Wednesday 10 September 2014

ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA ... DR MAZA, MANTAN MUFTI PERLIS.



Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hariraya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.


Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;


Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.


Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?


Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya)

“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
hunting_dog
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Memegang Anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.


Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
anjing_jilat
Memelihara Anjing Dalam Rumah

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.


Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!


Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

17 comments:

  1. Anjing tu ok la sbb ia binatang...klu anjing bang non ia kaki jubo...hanjing tul la dia tu..ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tu yg anjing... sebab keturunan...hahahah

      Delete
    2. 08 46

      dr anjing yg naik kapal nabi noh

      Delete
  2. Anjing yang terlatih untuk berburu yang dilepaskan dengan menyebut nama Allah,binatang buruan yang mati digigit boleh dimakan dengan syarat binatang buruan itu masih belum dimakan oleh anjing buruan dan tiada anjing lain semasa berburu tersebut...semulia manusia yang mengigit binatang buruan hingga mati..binatang tu hanya jadi bangkai..dan ada alim ulama yang mengutamakan habuan dunia, Allah umpamakan seperti anjing hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bekas kena jilat perlu perlu di basuh
      kenapa binatang yg kena gigit tak di sebut perlu di cuci 7 kali
      Jilat dgn gigit jd berbeza tp dua dua tentu tentu ada air liur

      mohon pencerahan terima kasih

      Delete
    2. Sebab yang pasti ialah ada dalil hadis mengatakan bekas air yang dijilat anjing perlu dibasuh 7 kali, yang kena gigit tiada pula dalil suruh basuh 7 kali .Isu di sini ialah soal dijilat anjing bukan soal mulut atau air liur anjing.Soal air liur berkaitan dengan kaedah bersuci dan para ulama berbeza pendapat soal najisnya air liur anjing..ada yang berpendapat ia najis berat dan ada pula berpendapat ia hanya najis pertengahan..perkara digigit pula berkaitan dengan cerita sembelihan.......dari sudut logik ia kelihatan sama tapi keadaan atau ceritanya tidak serupa..sama dengan perkataan suci dengan bersih hehehe..Allahua'lam

      Delete
    3. ok terima kasih agak jelas tp insya allah bila jumpa yg lebih pandai sy akan bertny lg berpandukan keterangan tuan sbb betul juga bersuci lain bersih lain Mandi baisa utk bersihkan badan mandi wajib utk bersuci semuga sdr di rahmati Allah

      ps sy suka anjing Kat kebun sy ada anjing datang bila sy smp dia berlari lari mendptkan dan bila sy balik dia duduk memandang smp sy tak kelihatan Dah mati kena racun

      Delete
    4. Terimakasih..mudah mudahan Allah merahmati saudara anon 16:35 juga...sudah menjadi naluri manusia yang mempunyai sifat ingin tahu..sifat ini mencetuskan persoalan..persoalan pula mendatangkan pencarian jawapan..jawapan pula perlukan bukti berasaskan dalil,kajian yang memerlukan perincian atau seumpamanya dan hasilnya akan ada perbezaan dari sudut pendapat dan adakalanya mencetuskan perdebatan...pendapat yang paling benar dan jelas semestinya berdasarkan asas pematuhan kepada suruhan atau larangan Allah sepertimana yang di kehendaki Islam..dan ummah tidak perlu berbalah bagi menegakkan pendapat masing masing kerana Allah lebih mengetahui...sepertimana contoh persoalan anjing menjilat bekas air..ia memerlukan fokus jilat..fokus jilat ialah 7 kali basuhan...sebaliknya jika jawapan berdasar pendapat pula, jilat menggunakan lidah,lidah pula terletak dalam mulut..dalam mulut ada kalenjar air liur..dalam air liur ada enzim untuk pencernaan atau kuman serta virus tertentu yang hidup dan mungkin boleh memudaratkan manusia...boleh jadi hikmah membasuhkan jilatan itu kerana untuk menyucikan najis atau untuk membunuh virus merbahaya kerana anjing yang menjilat bekas air itu tidak diketahui asal usul...dari situ timbul persoalan...sekiranya air liur anjing adalah najis berat..kenapa air liur akibat gigitan tiada nas supaya tempat yang kena air liur gigitan..dari sinilah akan wujud analogi atau qias di kalangan para ulama .... dan saya turut bersimpati kerana anjing saudara mati diracun..Allahua'lam

      Delete
  3. Apa punya umat la Anon 830 ni? pagi-pagi lagi dah mencarut, buat onar dan dosa. Mmg dah amalan sarapan dia agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon ni yg sebenarnya anjing...klu tersentuh kena samak...hahaha

      Delete
    2. Anjing umporno memang spesis macam tuannya juga...bangun tido dan nak tido dorang hanya baca ayat jubo,liwat,kote sebagai doa harian hehehe

      Delete
    3. buat aduan pd pihak majlis perbandaran utk bertindak

      Delete
  4. Kat sini banyak komen tahap raja lawak astro...komen tak dak pengajaran dan ilmu...melayu...melayu...............

    ReplyDelete
  5. Ni apa laaa pakai tudung bela anjing-baik kau pakai skirt pendek leh nampak panties-mcm la ada kebun 1 ekar nak bela anjing-

    ReplyDelete

  6. air liur anjing jd najis
    sbb anjing makan taik anjing
    kalau ikut saintifik berbahaya
    yg terkena air liur anjing tak sakit dan tak berpenyakit dr air liur anjing
    anjing dlm rumah cukup makan dah tentu tak makan taik
    menyentuh anjing kering tak najis
    hukum makruh tp pahala boleh jd berkurangan
    jgn bela jenis yg serang dan bunuh org

    kalau ikut atas tak menhalang sy bela anjing
    Yg melarang sy beli anjing ialah kos penjagaan nya termasuk masa utk memandikannya Dr bela anjing baik berkebun depan rumah atau bela kucing yg mengikut pakar memberi ketenangan bila melihat si kucing tidur Kucing tak makan taik Ada pk ustad ckp nak tahu si tuan rumah tu pemurah atau tidak dia ada bela kucing Org yg bela kucing hati nya lembut tenang

    ReplyDelete
  7. Saya pun banyak kucing kat rumah...biasanya kucing tu orang buang..kerana kesian maka tolong kasi makanan hingga kucing tu beranak bercucu...yang tak tahan ialah bila kucing jantan yang hari hari sembur minyak wangi kat badan kereta dan bonet calar balar kena cakar...nak marah juga tapi kerana fikir dia tu kucing...akhirnya lebih logik saya marah aje kat umporno yang perangai serupa macam kucing keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. non 13 49

      nak kata umprono mcm anjing ke atau mcm kucing ?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...