Tuesday 26 August 2014

SETIAUSAHA POLITIK PRESIDEN PAS MENGELUARKAN KENYATAAN RASMI MENAFIKAN LAPORAN DARI THE MALAYSIAN INSIDER KONONNYA TGHA MENAWARKAN KEPADA AZMIN ALI MENYERTAI PAS UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN BERSAMA DI SELANGOR!!!!



KENYATAAN MEDIA RINGKAS


MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI THE MALAYSIAN INSIDER


Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.


Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa.

Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.


DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014


DIPERTURUNKAN KESELURUHAN ARTIKEL DARI PORTAL MALAYSIAN INSIDER MENGENAI ISU INI.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat  mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – 26 Ogos, 2014.

22 comments:

  1. Tak payah nak auta la haji pil kuda oi.ulamak apa fitnah org lepas tu jadi pengkhianat pula.nak kelentong din ayam boleh ler.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part u turn. Macam macam ada!!!!!.

      Delete
  2. Eh,Bukan Hj hadi yang kata.Setiausahaaaa dia yang kata,.hj hadi diam je.tak terkata katata ta ta.Di ayam pun dia tak kelentong tong tong

    ReplyDelete
  3. Kuat Fitnah punya media malaysia insider...!! Ckp dkt media perdana media Fitnah la ape la..kebebasan media bagai...yg dok perlekeh tokguru tue..cermin la diri tue...!!makin mnyampah aku dgn penyokong2 taksub pr skrg...x kira sape dh yg nk dihina! Bodohhhhh...nnti bila sultan pilih pemimpin pas sbgai mb mula la meroyan sakan pentaksub2 politik pkr..g mampos la dgn korg pkr oi..bodoh sombong...kata kt BN ngn umno je lbh..mengata org pndai..tp prangai lbh kurg je mcm diaorg..tp lbh jelas kemunafikannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg betul betul berkeras tak nak kerjasama dng umno ni TGNA bukan TGHH

      Susah dah nak percayakan TGHH nie

      PAS dah jadi melayu sejati

      Delete
  4. Malaysian insider terdesak dan panik buat kejutan...kah kah sesama sendiri gaduh. ..peramg media sesama sendiri...lantak ....gaduh jangan tak gaduh...gaduh sampai lunyai...

    ReplyDelete
  5. Anwar kelam kabut ...terdesak ssgt...semua plan x jadi kah kah...jijah kempunan sah istana reject jijah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang yg kelam kabut cai..

      Delete
    2. betul3.. ketum pkr kempunan bini jd mb.. hahaha.. macai pkr meroyan...

      Delete
  6. Siapa yg munafik harapkan serban je besar bakul sayur kt pasar chow kit tp kaki fitnah,pembelot.heee

    ReplyDelete
  7. Aku tak anti dgn pas cuma dgn hj kuda dan ustaz spende je.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ambik je spende size xxxl kepunyaan ustaz spende tu untk buat serban bapak kau atau untk buat topeng mak kau.heee

      Delete
  8. Sutan nak dua nama nti PKR anta nama Azmin Dan jijah...nanti sutan reject lagi Sbb dua dua bukan anak Selangor.aku Suka nengok drama arahan rapiji ramli ni. Hero pulak bkn calang orang..tak mudah tumbang..heroin ala ala puteri lilin tak tahan panas...dibantu oleh watak jahat MAK lampir yg menjadi lakonannya.

    ReplyDelete
  9. MB selangor sultan minta tangguh....idea mesti dari kalid ibrahim tuu.....lu apa hal mau bising semua macai bodo pkr....mahkamah tangguh banyak kali lu duduk diam....kalit suda kasi main anwar kah kah...klu anwar bolea tanggu kes bejubo dimahkamah... mb sgor pun bole tangguh....kah kah lagi teruk bang non kena main kah kah....

    ReplyDelete
  10. dlm hal mb sgor ini tak nampak langsung keislaman parti pas

    macai umno nak tahu betul ke tdak minta desak lah Hadi angkat sumpah .

    dah eluk eluk lpas mesy yg mula mula dulu dia buat lagi Hadi salah seorg yg terlibat dng kerajaan perpaduan dr awal .

    PKR dgn DAP kena buat gerak strategik menghalau PAS dr Pakatan Rakyat mulai dr skg Jgn buang masa nak pertimbang dan fikir utk menang pilihanraya Biar kalah jd arang ke jd abu ke jangan kita bersama PAS lg Biar dr skg PAS bekerjasama dng UMNO dan kita tguk samada rakyat pilih Kjaan UMNO PAS dgn Kjaan UMNO MCA MIC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah anon 20.06apa kejadah nak desak adi awang....nak desak adi awang ko pergi desak sendiri la....kah kah bodo bodo

      Delete
    2. ada yg terasa pulak
      ni melibatkan umno Hj Hadi sendiri kata dia yg bersetuju berkerjasama dng umno Org ramai akan tuduh umno disebalik semua kekecuhan ini

      Jd spt biasa macai umno kena lah bersihkan nama umno Desak lah Hj Hadi angkat sumpah Cuba perhatikan tak ada pun dlm kenyataan tersbut PAS akan mengambil tindakan undang undang .. hehehe

      Delete
  11. Itu bukan orang fasik maaa...dia bikin komen manyak betul maaa....itu bukan fasik dia kasi fuckk sama anwar ibrahim maaa...lu tangguh olang lain pun bole tangguh maa....anon 19.16....u pun manyak fasik.....kasi fuck sama lu lagi baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia eh..puak munafik ckp pelat pulak dh..

      Delete
  12. Bila umor dah meningkat... dah jadi macam budak budak balik la....

    ReplyDelete
  13. Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

    kat Tganu tak nak pulak PAS buat mcm Perak Rupa nya ada agenda

    Azmin sepatutnya sedar PAS bahaya opps Bukan PAS Hj Hadi bahaya sanggup bersongkol dng pefitnah dan perasuah Kekayaan Anwar dan keluarga tak kemana kalau dibanding kan dgn anak menteri belum lg dgn anak perdana menteri

    Akan tersenaraikan melayu terkaya dlm senarai 10 org terkaya di Msia jika PAS berkerjasama dgn UMNO MCA MIC. MCA pun dah jadi baik kot ??

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...