Thursday 21 August 2014

PEMILIHAN AMK 2014 ... SUARA-SUARA SUMBANG SUDAH MULA BERKUMANDANG APABILA PEMIMPIN PILIHAN HATI MEREKA TUMBANG !!!!!

Apakah ini caranya menyambut keputusan pemilihan AMK 2014????? .. Apabila calon yang didokong dan sokong kecundang maka mengeluarkan kenyataan amat negatif dan memudaratkan parti.

Semasa kempen bukan main lagi punya berkokok jantan nyaringnya ... terima apa jua keputusan majoriti dan hormat kemahuan dan pilihan anggota parti.

Bila calon pilihan hati rebah sudah mula nak keluarkan kenyataan yang mampu membuat kedudukan parti goyah dan anggota parti gundah.

" Kegelapan bagi AMK. Takziah awal2" .. Zafril Eusof ... Apa maksudnya memberikan takziah awal-awal??? .. Bahawa AMK dibawah pimpinan YB Nik Nazmi Nik Ahmad akan bungkus dan terkubur tidak berapa lama lagi???

" A sad day for KEADILAN Youth" ... Najwan Halimi ... Apa yang sedihnya nasib AMK dibawah YB Nik Nazmi Nik Ahmad ??? .. Adakah disebabkan kekalahan Amiruddin Shari maka jelas sudah gelap masa depan politiknya??  Apakah tanpa beliau memimpin AMK maka kedudukan AMK dipersada politik perdana akan malap, longlai, lemau dan tidak bermaya????

Permulaan sudah menampakkan belang sikap dan perangai sekelompok yang berada dalam AMK .. Mengamalkan politik taksub melampau tanpa mampu menerima kenyataan dan hormati suara majoriti .. Berperasaan kononnya orang lain semuanya silap dan salah belaka dalam membuat pemilihan dan penilaian siapa yang wajar dan patut diangkat sebagai ketua.

Orang-orang sebeginilah yang bakal menghancurkan kemaraan AMK pada masa depan yang bakal bertempur dimedan yang lebih ganas dan garang iaitu PRU 14 nanti.

Dalam keadaan AMK memerlukan sokongan padu dan rapatkan saf ada pula yang buat bising onar...

Anggota parti gred begini tidak perlu berada dalam AMK sebab menjadi penghalang kepada visi dan misi tawan Putrajaya.

22 comments:

  1. Harap ahli dan penyokong PKR mendawasa, jangan jadi macam parti lain. Biasa la dalam pertandingan ada kalah ada menang. Itu lah nama pertandingan. Please grow up. Siapa menang pun sama saja. Ko ta dapat kontrak apa apa pun. Nak kontrak masuk UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar tu, kena positive

      Delete
  2. Pandangan saya dalam pertandingan tiga penjuru seperti ini jika tiada calon berjaya memenangi melebihi 50 undi maka perlulah dibuat undian pusingan kedua melibat hanya dua calon yang berjaya memperolehi undian tertinggi...

    Rasanya lebih adil gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud saya 50% undi bukannya 50 undi.

      Delete
    2. belum tentu kali kedua boleh dpt lebih dr 50% sbb lain lah mcm UMNO main duit dlm sekelip mata boleh berubah Madey sendiri kata dia menang walaupun dng lebih 1 undi.

      Yg lebih baik kesemua nama di beri peranan yg adil dlm melaksanakan matlamat parti. Jgn mcm UMNO lawan di matikan begitu sahaja

      Delete
  3. Ok la tu....terima jer ....klu menang bnyk pun dan hebat skali klu anwa ibrahim dah x suka tengsh jalan nnti dan bukan kroni atau nepotisme bang non boleh halau dan aib kan pemimpin pilihan ahli pkr....kes kalid 8brahim dah jdi contoh dahhh.....omak ko x payah nk sibuk sibuk pasal intergriti parti pkr...klu pemimpin atasan boleh buat sesuka hati....pirahhhh

    ReplyDelete
  4. jgn semua kita buat musuh mcm mana kita benci pd umno.
    musuh kita umno. Kesemua pemimpin baik yg ada jawatan atau yg kalah dlm pertandingan adalah sama semangat nya dan sama tujuannya Kesemua nya hebat hebat kalau tak kita tak masuk PKR Yg tak terpilih jgn ingat anda tak terpilih krn anda tak bagus mcm Nik Nazmi Byk faktor menentukan kemenangan tp hny satu faktor yg menjd kelebihan Nik Nazmi Jd usahakan lah cari apa faktor tersbt dan usahakan lah utk memperbaiki nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deyyy tambii..lu saja yg terhegeh nak perangai baik...kul pemimpin atasan bole tendang yg terbaik mcm tski dan diaib kan...lu ada mata lu tgk..lu ada jubo lu nk bgi bang non toron lagi kaa..?

      Delete
  5. Saya Mewakili rakan2 di Sementa, Gombak, Ulu Yam, Semenyih dan Ijok, sudah malas campur lagi dengan PKR.

    Biarlah kenangan zaman reformasi menjadi kenangan manis buat kami. Parti Keadilan dulu adalah untuk rakyat. Sekarang ini hanya untuk Keluarga tertentu sahaja.

    Biarlah noktah hitam yang menipu kami dengan slogan tidak kronisma pada tahun 2014 disimpan dalam ingatan.

    Kami tidak mampu lagi menyokong anda semua selepas anda mengkhianati TSKI dan CheGu Bard.

    Jika kamu boleh menfitnah orang begitu, apakah halangan kamu tidak mengfitnah warga kilang seperti kami.

    Jika tiada halangan, apabila wadah baru diwujudkan, kami akan membawa hasrat kami ke pertubuhan yang baru

    Awang Tomyam
    Bekas Ahli
    (Tertipu dengan Pemimpin Pertubuhan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Awang, saya masih ingat wajah abang di Sogo dan jln TAR 15 tahun dulu. Nampaknya, kita kena beransur juga kerana wadah sudah durhaka kepada rakyat

      Delete
    2. Syabas Abang Awang

      Delete
    3. Saya pun dah buang kad ahli saya kat sungai Klang

      Delete
  6. Sabar saudara Awang, kemenangan adalah untuk orang2 yang benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let's make doa to clear Heart. We should learn from from this tragedy. Amin

      Delete
  7. pengkhianar2 TSKI dan rakyat Selangor nak menyorok kemana? Belang mereka terlalu jelas dan nyata. Pengharapan kita terlalu tinggi utk menghapus UBN. tapi mereka berkhianat....harap ada PRN agar kami dapat membalas onar mereka.

    ReplyDelete
  8. Harap pagar, pagar makan padi,
    Harap PKR, PKR rosak manjadi
    Harap adil, jawatan bagi bini
    Adakah ini yang kamu mahu lagi,
    Nahi, Nahi, Nahi, Nahi

    FIkir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  9. Jawatan bini diutamakan. Rakyat merana hiba. Rumah mahal

    ReplyDelete
  10. Pkr ibarat api di hujung sumbu yang tiada minyak : hanya membakar sumbu. :....bye bye pkr

    ReplyDelete
  11. Kah... kah.... pkr bungkus lagi baik...matlamat perjuagan utk anuar.

    ReplyDelete
  12. Jgn pi putrajaya...anwar xde kat situ...ti kita ramai-ramai buat rombongan pi melawat dia kat PENJARA KAJANG ATAU SUNGAI BULOH ye

    ReplyDelete
  13. Berapa lama laaaa nak dapat keputusan pemilihan ni...
    Undi pemilihan PKR bnyk tipu, tu yg berbulan2 baru dpt keputusan.
    Paku Dulang Paku Serpih...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...