Wednesday 3 September 2014

AHLI MAJLIS KONSULTASI PERPADUAN NEGARA (MKPN) SOKONG PADU AKTA HASUTAN 1948 DIMANSUHKAN.



Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) merangkap CEO GMM Global Movement of Moderates Dato' Saifuddin Abdullah, telah menyatakan pendirian menyokong pemansuhan Akta Hasutan.

Sokongan padu jitu itu adalah berkaitan dengan kisah dibawah:-

Satu jawatankuasa bawah Majlis Peguam akan melancarkan kempen untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Jurucakap Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan (NYLC), Syahredzan Johan kempen itu akan dijalankan dalam tempoh setahun bagi mengumpul sokongan ke atas usaha tersebut.

“Selepas setahun kami akan lebih kuat. Kami akan menunjukkan kepada kerajaan bahawa kami mendapat sokongan – kami ada ramai orang yang menyokong kempen kami,” katanya kepada Malaysiakini.

Selain pemansuhan Akta Hasutan, kempen itu juga bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan membentuk kumpulan yang boleh mencetus sokongan ke atas kempen tersebut.

Kempen itu timbul susulan siri pendakwaan dan siasatan mengikut Akta Hasutan sejak sebulan lalu, yang menyebabkan empat orang ahli politik Pakatan Rakyat dan seorang pensyarah undang-undang diheret ke mahkamah.

Bagi mencapai sasarannya, Syahredzan berkata satu jawatankuasa kerja dianggotai 50 individu akan menderaf satu senarai “soalan lazim” mengenai akta tersebut dan berinteraksi dengan orang awam dalam talian, termasuk melalui perbincangan di Twitter dengan topik “#mansuhaktahasutan”.

Tumpuan luar bandar

Selain itu, jawatankuasa itu juga akan menggerakkan kempen di kawasan luar bandar dan bekerjasama dengan NGO dan parti politik.

Tambahnya, NYLC juga akan mendapatkan bantuan BN kerana percaya parti komponennya sedia menyertai usaha berkenaan.

Katanya, parti seperti MCA dan sayap Pemuda GERAKAN sudahpun menyatakan pendirian menentang Akta Hasutan.

“Kita perlu tumpu kepada akar umbi; kita perlu keluar dari pusat bandar untuk mendapatkan hasilnya. Jika tidak, kita akan dilihat seperti banyak kempen masyarakat siviil yang lain.

“Kita akan dilihat seperti kelas pertengahan, elitis, atau sesuatu yang tidak begitu melibatkan masyarakat umum di luar sana.

"Sebab itulah kita perlu pergi jauh dari semua itu. Kita mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa Akta Hasutan melibatkan semua orang, bukan hanya yang tinggal di Kuala Lumpur dan pusat bandar di Malaysia,” katanya.

Kumpulan itu antara lainnya akan mengumpul tandatangan bagi menyatakan bantahan ke atas akta tersebut.

7 comments:

  1. Patut yang degil tak mahu dengar perintah pun kena tangkap. Dah la nepotisme tak mau dengar nasihat pulak. Nak juga bagi satu nama walaupun dinasihat akan akur.

    Tuan tak nak check dekat papa lupa daratan ni. Ada ka patut dia pertahan mama kipas jadi calon ketua kerajaan negeri.

    Tobat2 aku tak mau terbabit dalam PKR dah. Fitnah dan pecat orang amanah lepastu calon nama bini. What the Fish !!!!!!!!!!

    PKR Reform akan didaftarkan tak lama lagi. Tolong tunggu signal wahai reformist sejati. Tinggalkan PKR yang sudah rosak dan lunyai sebab kerakusan jawatan dan pangkat.

    Pemimpin PKR perlu direformasikan

    ReplyDelete
  2. Haai anwar, kau punya pasal skrg kau tengok ramai org2 kau dh gile, org lain nk bg komen pun susah, x kira ape isu pun dia org bwk crite kau je ke hulu ke hilir ....

    ReplyDelete
  3. Slm ..
    saya ni tak berapa pandai .. cuma nak tanya .. BERAPA BANYAK NEGARA MAJU YANG TIDAK ADA UNDANG UNDANG SEPERTI .. I.S.A.. n AKTA HASUTAN ?
    MACAM MANA DENGAN NEGARA SINGAPORE .USA. CHINA .RUSIA ..INDIA dll
    Cuba Jelaskan kepada kami yang tak berapa pandai ni ..
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  4. Orang bingai je menjahanamkan bangsa dan negara sendiri.

    Mereka jenis yang meminum khamar. Makanan tiada batas halangan. Budaya mereka, budaya sekular.

    Tuhan mereka berbagai, berbentuk dan sebahagian tidak mengaku wujud nya Tuhan. Hidup mereka berpaksikan hak asasi laungan yahudi dengan sokongan penuh.

    Sedar lah mainan bahaya puak-puak neo ini...

    ReplyDelete
  5. Nk kekalkn akta hasutan tu x salah, asalkn digunakn pd tmpat yg sepatutnya utk smua rakyat m'sia, ttp malangnye ahli2 politik yg menyalahgunakn x gitu?....

    ReplyDelete
  6. Yg menghuru harakn m'sia skrg ni sape? x lain x bukn org2 politik jugak, x kira bg yg nk mengekalkn kuasa mau pun yg kepingin nk mengmbilkuasa. Bla pemimpin masing2 berkokok anak2 buah masing2 akn bntai rmai2 pkat menyalak, yg malangnye yg x tau ujung pngkalpun ikut menyalak...

    ReplyDelete
  7. Omakkau dah tak sokong Khalid nampaknya tapi beralih arah mempromosikan orang Umno terbuang pulak! Adakah sebab senasib sama-sama terbuang?

    Pandai-pandailah omakkau jaga diri. Jangan sampai Khalid menghitung hari, omakkau pun menghitung hari jugak.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...