Tuesday 9 September 2014

ADAKAH INI BUKTI YANG PENDAPATAN PURATA RAKYAT NEGARA INI SUDAH MELEPASI RM5,900 SEBULAN SEPERTI KATA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI??????



Sedikit bingkisan.... Hasil menjejaki kemiskinan

Keluarga ini dijumpai semasa program Ops Kemiskinan mukim Dengkil pada 5-7 september baru-baru ini. Tinggal di bawah talian elektrik bervoltan tinggi, bersempadan dengan Cyberjaya dan Putrajaya. Si ayah tidak sihat akibat lumpuh, maka isterilah yang mengambil alih menguruskan semua urusan termasuk menjaga 5 orang anak yang berusia 2-14 tahun.


Semasa kami sampai, anak-anak sedang lahap memakan nasi kosong beserta air kosong. Si kakak yang berumur 10 tahun sedang menyuapkan nasi kepada si bongsu. Dek kerana kemiskinan dan kesihatan ayah, anak yang berusia 2 tahun belum didaftarkan lagi kelahirannya.


Pernah berjalan kaki ke sekolah sejauh 8 kilometer. Si ibu bertegas, walau macamana sekali pun, pendidikan anak kena utamakan.


Pada hari yang sama bantuan segera sebanyak RM500 telah diserah. Insya Allah bantuan lain akan menyusul kemudian dengan segera.


Nota: Pihak LZS telah pun mendapat persetujuan seorang pemilik tanah bersebelahan yang budiman, yang mengizinkan untuk LZS membina rumah untuk keluarga ini. Terima Kasih Ustaz Razali.

SEBAB TU DOK PELIK PENING GARU KEPALA MACAM MANA MENTERI UMNO KATA PENDAPATAN PURATA RAKYAT NEGARA INI MELEBEHI RM5,900 SEBULAN?????


Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan menunjukkan taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ia pencapaian ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan.

“Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.

“Namun, perkembangan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji yang lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti,” katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014 di sini, semalam.

Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang 33.6 peratus tahun lalu berbanding 29.3 peratus pada 2008.

Menyentuh mengenai Rancangan Malaysia ke-11, Abdul Wahid berkata, kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri.

“Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui Ketua Menteri dan kabinet negeri minggu depan,” katanya.

Simposium tiga hari bermula Sabtu itu dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. - BERNAMA

28 comments:

  1. Dengkil tu duk kat slangor....apa kejadah kjaan palatan buat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. he.. he.. omak kau konon nak tejeng Umno, tak sangka tertejeng tepat kat dahi lak..ishk,isyhk, isyh..mane satu is.. nih..

      menteri yang umum tuu..geng omak kau gak..

      Delete
    2. Kah kah kah...

      Apa kerajaan selangor buat? Tu berebut kerusi MB...kah kah kah

      Delete
  2. Tolak pkr...islam selamat

    ReplyDelete
  3. Jg2...Mamat kat atas serangan dr puak umporno..stiap Brita bru ade..jg22...

    ReplyDelete
  4. Tahniah kerana usaha murni dalam membantu rakyat dengan Ops Kemiskinan. Teruskan . Area mana di Dengkil ni? Siapa adunnya?

    ReplyDelete
  5. Yeaayy..!! Thun dpn msih dpt BR1M lg

    ReplyDelete
  6. data orang fakir miskin mudah di dapati dari pusat zakat dan JKM....jangan tanya menteri yg tak pernah ke rumah fakir miskin ni.

    ReplyDelete
  7. Pembaca budiman.. selepas saya dedahkan rahsia dari bilik gerakan siber umnu.. dimana ada arahan supaya siber umnu menyerang ruang komen dalam blog pro pakatan..sekarang ni dah kurang sikit depa merracau kat sini

    sedarlah wahai siber umnu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah...bodohnya mamat ni..dh penganut pr yg dh malas nk layan entry fitnah dari blog pro pr lu macam2 cai...siannya...tkkn lh siber pr dan rba yg hebat pun dh bosan dgn pr...

      Delete
  8. Tak kira dimana pun di malaysia , situasi begini masih terdapat di mana mana negeri ..
    orang MELAYU BERMAIN POLITIK 24 SEHARI .. 7 HARI SEMINGGU .. 365 HARI SETAHUN TANPA JEMU ..
    KAUM LAIN BERMAIN POLITIK JUGA .. TAPI
    SOAL MENCARI REZEKI TETAP DICARI ..

    ReplyDelete
  9. Munkin pak menteri hanya taksir dari nisbah penjawat2 awam dan penjawat2 GLC yang dapat pendapatan dari kera-jaan secara purata agak logik...pada umum nya jika dikira separa bandar dan luar bandar xmasuk dek akal kalu pendapat melebehi RM5900.....lu cerita sama NAAMANU mereka percaya lah...wallahualam

    ReplyDelete
  10. Tolak pkr islam.selamat......melayu kena bijak mengundi kali ini....ini kalilah...

    ReplyDelete
  11. itu purata yg bayar cukai je kot. Lembu umno x pyh byr cukai.apa pun tahniah pd pak menteri yg berjaya menaikkn angka atas kertas tu..

    ReplyDelete
  12. Rm 5900?. Gila ke apa.Berapa banyak orang yang gaji macam itu.

    ReplyDelete
  13. Pak menteri hnya tnya kaum kroni saja. Nk tnya rkyat jelata takut kena bedal. Ni kes nak ampu & kipas lipas lh ni. Buat statement cmni bru nmpk ada keje..tahniah ler

    ReplyDelete
  14. Ape kate pak menteri buat kajian sebenar perbelanjaan isi rumah bagi tahun 2014 pulak....ape mcm pak menteri boleh tak?

    ReplyDelete
  15. Gaji RM5900 (suami isteri) ni bila dah kerja lebih dr 10 tahun tu pun tguk jawatan Yg dpt gaji ni dlm lingkungan umur 45 tahun ke atas Kalau ada yg umur bawah 35 tahun beberapa kerat dan jawatan yg di pegang pun bukan pegawai bawahan dan selalunya mereka dlm bidang professional gaji besar

    Bila dpt gaji RM 5900 setelah berpuluh tahun berkerja ada pulak anak seramai 3 org kena ada rumah ada motorsikal kereta second hand Tak ada berbaki lg

    Gaji permulaan masih terlalu rendah nak smp RM 5900 kena naik pangkat sekurang kurang nya 5 kali atau kena kerja smp pencen Gaji mati pun tak smp 5000

    ReplyDelete
  16. Tu laaa..dulu2 makbapak dan guru2 suruh ambil kursus2 profesional dan teknologi..tapi tak nak. Nak ambil kursus yg senang je.asal dapat ijazah..org lain dah la ijazah profesional atau at least dpt 2nd class upper..yg korang dpt ijazah am...apatah lg yg malas belajar..dok demo je memanjang..itu yg belajar smp U..yg setakat SPM je?

    So bila dah gaji tak besar..jgn salahkan org lain..cuba muhasabah diri..renung2 balik apa korang dah buat sebelum ni..cukup ke tidak USAHA korang untuk dapat gaji besar? Klu tak cukup..faham2 je la..

    Tu abg burger yg jual burger pun blh dpt 6k sebulan..
    Jiran aku asal pun org susah..tapi anak pandai dan rajin..jadi doktor..skrg dah senang..Alhamdulillah

    So kesimpulannya..semua bergantung kpd usaha dan rezeki masing2..jgn dok tuding jari nak salahkan org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi bodoh lah pm buat rumah mampu milik utk rakyat miskin
      hello bukan semua org bernasib baik
      bukan semua emak bapak yg doktor pengurus besar anak nya menjadi
      bukan semua yg jual burger dpt 6 k
      bukan ke tiga tiga naib presiden boleh jd perdana menteri

      bergantung pd rezeki masing masing

      Delete
    2. NI BUKTI ANON 11;54 NI JENIS GAJI TAK BESAR TAPI MALAS BELAJAR. KAH KAHKAH.

      TAHU PUN BERGANTUNG KEPADA REZEKI MASING-MASING. SO USAHA LER. TU KOMEN-KOMEN KATA ATAS ATAS TU TAK RETI KE PASAL REZEKI? ASIK NAK SALAHKAN ORANG LAIN JO. MALU WEH

      Delete
    3. bergantung pd rezeki masing masing tak menjamin kan semua usaha dan ikhtiar kita berhasil

      Tuan yg sebut BERGANTUNG PD USAHA DAN REZEKI MASING MASING Bergantung pada apa ?? Selagi tuan bergantung bererti ada kuasa yg paling hebat dan bererti kita manusia yg lemah

      Delete
  17. Purata Pendapatan Isi Rumah dan Purata Pendapatan individu ada bezanya..kalau nak kutuk pun biarlah faham faktanya! !!

    Purata itu sendiri menggambarkan "majoriti pertengahan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. majoriti pertengahan
      ini lah problemnya
      masalahnya bermula majoriti permulaan
      anak muda suami isteri kawin 3 tahun anak satu rumah sewa kereta myv yg di beli masa bujang Berapa peratus yg gaji nya RM5900?
      dlm sebuah syarikat jawatan jurutera berapa org dan jawatan bawahan berapa org ?

      Delete
  18. Menteri UMNO kepala botak ni kan bodoh-dapat jadi menteri sebab cium tangan rosmah badak-dulu keje kat maybank pun takde dpt keuntungan besar pun-menteri kepala botak tido masa time kejee

    ReplyDelete
  19. tak yah layannnn...ni mentri kena belajar balik hitung cepat...gi joint budak ikut KUMON....kalaulah benar 5900 purata,buat apa nak bagikan BR1M....???..next time tak payahlah lagi bagi BR1M....ambik je duit tu masuk dalam poket...rakyat dah sejahtera..

    ReplyDelete
  20. UMNO bahalol.. Macai memang tolol...

    ReplyDelete
  21. Itu tanda2nye br1m nk dihapuskn...ada fahaaam!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...