Tuesday 12 August 2014

PAKATAN RAKYAT ... PAKATAN HARAPAN RAKYAT ... MUJAHID YUSUF RAWA.



Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR_ adalah mekanisma perubahan politik terbaik yang pernah dipersembahkan kepada rakyat Malaysia. Sistem parti politik di Malaysia adalah berasaskan ideologi dan ini adalah merupakan ciri utama kebanyakan parti politik di negara sedang membangun.

Berbanding dengan negara Barat dan membangun parti politik lebih berorientasikan ideologi pragmatik walaupun mereka mengekalkan asas utama yang membezakan antara mereka, adapun daripada segi dasar kerajaan, parti politik di negara membangun lebih cenderung kepada sokongan merentasi ideologi politik.

Sebab itu dalam mengamalkan kuasa pemerintahan, negara membangun tidak banyak berdepan dengan usaha menjatuhkan kerajaan yang berkuasa.

Iklim politik kepartian

Apa yang berlaku dalam iklim parti politik Malaysia mengisyaratkan persaingan ideologi yang terdedah kepada obsesi berpolitik negatif walaupun atas kos pudarnya kepercayaan rakyat ke atas mereka asalkan mereka dapat mempertahankan 'ideologi' mereka. Obsesi kepada berpolitik terbawa hingga kepada daerah kuasa memerintah sehingga advokasi dasar yang progresif dan membina kuasa yang diamanahkan pengundi terpaksa diabaikan.

Suasana ini jika berlarutan tidak banyak menguntungkan konsep kerajaan yang berkuasa (government in power) kerana ketua kerajaan daripada parti memerintah dan pasukannya sentiasa dibimbangi oleh usaha politiking untuk menggagalkan dasar diperkenalkan. Perbahasan kepentingan kepartian lebih banyak dari perbahasan dasar dan usaha memperbaikinya untuk kepentingan rakyat.

Sentimen perkauman

Sentimen perkauman turut memainkan peranan menyemarakkan politiking bagi menggagalkan parti yang memerintah. Ahli politik Malaysia terkenal dengan menggunakan kad beracun perkauman apabila segala usaha secara budiman berdepan dengan kegagalan. Isu polarisasi kaum sentiasa didendangkan sehingga wujudnya persekitaran permusuhan dan ugutan. Parti politik terdedah kepada pelabelan perkauman sehingga prejudis menguasai keadaan.

Permainan perkauman ini membawa kepada 'zero-sum game' kerana penguasaan yang lebih akan mengurangkan pesaing masing-masing kadang kala atas risiko menggagalkan kerajaan yang berkuasa.

Bahayanya kad perkauman ialah rakyat diheret kepada perbahasan tidak produktif kerana cuba mempertahankan diri daripada dilabel perkauman daripada berusaha untuk membenteras perkauman yang menjadi barah dalam politik negara hari ini. Ia lebih malang apabila karat perkauman masih ada dalam budaya berkolusi.

Politik kolusi

Politik Malaysia tidak dapat lari daripada pendekatan kolusi yang menghimpunkan pelbagai parti politik atas satu platfom untuk bersaing. Sejak Perikatan/Barisan Nasional terbentuk wajah kolusi merupakan ciri utama mengukuhkan politk pelbagai kaum di Malaysia. Bagi pembangkang pula pendekatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA) dan akhirnya PR merupakan pesaing terkuat politik kolusi untuk merintis jalan ke persada kuasa.

Politik kolusi ada risikonya dari sudut keberkesanan permuafakatan antara parti-parti. Selain daripada terpaksa mempelajari erti perkongsian mereka juga terpaksa berhadapan isu ideologi yang lazimnya soal keaslian dan keutuhan prinsip dipersoalkan ahli sendiri.

Adalah agak sukar untuk bersetuju atas satu matlamat politik tertentu tanpa terpaksa berkompromi isu yang mungkin dianggap fundamental. Di sinilah kolusi parti berideologi akan menghadapi suasana kerapuhan dan sedikit sahaja kocakan akan mengakibatkan kolusi akan terancam.

Konflik intra-parti

Amalan politik kolusi juga mencabar daerah interaksi intra-parti dari sudut sejauh manakah rakan kolusi boleh campur tangan atas alasan ia membahayakan matlamat kolusi. Ia juga menuntut mekanisma berkesan bagaimana sesuatu masalah itu dibincangkan sesama kepimpinan parti berkolusi dan ini memerlukan persefahaman yang baik dan interaksi  positif.

Perundingan dalam semangat kolusi diperlukan dalam semua alat dan wasilah pemerintahan seperti pembahagian jawatan di peringkat negeri, kerajaan tempatan dan akar umbi sebagaimana mereka terpaksa menguruskan ketidakpuasan hati semasa proses pengagihan kuasa berlaku. Semua ini mencabar kewibawaan mengurus dan bukan sekadar berbekalkan semangat kolusi semata-mata. Masalah kecil boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar dan keadaan ini boleh membawa kepada krisis ketidakpercayaan antara parti berkolusi.

Kejujuran dalam berkolusi menuntut perjanjian disepakati dan dipenuhi secara bersama. Perjanjian perlu ditunaikan dan mesti dipertahankan bersama.

Sebarang unsur tikam dari belakang mesti dijauhi samada melalui kenyataan ataupun tindakan. Seburuk kolusi adalah apabila masing-masing ada agenda tersirat dan hanya mementingkan kedudukannya.

Mengambil kesempatan terhadap kelemahan rakan kolusi adalah seburuk teman untuk bersepakat apatah lagi membina ketidakpercayaan terhadap rakan kolusi.

Model PR

PR sebenarnya adalah hasil perkembangan kesedaran politik untuk menyahut atau menyambut ketibaan politik baru di Malaysia. Ia hasil daripada momentum kesedaran kepada perlunya ruang demokrasi yang lebih luas dan tuntutan amalan kerajaan yang telus dan bebas rasuah. Saya maksudkan momentum kerana perjuangan ke arah itu dimulakan sebelum ini cuma ia tidak menjadi satu gerakan rakyat yang diterjemahkan dalam peti undi.

Oleh kerana desakan terlalu besar kepada perlunya satu mekanisma perubahan yang cuba diwakili PR maka fasa pembentukan struktural PR ianya datang kemudian.

Oleh kerana semua parti PR tersentak dengan kedatangan politik baru ini mereka lebih sibuk menguruskan tapak sokongan daripada menguruskan organisasi PR itu sendiri. Hasilnya ialah kedudukan PR dari sudut kebersamaan dan penghayatan parti berkolusi tidak bersepadu. Walaupun demikian pencapaian PR secara berorganisasi berjaya melahirkan sesuatu yang struktural seperti Resolusi Shah Alam 2009 bersetuju atas Kesepakatan Bersama (Common Policy), Resolusi Kepala Batas 2010 menghasilkan Buku Jingga dan Resolusi Alor Setar 2011 melahirkan Manifesto PR.

Kewujudan Majlis Presiden dan Sekretariat PR walaupun agak rapuh tetapi ia adalah usaha mengimbangi sambutan massa dan pengurusan dalaman kolusi. Di peringkat negeri dan akar umbi nasib organisasi PR tidaklah sebaik di peringkat pusat malah lebih buruk tahap keserasian kerjanya. Keadaan bertambah buruk dalam keputusan pembahagian kerusi di mana beberapa kerusi menyaksikan pertindihan dan seterusnya bertembung sesama rakan kolusi. Kesan kegagalan mendapat kata sepakat dasar satu lawan satu melantunkan kesan kepada persepsi rakyat PR gagal menguruskan pertindihan sesama mereka.

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan organisasi PR, mereka masih mampu menafikan 2/3 hegemoni BN selama ini dengan mendapat 85 kerusi daripada 222 jumlah kerusi Parlimen. Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan jatuh ke bawah penguasaan PR di sebalik kekurangan aspek pengorganisasian PR.

Idealisma PR

PR adalah satu wasilah yang muncul tepat pada masanya apabila hegemoni BN dilihat mengheret negara ini ke kancah politik rasuah dan pentadbiran yang pincang. Rakyat mahukan perubahan khususnya bukan Melayu yang pada waktu yang sama gerun dengan sikap Umno yang menuai budaya rasis.

DAP merasakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penghubung yang baik di mana PAS boleh bersama dan PAS menerima untuk bergabung atas alasan memerangi rasuah. Walau apapun yang diperkatakan tentang PR dan gabungannya tidak siapa dapat menafikan ia ada idealismanya tersendiri untuk melihat Malaysia bersih daripada rasuah.

Selain itu idealisma PR turut berligar sekitar proses demokrasi pilihan raya yang bersih di mana rakyat negara ini mendapat satu peluang terbaik untuk melihat reformasi pilihan raya dan institusinya berjalan. Walaupun tanggapan buruk dipaparkan oleh media Umno/BN namun hakikatnya idealisma ke arah pilihan raya yang bersih berjaya menjadi gerakan massa yang berpengaruh.

Desakan ruang pendemokrasian yang lain seperti media, hak berhimpun dan bersuara mendaki ke tahap baru di mana ia mencabar status quo yang ada melalui kes di mahkamah tentang kebebasan berhimpun dan bersuara.

Parlimen tidak lagi menjadi tempat memanaskan kerusi tetapi rakyat menyaksikan idealisma ahli Parlimen PR bercakap tentang ketelusan, tanggungjawab dan integriti sang penguasa. Rakyat diberi peluang melihat model Selangor dan Pulau Pinang serta Kelantan tentang pemerintahan yang ideal walaupun sentiasa dimomok lawannya.

Perjuangan menentang perkauman sempit juga dilaungkan idealisma pemimpi. PR dengan menyatakan buat pertama kalinya perjuangan menentang kefasadan politik merentasi semua kaum kerana rakyat mesti bersatu bukan atas bangsa tetapi atas memelihara kedaulatan dan kemuliaan negara daripada perasuah negara tidak kira siapa mereka.

Idealisma cukup baik untuk masa depan negara kerana perkauman mula disanggah lewat pejuangan anti-korupsi. Idealisma menentang perkauman sempit berjaya diterjemahkan apabila calon PR mendapat sokongan merentasi kaum kerana membuka ruang kepada orientasi mengundi atas manifesto dan bukan sentimen perkauman.

Buat pertama kalinya dalam sejarah politik isu perkauman dan laungan kebencian agama ditolak sebahagian besar rakyat ini kerana kajian menunjukkan walaupun isu perkauman dan agama dimainkan Umno/BN dan medianya, PR tetap mendapat undi terbaik daripada orang Melayu dan ini mengisyaratkan orang Melayu bersedia untuk masuk ke pakej baharu politik Malaysia yang menolak nuansa rasis dan kebencian agama.

Idealisma anti perkauman tidak pernah diterjemahkan sebegitu kuat melainkan dengan keberadaan PR di persada politik. PR seolah menjadi pengharapan kepada kemunculan politik Malaysia yang menolak sikap rasis dan kebencian agama.

Kekurangan di mana-mana

Tidak dapat dinafikan wasilah yang baik tidak semestinya diisi oleh orang yang baik, buah busuk ada di mana-mana. Tindakan sesetengah warga PR yang mungkin menjadikan PR sebagai alat kepentingan diri tidak semestinya menggambarkan idealisma yang diperjuangkan. Krisis politik juga adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku dan dalam proses itu, idealisma PR tidak akan sunyi daripada dicabar dan dipertikaikan.

Parti-parti politik yang berkolusi juga tidak kurang masalah inter-partinya kerana akan ada pihak yang skeptikal dan optimis kepada kejayaan kolusi.

Ahli parti terbelah antara memelihara keberlangsungan pakatan dengan memperkukuhkan parti kerana salah satu masalah dalam parti yang berasaskan ideologi akan merasakan pendekatan kolusi akan menghakiskan keaslian ideologinya kerana terpaksa berkompromi dalam pelbagai perkara.

Keretakan dalam parti khususnya kepada PAS banyak memberi kesan kepada keutuhan PR. PKR pula terlalu banyak bergantung kepada keperibadian Anwar dan sebagai parti baharu yang cuba hidup dalam idealisma keterbukaan pemilihan parti banyak memberi kesan kepada masalah dalaman PKR yang turut menjejaskan keutuhan PR.

DAP masih belum dapat menerobos tembok pengundi Melayu dan sikap sebahagian pemimpinnya yang dilihat tidak sensitif kepada isu Islam dan Melayu turut memberikan impak kepada keutuhan PR.

Namun isu ini cuba dipulihkan oleh pimpinan dari masa ke semasa dengan pelbagai kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Janganlah hendaknya yang kurang itu dianggap sebagai penghalang idealisma PR sepatutunya ia perlu dilihat sebagai keutamaan yang perlu diperbaiki.

Apakah ada pilihan?

Pilihan untuk melihat masa depan PR ditentukan kemunculan politik baharu yang kian mendesak sama ada PR wujud atau tidak. Segala yang dicapai PR tidak mungkin dikompromikan untuk kita kembali ke belakang hanya kerana krisis di Selangor. Ini adalah kerana keluk baharu politik tanah air sedang kuat menonjolkan dirinya, antara lain yang membentuk keluk baru ini ialah:

1. Politik rentas kaum yang mahu menegaskan sikap anti perkauman dengan suara yang lantang serta menentang sebarang bentuk ekstrimisme politik mahupun agama.

2. Kemunculan orientasi sokongan berdasarkan tawaran untuk kepentingan ramai dan bukan politik sentimen dan emosi.

3. Keperibadian ahli politik yang ada integriti dan mempunyai peribadi seorang negarawan.

4. Memberi makna baru kepada asas negara ini melalui pengukuhan semula semangat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

5. Perpaduan yang membenarkan perbezaan pendapat secara konstruktif dan suasana politik mengizinkan kepelbagaian parti politik dalam kerangka demokrasi, media bebas dan bertanggungjawab serta pilihan raya yang bersih.

Jawapan kepada masa depan PR terletak kepada keupayaannya memandu kemunculan keluk baru ini dalam arena politik Malaysia. Setakat ini sikap politik PR dan idealismanya  memulakan langkahnya sejak 2008.

Berbanding dengan segala kelemahan yang ada pada PR dan tidak terkecuali isu krisis Selangor yang terkini, langkah PR ke arah pembaharuan dan perubahan politik tidak boleh terhenti di sini dan dicicirkan, dan proses perubahan politik mesti diteruskan.

Ya, ada kelemahan dan ada krisis di Selangor tetapi kekuatan untuk menyambut politik baharu lebih diperlukan dan untuk itu PKR, PAS dan DAP harus rasional sejenak dan bertanya pada diri masing-masing,

"Perlukah kita gadaikan semua ini hanya kerana sedikit kocakan di Selangor?" Amat sukar untuk membentuk pakatan rakyat yang lain kerana inilah satu-satunya Pakatan Rakyat yang kita ada. Pakatan Harapan Rakyat
.

46 comments:

  1. Langkah Khalid
    matikan
    Langkah Kajang!!
    Auw mak suka nyah Rapussy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wujud nya pakatan mendedahkan betapa benci nya kaum cina dan india terhadap lslam, melayu dan raja raja secara terang terangan. Adakah ini wadah y d bawa oleh pakatan.

      Delete
    2. Benci nya mereka seperti mana Umno membenci mereka.

      Delete
    3. Media kerajaan merestui pepecahan antara agama/kaum. Orang cina warganegara Malaysia adalah komunis manakala orang Cina di tanah besar adalah rakan ekonomi.

      Delete
  2. Kelemahan DSKI-
    1) Kenapa Menandatangai perjanjian Air bersama Kerajaan – pada hari ke 4 syawal. Kenapa tidak tergesa-gesa menandatangani perjanjian. Adakah udang sebalik mee.
    2) DSKI – lebih mengutamakan diri sendiri dari Partinya (PKR)
    3) Kalah bertanding di Cabang Kuala Selangor
    4) Lari dari Kuala Selangor ke Port Klang. Kalah bertanding jika ia berdasarkan personal DSKI
    5) Berkerja tanpa teamwork
    6) Dan lain-lain lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lg nk tuduh....tuduh la...tapi jgn ler main kangaroo court...dulu kata dizalimi...alih2 awak plak menzalimi org...awak pun court asyik tertunda...kejap sakit blkg....sakit tengkuk...ini la...itu la....xder plak salah ek delay

      Delete
    2. Mari kita ketakawakan Malaysiawaves sebab keluar artikel tak berotak


      KICI KICI,
      LUMBU JAGA,
      TB TB,
      UG TAK DA.

      Delete
    3. Tolong bezakan diantara parti dan kerajaan, keduamya komponen yang berbeza. Jika semuanya dicampur adukkan sama la serupa UMNO yang kau kutuk benci sangat tu. Kesimpulan UMNO guru PKR

      Delete
  3. puiii pakatan kepala bana korg...pg jahanam dap & pkr...aku sokong TSKi masuk pas gabung ngan umno...

    ReplyDelete
  4. Auw Mak tak suka nyah camni!!!!

    ReplyDelete
  5. ANUAR X MAHU APA YANG BERLAKU DIKEDAH BERULANG KEMBALI.
    SAYA ORANG PAS
    Tn Hj Hadi tidak pernah belajar dari kesilapan di kedah. Pergolakan di kedah antara adun Pas tanpa diselesaikan oleh Tn Hj Hadi secara bijak telah menjatuhkan kerajaan Pas/ PR dikedah.
    Waktu Pergolakan Pas di kedah, adakah PKR & DAP masuk campur hal PAS
    Trengganu pernah di terajui oleh Tn Hj Hadi. Hanya dapat 1 penggal, selepas itu kalah. Apa masalahnya?
    Manusia tidak pernah "perfect"/ maksum. Yang perfect hanya allah taala. Ini kesilapan pemimpin agama di Pas, Mengajar ahli sentiasa WALA kepada pemimpin. ( PAS mengagap pemimpin mereka adalah maksum-NABI TIDAK PERNAH KATA MESTI WALA KEPADA PEMIMPIN, Pemipin ISS- PLEASE ADVICE ME, IF I AM WRONG)
    BUT I solute Nik Aziz
    KEMENANGAN ADALAH SECARA TEAMWORK. RAKYAT menharap kemenangan PR supaya Negara kita bersih dari rasuah, kronism, kecurian pemimpin atas asset Negara-kwsp, petronas, felda, galian , toll dan lain.
    ( Pas hantar wakil 6 org besar Pusat Pas, ke mesyuarat PR berkenaan MB Selangor- bersetuju MB di tukar) kemudian 3 hari selepas itu : MENGIKUT SURAT KHABAR, Tn Hj Hadi ingin KEKALKAN MB SEKARANG.- tak tahu saya nak cakap. Tak tahulah siapa yang MUNAFIQ. MACAMMANA NAK PERENTAH MALAYSIA JIKA LIDAH BERRCABANG DAN ASYIK DENGAN EGO SENDIRI)

    WAHAI PEMIMPIN POLITIK TOLONG PASTIKAN form 14 di setiap pengundian diikuti & dilaksanakan (bukannya undian di di pusat pengumpulan- disini berlaku black out,penambahan undi dan lain2). Buatlah banyak salinan form 14 yang ditandatangi oleh setiap wakil spr & parti untuk mengelakan alasan HILANG FORM. Keputusan muktamad, setiap salinan diberi kepada wakil)
    SELAGI PEMIMPIN MALAYSIA adalah diperolehi dari PENIPUAN, SELAGI ITU MALAYSIA TIDAK AKAN MAJU.

    CUBA ANDA BERFIKIR SEKEJAP: apa AKAN jadi pada SINGAPURA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB dan sebalik jika PM singapura jadi PM malaysia ( singapura- x minyak,sawit,emas dan lain-lain)

    Apakah AKAN jadi pada THAILAND & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB

    Apakah AKAN jadi pada INDONESIA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB ( di Indonesia, hakim mahkamah di penjara seumur hidup kerana memakan rasuah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ckp cam berfakta...tp tin kosong....pad ckp lain dlm mesyuarat...tup2 anu-war pi isytihsr lain....
      Apa punye islam menggelar sesama sedaranya munafik...nampak sgt eithrr kau ni bkn org islam....atau x bljr agama. Tp keje mencacai...menghina sesiapa yg menghlg aspirasi anu-war. Teruk penghinaan diberi tanpa adab. Tp x sokong hudud xder plak terhina...

      Delete
    2. Sorang bernama MR X pergi ke restoran, lalu bertanya mana Tauke restoran.

      Mr X : Roti canai ni tak sedap, kasi pecat sama tukang buat roti
      Bost Kedai : Jika saya buang dia, siapa mau bikin roti canai.
      Mr X : Bini aku lahhhh, dia pandai buat roti canai.
      Bos Kedai : Pirahhhhhhhh Nepal dan Congo pun tak nepotisme macam ni.
      Mr X : Takpa2, sebagai ketua kampung saya pecat dia sebagai qariah
      surau kampung

      Woiiiii TB Malaysiawave Bangang beramboi. Luuuuuuu baca skrip ni, tak dibuat Nepotisme berbentuk gila babi ni

      Delete
    3. Mari kita ketakawakan Malaysiawaves sebab keluar artikel tak berotak


      KICI KICI,
      LUMBU JAGA,
      TB TB,
      UG TAK DA.

      Delete
    4. Dah pecat KI, selesai masalah? Inilah kelebihan TGHH & PAS. TGHH ada menyebut sultan dlm kenyataannya tentang menurunkan KI sebagai MB. Pendirian TGHH (&PAS) ternyata lebih ke hadapan berbanding PKR & DAP. Tetapi TGHH & PAS dihentam. Kini, mana pakar strategi PKR? Selesaikanlah masalah terkini. Tetapi, percayalah, sikap hipokrit PKR & DAP akn terserlah apabila selepas ini mereka menyalahkan TGHH & PAS juga. Kamu, ahli PAS ke? Mohon keluar PAS dan masuk sama ada PKR atau DAP.

      Delete
  6. Abang An tolong makkkkkk!!!!

    ReplyDelete
  7. Kalau Ada bukti rasuah keluar kan jer!!!
    Internet banyak!!
    Pembangkang banyak!!
    Keluar kan jer lah bukti rasuah tu!!
    Evidence base bro!!!
    Jgn cakap jer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pkr ni menang di internet je sbb blogger2 depa terbayar. Mcm internet army...kojo eh serang sesapa yg menentang aspirasi anuwow...taktik israel...sape ajau...national endowment agency.

      Delete
    2. Semua tuduhan yang disebarkan sepanjang malam oleh saifuddin nasution-rafizi ramli-KeadilanRaya perlu dibawa kepada sprm dan pdrm...jika benar-benar serius. tapi..setakat ini..aku tengok...budak-budak suruhan DSAI nie...tak buat apa-apa pun. melainkan terus bermaharajalela sebar khabar angin atas nama tuduhan yang tidak berfakta dan sahih seluruh lembah klang dan negeri selangor. ini biadab namanya!! zalim dan mesti dikutuk sekeras-kerasnya.
      melampau sungguh binatang-binatang politik nie.

      moga ALLAH memberi pengajaran kepada semua yang terlibat.

      Delete
  8. Anuar mahu JUBOR laaaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. Sabun nak burit Mahhh

    ReplyDelete
  10. Well written...congrats dr mujahid....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang mengikut emosi ? siapa yang mengikut nafsu serakah? siapa yang gila kuasa? siapa yang tak rasional?, siapa yang terburu-buru?

      Sapa mereka ini biasalah Sheikh dan bininya

      Delete
    2. SHAH ALAM, 10 OGOS: Pemecatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai ‘penghakiman kangaroo’ ekoran keputusan terburu-buru Parti Keadial Rakyat (PKR).

      Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan menyifatkan pemecatan itu tidak sah atau ‘penghakiman kangaroo’ kerana tertuduh harus diberi hak membela diri terlebih dahulu sebelum proses pemecatan dilakukan.

      “Saya pernah kendalikan banyak kes pemecatan. Tertuduh diberi hak membela diri kerana kalau tidak, ia adalah prooses pemecatan tidak sah atau pnghakiman kangkaroo,” katanya melalui laman Facebook.

      Arul berkata, seharusnya semua pihak menunggu keputusan gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan jika salah baru PKR mengeluarkan Abdul Khalid daripada parti itu.

      “Sekarang Abdul Khalid seperti mangsa perebutan kuasa dalaman PKR. Cara terburu-buru ini menjadikannya mangsa dan hero, bahkan yang penting bukan orang dalaman tahu tetapi perspektif rakyat luar,” katanya

      Delete
  11. Assalamualaikum

    Ucapan HARI RAYA
    Mengikut Sunnah

    Selain ucapan yang sering kita ucapkan ketika Aidil Fitri
    adalah lebih baik kita dahului dengan

    "Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

    Apabila bertemu, para sahabat Baginda Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasssalam sentiasa
    memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan
    berkata:

    "Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

    (Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu)
    (Hadis riwayat Ahmad).

    Sebagaimana yang diceritakan
    oleh al-Hafiz Ibn Hajar
    al-'Asqalani r.h yang
    dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

    “Apabila para sahabat
    Baginda Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasssalam
    bertemu di hari raya,
    sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain

    "Taqabbalallahu Minna wa Minkum"
    (Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu)

    Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271.
    Menurut beliau hadis
    ini berstatus hasan.

    Dan dengan kesempatan ini
    Saya mengucapkan

    "Taqabbalallahu Minna wa Minkum"

    “Selamat Hari Raya Aidil Fitri"
    Mohon Maaf Zahir & Batin”
    Sekiranya terdapat apa apa kesalahan, kesilapan dan tulisan,sama ada secara sedar atau tidak sedar yang saya telah lakukan selama kita berwasap

    Wallahualam

    ReplyDelete
  12. Mari kita ketakawakn Malaysiawaves sebab keluar atrikel tak berotak


    KICI KICI,
    LUMBU JAGA,
    TB TB,
    UG TAK DA.

    ReplyDelete
  13. Kita tengok je sama ada TGNA nak akhiri bidang politik sebagai pengkhianat.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita ketakawakn Malaysiawaves sebab keluar atrikel tak berotak


      KICI KICI,
      LUMBU JAGA,
      TB TB,
      UG TAK DA.

      Delete
  14. A new dictator is born in Selangor, the husband and wife tag team leadership. We can expect more brutal repurcussion to honest leaders like Khalid MB. Little by little fairness and transparency will be eradicated in Selangor.

    Anwar you can go to Permatang Pauh..... please bring your wife there to, and don't forget to bring your coolies like those of Rafizi, Nasution and others.

    ReplyDelete
  15. Democracy can't function properly in the present climate of mass Nepotisme by the sacking of TSKI and lobbying of Anwar wife to be MB, sorry I have forgotten her name

    Democracy never functioned properly in PKR, basically it never existed, despite the claims of some politicians like those of Rafizi, Saifuddin and the rest.

    The same as fairness, which never existed in PKR as well, . Only PKR says it is ok to appoint your own BLOODY WIFE to become Selangor MB. The

    word PKR like to use is Nepotisme to associate that word with all problems that people whom are not in line with under Pak Sheikh pressure.

    ReplyDelete
  16. Power Crazy Hubbie and wife combo

    ReplyDelete
  17. Tahniah TSKI berok Lima ekor yang keluar tv3 hair tu sola berambus.berok sundal Kuala langat boleh cari Bini Bini orang untuk menyundal lagi....tuuuiiihh!!!"

    ReplyDelete
  18. kits tgu dn liht prkmbgn PKR strusnya. untg sabut timbul untg btu tngelm.

    ReplyDelete
  19. Erdogan Menguasai Di Turki, Bakal Ditabal Sebagai Presiden Baru

    Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berikrar akan mewujudkan ‘era baru’dalam perhubungan rakyat di negara berkenaan selepas menang dalam pilihan raya presiden semalam.

    “Hari ini kita menutup era lama dan mengambil langkah ke era baru,” katanya dalam ucapan kemenangannya dari anjung ibu pejabat partinya di sini.

    “Saya berterima kasih kepada setiap warga negara, sama ada mereka mengundi saya ataupun tidak kerana sumbangan mereka kepada nukilan sejarah pada hari bersejarah ini,” tambahnya.

    Erdogan juga menegaskan bahawa apa juga perbezaan pendapat yang dibangkitkan ketika kempen pilihan raya presiden itu dianggap sebagai sesuatu yang sudah berlalu.

    “Hari ini adalah hari baru. Ia menandakan satu kejayaan, Hari ini adalah hari di mana Turki baru dibangkitkan semula daripada abu,” katanya.

    Anjung atau balkoni ibu pejabat Parti Pembangunan dan keadilan (AKP) di Ankara ini adalah tempat di mana Erdogan secara tradisinya menyampaikan ucapan kejayaannya.
    Dalam majlis sambutan yang diadakan itu, beliau disertai pegawai tertinggi parti dan isterinya, Emine serta Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev.

    Erdogan menegaskan: “Pada hari ini bukan Recep Tayyip Erdogan sahaja yang menang. Kemenangan ini adalah kemenangan seluruh rakyat. Ia adalah kemenangan demokrasi.

    ReplyDelete
  20. Tengoktu Erdogan menang. Dia bagus, tak bagi jawatn chief minister kat wife dia. Bukan macam pak sheikh

    ReplyDelete
  21. Tahniah TSKI...berok Lima ekor yang keluar tv3 hari tu sila berambus.berok sundal Kuala langat boleh cari Bini Bini org yang miang utk menyundal lagi.tuuuiiihh!!!

    ReplyDelete
  22. So gang Erdogan dlm PAS, ikutlah Erdogan Turkey, dia tidak melantik isteri dalam jawatan eksekutif

    ReplyDelete
  23. Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme Nepotisme

    ReplyDelete
  24. omakkau, tlg tukat tagline...umno sokong khalid, rakyat sokong umno, pkr is dead...ha3

    ReplyDelete
  25. Din ayam dan pak mertuanya haji hadi kuda pernah jadi pengkhianat kat kota damansara.sejarah mungkin berulang.heee

    ReplyDelete
  26. Kenapa tuan2 tak pernah faham?jika sprm betul2 nak hapuskan rasuah dah lama mat mongol,menteri bapok dan mat sembab dah tinggal kat kajang..tukartiub.heee

    ReplyDelete
  27. Akum Saudara2ku Tak kan lah sebab Khalid seorang tambah pula sekarang tak berparti ,dan  kini d sokong kuat pula oleh musoh utama kita, maka kita sanggup membenarkan parti kita retak. Mungkin ALLAH SWT nak tunjokan kita siapa sebenarnya Khalid . Apakah dia ini musang berbulu ayam. Berhati2lah apabila musoh mulai memuji kita. Pada saya Khalid bukan jastifikasi untok sehingga kita boleh berpecah dan berpisah .Kita semua ada kelemahan dan kesilipan. Kita buanglah yg keroh dan ambil lah yg jernih. Semoga rambut yg d tarik tak putus dan dlm masa yg sama tepung tak berselerak. Ini adalah ujian besar kepada kita semua. Sebahagian besar masyarakat telah mula mendampingi kita ; maka jangan sia2kan harapan mereka.  Semoga ALLAH SWT Memberi kita kekuatan dan kewarasan menghadapi cabaran ini. Mohon maaf jika pandangan saya ini tidak bertepatan kepada sesetengah pehak. Tamrin Tun Ghafar

    ReplyDelete
  28. Sepatutnya kemelut Selangor dah selessi tapi penyakit Hasan Ali berulang.

    ReplyDelete
  29. hny PAS yg menghadapi kesulitan utk memahami spt yg dikatakan oleh Mujahid Yusuf Rawa Dah PR masih baru PAS kena fikir lah mana yg lebih buruk dan mana yg lebih baik kesannya Kalau PAS sedar situasi politik tersbt PAS perlu selamatkan PR bukan Khalid Kalau tersilap masalah Khalid masih boleh di perbaiki tp kalau tersilap utk PR ini lah padah nya

    Kalau PAS ada keinginan utk keluar dr PR ini lah masa dan peluang yg terbaik Kalau tidak jgn sesekali mengulangi perkara yg sama

    ReplyDelete
  30. Blog omak ni syok....boleh di jadikan tempat pencerahan.tapi bila turun tengok.komen dibawah.rupanya tempat depa lempak najis.yang malangnya depa rasa itu pendapat yang depa cuba nak suruh orang percaya...allahai....

    ReplyDelete
  31. HIDUP PAKATAN RAKYAT..PAKATAN HARAPAN RAKYAT..INI SEMUA ADALAH UJIAN DARI ALLAH S.W.T..LAWAN TETAP LAWAN..!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...