguan yang diterbitkan dalam tulisan Jawi berhenti dicetak sepenuhnya pada Julai 2013.

Menurut Dr Tan, beliau bagaimanapun menolak sekiranya usaha mengekalkan tulisan Jawi dilakukan secara paksaan dengan dijadikan matapelajaran wajib.

"Tidak boleh begitu, sekiranya kita paksa ia tidak akan jadi apa kerana mempelajari tulisan Jawi saya percaya ia memerlukan bakat," katanya.

Beliau berkata, bakat itu boleh dipupuk melalui minat dengan suasana pembelajaran yang selesa dan “menggembirakan.”

"Ia bukan sebab kerajaan tidak buat apa-apa. Sebenarnya ia terletak pada usaha kita.

“Generasi muda ini tidak tahu saluran, namun cuba anda lihat telefon dan carilah tulisan Jawi. Jadi ini semua terletak pada usaha," katanya.

15 comments:

  1. Dap kalau sembang, bukit pun boleh runtuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya.
      Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR.
      "Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya.
      Beliau berkata, situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya.

      "Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia.

      "Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap kepada media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi di belakang ia terus melobi termasuk ke Istana," katanya. Menyifatkan PKR kini ibarat telur di hujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat kepada Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.
      "Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat kepada Istana dan nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.
      "Jangan hanya kata di media tetapi hantar 'signal' berbeza kepada Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu jadi pelan B," katanya.

      Delete
    2. AMNO lagi dashat, kelentong org melayu, konon membela nasib org melayu, tapi nama pun pakai bahasa penjajah

      sedar diri la sket lain kali kalau nak mengumpat DAP pun
      kerling kerling dulu hujong ekor tuh, ada tak begelumang tahik

      bagi diri saya kalau sebut Enche Tan Seng Giaw, dia ni macam saudara saya walaupun saya melayu dia cina bahkan dia jauh lebih baik dari para pemimpin OMNU

      Delete
  2. Omakkau tau ke apa tulisan jawi..masuk jawi..jawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die macai pprt tahap intelek setinggan org sebut die ikut maksud mne tahu.

      Delete
  3. KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya.
    Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR.
    "Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya.
    Beliau berkata, situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya.

    "Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia.

    "Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap kepada media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi di belakang ia terus melobi termasuk ke Istana," katanya. Menyifatkan PKR kini ibarat telur di hujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat kepada Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.
    "Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat kepada Istana dan nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.
    "Jangan hanya kata di media tetapi hantar 'signal' berbeza kepada Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu jadi pelan B," katanya.

    ReplyDelete
  4. Bukan sahaja tulisan jawi tetapi semua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

    Jika ini di hormati, Malaysia tiada konflik bukan-bukan. Kini melayu menjadi petualang dan pengkhianat bangsa sendiri. Maka teruja lah bukan melayu.

    Omak kau pengkhianat atau petualang atau kedua-dua sekali ? Apa-apa pun ingat lah anak-anak, jadikan generasi mapan di masa hadapan. Bukan generasi tangkap muat.

    Generasi cina / india / bukan melayu giat perkasakan diri mereka demi mengatasi keistimewaan melayu dan ini sudah di terjemah dari hasil didikan cauvinis berpaksikan amalan 'self centered' di mana melayu di tampilkan maju !

    Siam pun tidak sudah-sudah bergelora akibat memonopoli kuasa yang asas nya di mulakan bangsa cina rakyat siam.

    ReplyDelete
  5. ini semua lakonan semata2 untuk mengambil hati pengundi melayu. kita orang melayu kena pastikan umngok untuk terus kekal berkuasa

    ReplyDelete
  6. Ni lagi sorang.. Mangkuk sakai. Nme jln tulisan jawi dkt pp pn dap hapuskn. Tinggal bpe kerat je tinggal. Sekarang spin suruh mempertahankn. Bila org melayu mptahankn dikata RASIS. mangkak betol lah

    ReplyDelete
  7. Satu pepatah melayu lama kelantan ..
    kaum cina .. hubungan baik dgn orang melayu .. masa itulah WAKTU TERBAIK UNTUK MENIPU ..

    ReplyDelete
  8. Dr Tan adalah Cina Kelantan. Di sana masyarakat bukan Melayu mengasimilasikan budaya Melayu walaupun agama tetap Budha. Sokongan Dr Tan untuk jawi adalah bagus tetapi bukan suara rasmi DAP.

    ReplyDelete
  9. kepala butuh hangpa....
    cina DAP ni cuba berbaik dng melayu..supaya melayu bodoh menyokong mereka..
    bila negeri dapat kat dia semua..ha..baru tahu
    apa menatang cina ni buat...
    sekarang kalau suruh dia pakai lebai dan kain sarung pun dia pakai...
    awat hangpa tak boleh fikir bagi betul...

    ReplyDelete
  10. Khidmat Tonggeng Kuda Sakti.

    Percuma untuk wanita melayu berumur 18 hingga 28 tahun, untuk tempah cal atau sms, saya: 012-2222059 atau 014-2222259.

    [Yang lain sori you tak layak. Laki-laki jangan cal atau kacau saya]

    ReplyDelete
  11. Alo uto....kaki spin admin ni kejap tski lepas tu tgk tumbang gi ikut dswa...kang kalo ada bubar dun mula memekak nk calon adun tempatan sokong calon kc haprak ko tu puiii

    ReplyDelete
  12. Lu punya tektik macam LEE KUAN YEW lah...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...