Friday 8 August 2014

WAJAH-WAJAH SUSPEK YANG BUNUH DUA PENUNTUT PERUBATAN WARGA BRITAIN YANG BERJAYA DI TANGKAP POLIS.



Dua penuntut perubatan warga Britain tidak sempat mencapai impian mereka untuk bergelar doktor apabila maut ditikam oleh sekumpulan empat lelaki tempatan dalam pergaduhan di Jalan Abell, Padungan di sini awal pagi ini.

Difahamkan, kedua-duanya yang merupakan penuntut dari Newcastle University, United Kingdom dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital tempatan di sini, sejak Jun lalu, bakal menamatkan latihannya itu hari ini.

Mangsa yang dibunuh ialah Neil Gareth Dalton, 23, dan Aidan Brunger, 22, yang mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas ditikam di bahagian dada dan belakang badan dengan senjata tajam.

Polis berjaya menangkap keempat-empat suspek dalam serbuan berasingan di kediaman masing-masing pada pukul 6 pagi dan 4.45 petang ini serta merampas sebuah kereta Perodua Viva, sebilah pisau, tiga telefon bimbit dan pakaian mangsa serta suspek, sebagai bahan bukti.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 35 tahun termasuk dua orang yang masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan pecah rumah, direman sehingga 13 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

23 comments:

  1. Bahana teguk air kencing setan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo air kencing setan yg kilangnya kat s.alam tp fed.hgwy tu.kalo x silap aku laa...tukang rasmi pembukaanya tertera nama seperti berikut.
      Di Rasmikan Oleh :Tuan Haji Abdul Razak PM Malaysia.
      Sapo tu ekkk..mcm penah dgr jer namanya.katanya Bapa Pembangunan.Bangun dgn air kencing setan rupanya.Patut la hancur negara.

      Delete
    2. Hahaha..setuju sokmo..

      Delete
    3. Salam,
      Kalau mrk tu sah adalah pembunuh maka wajip mrk tu dihukum mati . Bukan hukum penjara lepas tu dilepaskan., maka mrk ini lah yg akan meramaikan membykkan lg penjenayah di negara ini. Maka undang2 nagara harus diperketatkan lg malah dipertingkatkan hukuman bagi mengurangkan jenayah dinegara ini.

      Delete
  2. Masa dok dpn hakim nanti tanya hakim tu kenapa ada org kena liwat dan c4.boleh lepas mcm tu je.sy hnya bunuh x liwat pun.

    ReplyDelete
  3. Tiga daripada mereka positif dadah (meth)

    Hati kering betul la sampai sanggup tetak2 orang nie.

    Nauzubillah.

    ReplyDelete
  4. Anak2 melayu ke tu? Hancusss

    ReplyDelete
  5. Amacam kita sokong YB Dr Yaakop Sapari jadi MB Selangor. Rasa no hallah dia diterima oleh semua pihak

    ReplyDelete
  6. And the rest of the nonsensical ranting on Kidex issue is not worth reading. It have been pre-approved by the EXCO's (4 PAS, 3 PKR and 3 DAP).

    Some people might be getting paid for spreading misinformation to discredit our beloved Khalid MB or just plain IDIOTS.

    But there is no merit to anything you peddle. 100% full of shit, you are.

    .

    ReplyDelete
  7. TSKI tidak nampak membawa masalah yang 'BESAR' seperti 'penilaian' yang dibuat oleh TGHH maka pada pandangan saya tak wajarlah TSKI disingkirkan semata-mata untuk memuaskan hati sesuatu pihak. Merujuk kembali statement sdr. Tamrin Ghaffar pada pandangan saya perlulah diambil langkah yang berkesan dan yang paling penting berhemah untuk menyelasaikan kemelut ini.

    ReplyDelete
  8. Aku dah katadah banyak kali. Gabungkan PKR dan Perkasa. Abang Ibrahim jadi Presiden. Abang Anwar jadi Mursyidul AM, abang Zul Kulim jadi MB Selangor.

    Abang Zul Kulim, kepimpinan PKR, PAS semua dia kenal lama. Sokongan padu pulak tu dari Perkasa. Dengan Abang Zul, habis semua DUN kat Selangor kita punya

    ReplyDelete
  9. This dude Rafizi is a real moron.If PKR has him as strategic director,it does not take a genius to figure out why PKR did so badly in GE 13.

    I thought that Azmin was bad enough.But compare Azmin to Rafizi,Azmin looks like a minnow swimming among kois.

    With this stupid Kajang move and Anwar's thirst of power and the three billion reserves,has set PKR on steady cruise control to self implosion.

    ReplyDelete
  10. Ada orang terlalu tamak mahu jadi MB' - Chegu Bard

    Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dikatakan berlaku ekoran terdapat individu yang begitu tamak mahukan jawatan itu.

    Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shahrin berkata, sebarang keputusan untuk membuat perubahan perlu dilakukan secara lebih berhati-hati dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk kepentingan istana tanpa melupakan rakyat.

    Beliau berkata, perkara itu perlu diletakkan sebagai keutamaan tertinggi dan bukannya atas pertimbangan politik.

    "Keputusan yang mahu dibuat perlu ikut kehendak rakyat, kalau rakyat masih perlukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (sebagai Menteri Besar Selangor) maka kita perlu akur, jika tidak parti akan dihukum.

    "Masalah ini sebenarnya berlaku kerana ada orang tamak sangat nak jadi Menteri Besar. Oleh itu saya mengingatkan Azmin Ali yang dikaitkan dengan dakwaan salah urus tadbir Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), jangan melarikan diri, selesaikan masalah itu terlebih dahulu sebelum kamu mimpi nak tadbir negeri," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar surat bagi memohon maklum balas daripada pimpinan tertinggi PKR berhubung aduan berkaitan pemilihan parti, di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

    Abdul Khalid kini dilaporkan menjadi mangsa pergolakan dalaman PKR apabila kepimpinan parti itu mendesak beliau meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

    Beliau semalam bagaimanapun menegaskan akan terus memegang jawatan itu sehingga penggalnya berakhir pada 2018 dan tidak akan sesekali tunduk kepada desakan daripada mana-mana pemimpin PKR yang mahukannya meletak jawatan dalam kadar segera.

    Dalam surat itu, Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa beliau telah mengemukakan berbelas aduan berkaitan pemilihan parti, namun tidak ada satu pun tindakan diambil.

    Katanya, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) telah pun menerima keseluruhan 400 aduan, tetapi kesemuanya didiamkan.

    "Saya turut mendesak JPP tampil memberi penjelasan adakah wujud dua prosedur berbeza penggantungan ahli biasa dengan mereka yang berjawatan tinggi?

    "Saya buat aduan demi menjaga parti, siapa yang nak dipersalahkan jika aduan didiamkan, desakan tidak dipedulikan? Jangan hanya dengan perkembangan ini kita jadi bahan lawak dalam arus politik negara," katanya.

    ReplyDelete
  11. emokrasi yang tidak lagi demokratik ! Permainan Presiden republik PR yang memaksa tunduk dengan keputusan beliau.

    Walau pun berbaris calon pengganti MB, jika tidak bertepatan dengan kemudi nya, mana mungkin ? Khalid sendiri dalam keadaan berkuasa sebagai MB pun kena akur dengan percaturan Anwar.

    Masaalah nya bukan Khalid. Sudah masa Anwar tinggalkan politik yang tidak lagi relevan dalam membela keadilan yang di retorikan, masyarakat dan halatuju negara di persada dunia !

    ReplyDelete
  12. n eye for an eye until they all go blind with hate. All for the position especially for the hubbie and Wife Combo

    A true leader takes His people to a better place.. All we see here is hate

    ReplyDelete
  13. Jadi moleklah kita calonkanl YB Dr Yaakop Sapari jadi MB Selangor

    ReplyDelete
  14. Elok biar topic mb Selangor je dlm blog ni, topic lain x pyh, naik lemas asyik2 komen psl mb selangor

    ReplyDelete
  15. kalau berani dan ada telor...Khalid yg pro-umno elok keluar dr pkr dan masuk umno atau tubuh parti baru, parti cap ayam, kemudian bubar dun, kita tengok khalid yg naik jadi mb ni sebab pkr, boleh menang atau tidak! apa penjelasan khalid tentang hutang yg rm60juta dgn bimb, yg kemudian langsai di luar mahkamah dan x lama kemudian beri projek ratusan juta kpd kroni umno!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSKI jd mb sebab pkr.agak agak ler.makna nya pkr tu hebat sangat ler.statement dna umno.

      Delete
  16. mat jubo tamak. org tamak selalu rugi.heee

    ReplyDelete
  17. dah mula dah berebut kuasa....
    biawak2 ni dah mula berebut bangkai...
    matlamat nak bela rakyat...tiba2 pusing 360 darjah ...sekarang dok bela kroni dan adik beradik serta bini2....
    sekali pru lagi , hancurlah kaki putar ni..

    ReplyDelete
  18. jawab bgimana khalid byr hutangnya bjumlah rm60juta dgn bimb, dan x lama kemudian beri kontrak ratusan juta kpd kroni umno? x dpt jawab ye? sebab khalid penipu? amanah dan bersih lah konon!!!! phuiii!!!

    ReplyDelete
  19. Kesian PR ni. Itulah dulu kutuk org, fitnah org. Sekarang dapat balik kat diri sendiri. Allah maha kuasa. All goes around, comes around.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...