Monday 18 August 2014

MENJAWAB TUDUHAN MEMPERTIKAIKAN STATUS KEWARGANEGARAAN DATUK SERI WAN AZIZAH ISMAIL YANG TIDAK LOGIK DAN MASUK AKAL.



Kenyataan beberapa pihak bahawa kononnya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UTNS) kerana beliau dilahirkan di Singapura dan menjadi warganegara secara naturalisasi adalah tidak tepat.


Memang benar Perkara 53 (3) UTNS, menyatakan bahawa seseorang Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia

[notwithstanding anything in this Article, a person who is citizen by naturalisation or by registration under Article 17 of the Federal Constitution shall not be appointed a Menteri Besar]
Oleh itu mereka yang menentang perlantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuba menggunakan isu kelahiran beliau di Singapura pada 1952 sebagai bukti hilang kelayakan menjadi Menteri Besar Selangor.

Hujahan ini menganggap angka kod angka 71 dalam nombor Mykad Kak Wan (dan juga seorang lagi calon, Azmin Ali) merupakan bukti penting bahawa mereka merupakan warganegara melalui naturalisasi.

Faktanya, kod 71 sahaja sudah cukup jelas bagi membuktikan Wan Azizah (dan Azmin Ali) bukanlah rakyat Singapura yang menjadi warganegara Malaysia melalui proses undang-undang naturalisasi atau pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Kod 71 dalam Mykad diberikan kepada warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar negara tanpa mengambil kira negara mana pun mereka dilahirkan. Ini bermakna ibu bapa atau salah seorang daripadanya adalah warganegara Malaysia pada masa itu.

Perbezaan ini jelas bagi rakyat Singapura menjadi warganegara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara akan memberi kod 66 untuk negara Singapura.

Adalah tidak masuk akal untuk sesiapa sahaja mempertikaikan status warganegara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedangkan Dato' Wan Ismail merupakan rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam pelbagai agensi dan jabatan kerajaan sejak sebelum merdeka lagi.

Malah mereka yang mempertikaikan status warganegara Kak Wan sebenarnya buta sejarah dan buta perlembagaan kerana sebelum Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, Singapura adalah sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu.

Manakala dalam konteks perbincangan isu Kak Wan (dan Azmin Ali) ini, mereka merupakan warganegara tulen seperti majoriti rakyat Malaysia. Warganegara tulen ini dirujuk dalam Perlembagaan sebagai Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang dan djelaskan definisinya dalam Perkara 14.
Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:


(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan


(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.


(c) (dimansuhkan)


(2) (Dimansuhkan)


(3) (Dimansuhkan)

____________________________________________
CATATAN:


Per. 14:


1. Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 23, berkuat kuasa dari 16-9-1963, tetapi Fasal (1)(c), (2) dan (3), yang diturunkan di bawah ini, dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965:


“(1) (c) tiap-tiap warganegara Singapura.


(2) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, peruntukan mengenai kewarganegaraan Singapura boleh dibuat oleh Perlembagaan Negeri itu, dan boleh dipinda melalui undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri itu dan diluluskan melalui Akta Parlimen.


(3) Kewarganegaraan Singapura tidaklah boleh dipisahkan daripada kewarganegaraan Persekutuan, tetapi jika seseorang warganegara Singapura kehilangan salah satu kewarganegaraan itu maka hilanglah kewarganegaraannya yang satu lagi (tertakluk kepada peruntukan yang dibuat oleh Bahagian ini untuk pendaftaran seseorang warganegara Singapura sebagai seorang warganegara yang bukan warganegara Singapura).”


2. Perkara yang dahulu, seperti yang terdapat pada tarikh pemansuhan, berbunyi seperti yang berikut:


“14. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:


(a) tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainnya;


(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka;


(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu ialah seorang warganegara dan juga telah lahir di dalam Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;


(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu ialah seorang warganegara jika kelahiran itu ialah seorang warganegara jika kelahiran itu didaftarkan di Konsulat Tanah Melayu atau, dalam hal mana-mana orang yang lahir di dalam mana-mana wilayah ditetapkan, dengan Kerajaan Persekutuan, dalam tempoh satu tahun berlakunya kejadian itu, atau dalam suatu tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu.


Bagi maksud perenggan (d) Fasal ini “wilayah ditetapkan” ertinya Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, atau mana-mana wilayah lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud itu.
Isu perlembagaan Negeri Selangor

Secara ringkasnya, apa pun perbahasan mengenai status kewarganegaraan Wan Azizah tamat apabila Perkara 14, fasal 1 Perlembagaan negara menyatakan sehingga 9 Ogos 1965, tiap-tiap warganegara Singapura adalah warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang.

Namun ia tidak sepatutnya sampai ke situ kerana ibu bapa Wan Azizah adalah kelahiran Pulau Pinang dan warganegara Tanah Melayu ketika itu. Secara automatik, Wan Azizah merupakan rakyat negara ini seperti mana 14 orang Menteri Besar Selangor sebelum ini dan sekarang.

Apakah Perkara 17


Sebenarnya Perkara 17, Perlembagaan Negara telah dimansuhkan. Namun semasa penggunaannya Perkara 17 merujuk kepada proses permohonan kewarganegaraan oleh kaum imigran yang berada di Persekutuan Tanah Melayu pada hari Merdeka.
Perkara 17. (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada hari Merdeka)-Dimansuhkan).
(Dimansuhkan).
____________________________________________

CATATAN

Per. 17:


1. Perkataan “pihak berkuasa pendaftaran” digantikan dengan “Kerajaan Persekutuan” oleh Akta 10/1960, perenggan 2(a), berkuat kuasa dari 1-12-1960.


2. Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut, dimansuhkan oleh Akta 14/1962, seksyen 5, berkuat kuasa dari 1-7-1963, pemansuhan itu hendaklah tanpa menyentuh kuat kuasa Perkara itu mengenai mana-mana permohonan untuk pendaftaran di bawahnya yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 5 tersebut:


“17. Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana orang yang berumur lapan belas tahun atau lebih yang bermastautin di Persekutuan pada Hari Merdeka maka orang itu layak tertakluk kepada peruntukan Jadual Kedua didaftarkan sebagai warganegara jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan–


(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa dua belas tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu, selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada lapan tahun;


(b) bahawa dia berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan;


(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan


(d) kecuali jika permohonan dibuat dalam masa satu tahun selepas Hari Merdeka dan pemohon itu telah mencapai umur empat puluh lima tahun pada tarikh permohonan bahawa dia mempunyai pengetahuan asas bahasa Melayu.”


3. Sebutan mengenai Perkara termansuh ini terdapat dalam Per. 25(1), (1A), (2), 28(1)(a), 28A(4), 43(7) dan dalam Jadual Kelapan seksyen 2(3), 20(3).

Justeru andaian status warganegara Wan Azizah melalui Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar sama sekali.

Apakah pula kewarganegaraan naturalisasi?

Perkara 19. Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.

(1) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati–


(a) bahawa–


(i) dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;


(ii) (dimansuhkan);


(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan


(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.


(2) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut, memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati–


(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;


(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan


(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.


(3) Tempoh pemastautinan di Persekutuan atau bahagiannya yang berkaitan yang dikehendaki bagi pemberian suatu perakuan naturalisasi ialah tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebaik sebelum tarikh permohonan bagi perakuan itu, dan tempoh itu termasuklah tempoh dua belas bulan sebaik sebelum tarikh itu.


(4) Bagi maksud Fasal (1) dan (2), kemastautinan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan; dan bagi maksud Fasal (2), kemastautinan di Singapura sebelum Hari Malaysia atau dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan kemastautinan di Singapura selepas Hari Malaysia hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.


(5) Seseorang yang diberi perakuan naturalisasi menjadi warganegara melalui penaturalisasian mulai dari tarikh perakuan itu diberikan.


(6) (Dimansuhkan).


(7) (Dimansuhkan).


(8) (Dimansuhkan).


(9) Tiada perakuan naturalisasi boleh diberikan kepada mana-mana orang sehinggalah dia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Jelas sekali proses kewarganegaraan naturalisasi merujuk kepada warganegara asing yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) dan mahu memohon kerakyatan negara ini.

Sekiranya ingin mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Dr Wan Azizah dilantik menjadi Dato' Menteri Besar Selangor, pertikaian beliau tidak harus dibuat atas alasan Perlembagaan Negara dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang disalah tafsir tetapi hendaklah berhujah dari segi merit dan kemampuan.

Sehingga kini hujah atas landasan dan alasan merit dan kemampuan tidak kedengaran lagi dari penentang-penentang semangat Pakatan Rakyat selain cuba diwar-warkan sebagai seorang wanita sahaja itu pun alasan dan hujah yang agak lemah.

Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berbangsa Melayu dan berugama Islam, beliau sememangnya layak dari segi undang-undang untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Janganlah disebabkan perbezaan anutan politik dan sokongan maka kita memberikan hujah dan alasan yang langsung tidak masuk akal.
.. sumber.

41 comments:

  1. Saya pun agak kecewa dgn keputusan pas. Setelah di herdik dan dihina, akhirnya pas seperti mengalah. Walaubagaimanapun, saya melihat keputtusan itu tidak menunjukkan pas tidak menyokong khalid sbg mb, cumanya khalid telah dipecat Pkr. Cumanya saya berharap pas terus membela khalid disebabkan tuduhan2 yg dibuat oleh partinya

    Insaflah rakan2, Kita menjadi badut coalition laki bini. PAS ternyata penakut dan PKR dipenuhi pembodek.

    Mari kita tunggu signal dan meninggalkan perjuangan sia-sia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen dr mcai yg sgt sedih dn kecewa..

      Delete
    2. Desas desus berbelas ranting akan bubar. Syukur. Bila kejahatan terserlah dan orang amanah dianiaya. Inilah akibatnya. Syukur.

      Delete
    3. DANGKALNYA KAU MEMBACA POLITIK....NAK MAMPUS PAS TAK SOKONG ???.....BERAPA BNYAK KWSAN DI SLNGOR YG ADA 70% PENGUNDI ISLAM MELAYU ???....YG ADA 90% PENGUNDI PENGGEMAR KHINZIR DAN GHUDUMBUK !!!!

      PRU2 SEBELUM NI PAS KEMPEN 24 JAM....BETUL ???....PRU LEPAS PAS KEMPEN ALA KADAR....RAMAI KATA PAS AKAN KALAH TERUK...TUP2...AMIK KAU...APA SEBAB???

      SEBAB YG JALANKAN KERJA STRATEGI N PSIKO N PKR N DAP...PAS CUCI TANGAN JE...SELAGI MEREKA ANGGUK....PR DAFTAR RAMAI PENGUNDI2 BARU...PINDAH PENGUNDI KE KWSAN2 YG BOLEH MENANG...ADA POTENSI POLITIK DAN EKONOMI

      PR CREATE MCM2 MASALAH DAN CERITA...KONONNYA MEREKA BERPECAH2...TAPI BUAT KERJA...ORG BN TERHIBUR...TIDUR....CONTOH LEMBAH PANTAI....NURUL DIKATA BERMASALAH...TUP2...MENANG BESAR...MANA DTG MAJORITI BESAR DAN BARU NI ???....ORG BN TERTONGGENG TAK DAPAT JAWAB !!!

      PADA AKU...PAS PANDAI BERPOLITIK !!!!...JANGAN BACA LA LU BADUT KE....PENGKHIANAT KE BRO....SEBAB....POLITIK TU APA ??...TAK LAIN....POLITIK ITU KUASA DAN MENGUASAI

      KHALID DAH CHECK MATE....DAH TERSANGAT2 KAYA DAH PUN...MAKAN 4 KETURUNAN PUN TAK HABIS !!!

      Delete
    4. Pas flip flop lagi. Kejap ada kejap tak ada.
      1. Mula tak sokong lepas jena sergah dgn dap tiba tiba sokong.
      2.mula mula cakao dalam islam kena buktikan bersalah baru boleh dakwa bersalah. Kena sergah dgn annuar terus diam. Tiba tiba tarik balik sokkng khalid.
      Inilah islam pas. Kejap ada kejap tak ada.

      Delete
    5. utk anomy 954
      engkau pernah masuk penjara, sanggup letak jawatan TPM kerana bersokokong dgn PM hendak habiskan aset negara. BONUS KWSP dari 10 % turun ke 4% setahun. Tanah resab melayu dari 2 juta hec turun ke 1 juta. Hanya hasil 1 org billion man melayu berbanding 7 bangsa lain, Singapura & pulau batu putih terlepas, along-along mudah pasang iklan ( di negara lain, along tak berani pasang iklan) dan banyak lagi. Dulu2 belajar semua percuma & dapat duit lagi bagi pelajar miskin serta ia bijak. Sekarang semua kena bayar, masukkkk poket kroni.
      Melayu ramai merempet, hisab dadah, mat kilang, penggangur. Org melayu jadi kuli (india, cina & bangladesh) Sekarang, cina, india & bangladesh dah kaya. Ini semua salah cina atau anuar. Walhal yang memerentah lebih 50 tahun ialah UMNO

      Delete
  2. Tunggulah PAS dan PKR ditalkinkan..tiada orang pun yang akan sedih kerana ada dan tiada nya tiada membawa perubahan .PAS dan PKRhanya layak jadi alas kaki DAP dan kesatuan laki bini gila kuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila kuasa untuk kebaikan negara tak pe, BN berkuasa menjahanamkan negara....dan yg kurang cerdik terus menyokong. Nabi Mohammad S.A.W menyatakan bukan dari golongan baginda terhadap mereka yang berjuang untuk assabiyah (bangsa), tetap degil nak bersama parti yang demikian....maka tak heranlah tentang komen 2 yg tak cerdik dari golongan ni...(.Dr.G)

      Delete
  3. Lahanat PAS telah gagal meperjuangkan Amal makhruf dgn tidak menyokong pemimpin yang soleh dan amanah.

    Rakan dalam PAS dan PKR bakal membubarkan cawsngan Dan ranting bermula di Gombak.

    Keadilan raya berpaksikan taghut. PAS sudah melanggar ikrar kebenaran dengan meyokong nepotisme

    PRU 14 siap korang. PAS Akan dapat teloq. PKR hilang duit deposit. Mark my word

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pasti umno bn yg akn dpt teloq..mark my word too...

      Delete
    2. utk anoym 958
      engkau pernah masuk penjara, sanggup letak jawatan TPM kerana bersokokong dgn PM hendak habiskan aset negara. BONUS KWSP dari 10 % turun ke 4% setahun. Tanah resab melayu dari 2 juta hec turun ke 1 juta. Hanya hasil 1 org billion man melayu berbanding 7 bangsa lain, Singapura & pulau batu putih terlepas, along-along mudah pasang iklan ( di negara lain, along tak berani pasang iklan) dan banyak lagi. Dulu2 belajar semua percuma & dapat duit lagi bagi pelajar miskin serta ia bijak. Sekarang semua kena bayar, masukkkk poket kroni.
      Melayu ramai merempet, hisab dadah, mat kilang, penggangur. Org melayu jadi kuli (india, cina & bangladesh) Sekarang, cina, india & bangladesh dah kaya. Ini semua salah cina atau anuar. Walhal yang memerentah lebih 50 tahun ialah UMNO

      Delete
  4. Khalid MB memang terbaik dan amanah. Cuma jadi magsa kerakusan politikus yang menggunakan Kacang Move.

    Kalau pembaca boleh buka minta lebih dari sempadan parti politik. Sudah tentu anda tahu siapa benar siapa merapu. Orang adil tak halau orang baik2 lalu mahu digantikan dengan isteri.

    Fikir2kanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanah amenda bro..klau dh projek dn tnh krjaan negeri boleh d berikn pd org kuat daim..

      Delete
    2. Sifat AMANAH Rasul SAW ialah menyampaikan perintah Allah seperti yg diperintahkan. Bukan Rasul sampaikan perintah yg ikut suka... Sebagai MB, TSKI kena laksanakan apa yg PR dan PKR mahukan yg bertunjangkan kpd kehendak rakyat... barulah amanah namanya. Sebagai pentadbir, memanglah TSKI smart tapi amanah ke kalau bersekongkol dg pentadbiran BN yg sudah diketahui akan keburukannya dari segi kepentingan dan keadilan kpd rakyat??? Jangan sekali fikiran kita dijajah walau pun kita sudah dikatakan MERDEKA.

      Delete
  5. Diminta jasa baik Khalid MB menubuhkan wadah perjuangan baru tanpa dokma Nepotisme dan Kronsime yang berkembang dalam PKR.

    Kami rakan2 akan mebubarkan ranting2 PKR untuk bersama Khalid MB. ADUN2 PKR dan DAP wajib meninggalkan parti masing2 dan masuk kedalam Wadah baru ini.

    Kami berjuang waktu 1998 bukan kerana MAKHLUK suami isteri ini. Kami berjuang untuk rakyat.

    Beri kami isyarat, nahhhh kami akan maju ke arah Parti Keadilan Baru (PKB)

    ReplyDelete
  6. Grassroot bersama Khalid MB.

    ReplyDelete
  7. Kalau DYMM mahu Anak Selangor jadi MB. Camnee yee

    ReplyDelete
  8. As new dictator being born in Selangor, the husband and wife tag team leadership. We can expect more brutal repurcussion to honest leaders like Khalid MB. Little by little fairness and transparency will be eradicated in Selangor.

    ReplyDelete
  9. Kata-kata pemimpin PKR yang hari-hari dok torak goreng sampai hangit sana sini jugak di pakai..

    Cubalah pakai Otak Sikit, Mata ..lihat dan telinga dengar...

    Cuba ambik sikap Khalid MB yang dipecat oleh Anwar masih mampu ucap selamat pd Anwar, walau seluruh Jentera PKR mengihina, mncerca, mefitnah Khalid MB.

    Dengan ucapan sinis itu, penyokong sepatutnya mencari kebenaran?

    Isu melawan Perintah Pucuk Pimpinan, Tak Ikut arahan, itu RESMI dan ADAT dlm PKR, Anwar pon tak ikut arahan ketuanya dulu bila disuruh berhenti, letak jawatan? Takkan lupa kotttttt? 1998 bukan lama sangat.

    Jadi siasat lah sendiri, parti PKR siapa yg benar, ikutlah, siapa yang salah tetap salah lah.

    Bermula drp Pemilihan PKR kucar kacir, PKR dah confirm jadi Parti Caca Merba - apa Anwar buat untuk mententeramkan keadaan?

    Lagi pon siapa Anwar dalam PKR? De Facto......... Banyak cantik. Aku boleh kata De-Facto bolasepak PELE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau DSAI calonkan isteri kita kutuk tapi mcm mana pula kalau isteri yg tak pernah dicalunkan sebagai PM tapi bertindak sebagai PM??? Kenapa tak kutuk...kau ikut saja. Bukan itu lebih buruk dari apa yg kau labelkan kpd DSAI. Tolong jg jadi orang yg berakal dan cukup umur tapi tak kenal Tuhan.

      Delete
  10. Terlalu banyak perpecahanh. Kami dari akar umbi mahu EXCO PKR ditukar. Ahi2 EXCO baru yang boleh dilantik perlu dari golongan dedicatedid dan committed seperti YB@ berikut:

    YB2 YANG MESRA RAKYAT

    YB Mat Shuhaimi Bin Shafiei N50 Sri Muda
    YB Yaakob Bin Sapari N40 Kota Anggeri
    YB Gan Pei Nei N14 Rawang

    ReplyDelete
  11. Rakyat Selangor Anak Selangor mahu Anak Selangor jadi MB. Semua pemimpin tertinggi PR, PKR, DAP dan PAS bukan Anak Selangor, jadi jangan paksa Sultan Selangor terima bukan Anak Selangor jadi MB.

    ReplyDelete
  12. Jangan cabar grassroot. Kamu nayakan Che Gu Bard kamu nayakan Khalid MB.

    Mari kita tinggalkan golongan berhati Tel aviv. Kamu semua Akan disoal kelak sebagai golongan tiada amanah. Hidup SAMM. Kita tinggalkan mereka. Lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  13. Kami Benci politik nepotisme

    ReplyDelete
  14. Desas desus berbelas ranting akan bubar. Syukur. Bila kejahatan terserlah dan orang amanah dianiaya. Inilah akibatnya

    ReplyDelete
  15. Diminta jasa baik Khalid MB menubuhkan wadah perjuangan baru tanpa dokma Nepotisme dan Kronsime yang berkembang dalam PKR.

    Kami rakan2 akan mebubarkan ranting2 PKR untuk bersama Khalid MB. ADUN2 PKR dan DAP wajib meninggalkan parti masing2 dan masuk kedalam Wadah baru ini.

    Kami berjuang waktu 1998 bukan kerana MAKHLUK suami isteri ini. Kami berjuang untuk rakyat.

    Beri kami isyarat, nahhhh kami akan maju ke arah Parti Keadilan Baru (PKB)

    ReplyDelete
  16. Dah habis gadoh dengan malaysiawave ke?datang meroyan kat sini buat apa.dah xde keje nak buat.heee

    ReplyDelete
  17. Madey kerala,mat mongol sulawesi,khalid jowo.semua tempat tu kat malaysia ke.melayu hutan mudah lupa.heee

    ReplyDelete
  18. Terdapat desas desus Gang Kacang Move terbabit dalam konspirasi menumbangkan kerajaan PR di Perak dan Kedah.

    Betul ka? Saya tidak pasti. Tolong rakan2 beri pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sumber ini benar, maka terbuktilah kezaliman mereka itu teramat sangat sampai Namrud dan Firaun pun boleh tabik spring. Selama ini saya tak percaya tapi akhir2 ini hemmmmmmmmmmmm

      CheguBard, Khalid MB dipecat, dinista. Adakah ini yang jenis kita boleh percaya

      Delete
    2. Terkejut badak aku !!!!!!!!!!!!!!! Tapi kita kena tanya gang PAS Kedah dulu, mana tau fitnah

      Delete
  19. 1.) Wakil rakyat Kajang (PKR) lepaskan jawatan tanpa alasan yang munasabah.
    2.) Anwar nak bertanding dlm pilihanraya kecil Kajang. Tak celuih jadi calon sumbat bini jadi calon.
    2.) Menang PRK Kajang, nak naikkan bini jadi MB. Tuduh MB sedia ada ada masalah integriti.
    3.) Lepas ni apa lak depa nak buat? Kroni mana pulak yg nak dinaikkan?

    Tulah dulang paku serpih mengata orang dia yg lebih...Sudah terang lagi bersuluh pun org duk percaya puak2 nie...Sudah terbukti 'Langkah Kajang' adalah langkah malang yang menyaksikan ada orang berperanan sebagai 'tok dalang' dan ada pula bakal menjadi 'lebai malang' termasuklah rakyat Selangor yang terpedaya dengan temberang pembangkang.

    ReplyDelete
  20. kalau wan azizah jadi mb, mmg bacul la orang selangor ni..
    bukan sbb dia ppuan...bukan sbb dia bini nuar...bukan sbb dia bukan org selangor, tp sbb dia mmg takde tokoh kepemimpinan, naik sbb ada kipas aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk anoym 1104
      engkau pernah masuk penjara, sanggup letak jawatan TPM kerana bersokokong dgn PM hendak habiskan aset negara. BONUS KWSP dari 10 % turun ke 4% setahun. Tanah resab melayu dari 2 juta hec turun ke 1 juta. Hanya hasil 1 org billion man melayu berbanding 7 bangsa lain, Singapura & pulau batu putih terlepas, along-along mudah pasang iklan ( di negara lain, along tak berani pasang iklan) dan banyak lagi. Dulu2 belajar semua percuma & dapat duit lagi bagi pelajar miskin serta ia bijak. Sekarang semua kena bayar, masukkkk poket kroni.
      Melayu ramai merempet, hisab dadah, mat kilang, penggangur. Org melayu jadi kuli (india, cina & bangladesh) Sekarang, cina, india & bangladesh dah kaya. Ini semua salah cina atau anuar. Walhal yang memerentah lebih 50 tahun ialah UMNO

      Delete
    2. 11:20 ko sembang apa melalut ni, aku tak cakap aku sokong umno, aku cuma ckp nak tukar tski bole tp carila calon yg bwibawa...calon yg tak diragui bakat kpimpinannya, kalau tanya dswa secara ikhlasnya pun belum tentu dia nak sgt jadi mb ni...
      yg kau melalut merepek ckp pasal bangla semua ni apahal?janganla sampai pening sgt kepala...
      aku pun sokong pakatan, tp lepas ni tobat lahomla aku nak sokong pkr n dap, sbb cara kedua2 parti ni sgt kurang ajar dlm uruskan masalah ni...even umno haprak pun tak londehkan kawan sendiri sampai macam tu

      Delete

  21. KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Khalid tu bodoh.. Dr. Wan Azizah tu pandai..

      Delete
  22. Nak pimpin rosmah pun najib tak tntu arah...tapi itulah yg umno junjung dan sembah..n jilat.

    ReplyDelete
  23. utk anoym 1000

    Kelemahan DSKI-
    1) Kenapa Menandatangai perjanjian Air bersama Kerajaan – pada hari ke 4 syawal. Kenapa tergesa-gesa menandatangani perjanjian. Adakah ada udang sebalik mee.
    2) DSKI – lebih mengutamakan diri sendiri dari Partinya (PKR)
    3) Kalah bertanding di Cabang Kuala Selangor
    4) Lari dari Kuala Selangor ke Port Klang. Kalah bertanding jika ia berdasarkan personal DSKI
    5) Berkerja tanpa teamwork
    6) Dan lain-lain lagi

    ReplyDelete
  24. Kenapa macai nfc dok sakit hati tengok pr x jadi berpecah?mayat m17 dah mereput tp tak sampai2 lagi.nilah akibatnya lantik suami dayaus jadi pm.ada telo bini yg simpan.heee

    ReplyDelete
  25. This Is What Women Really Want !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...