Thursday 7 August 2014

MAJLIS SYURA ULAMAK PAS SOKONG TSKI DIKEKALKAN SEBAGAI MB SELANGOR.



Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

7 comments:

  1. Ok
    Baik
    Yg lain lain tu tak yah nak menu emak nak jadi MB plak!

    ReplyDelete
  2. Kita perlu menghormati keputusan parti PAS yang terserla sebagai parti ulamak bodoh sombong.

    Sewaktu dia mempunyai kerusi sedikit kelakuannya nampak alim.

    Bila dia beri banyak kerusi dia tak tunjuk pandai tapi tunjuk samseng.

    Dalam pilihanraya ke 13 jika Pakatan Rakyat menang, PKR mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tapi PAS menolak nya malah mencadangkan agar musuh politik Pakatan Rakyat dari UMNO Baru jadi perdana menteri atas alasan menarik sokongan orang kampong....peliknya PAS tidak mencalonkan sesiapa dari partinya sendiri.

    Tidakkah itu menunjukkan pemimpin PAS buat lawak dalam bodoh sombong ?

    DiSelangor, PKR mahu menukarkan Khalid Ibrahim dengan orang lain jadi MB Selangor kerana prestasi orang itu menurun dan gerak kerjanya banyak menimbulkan kecurigaan bersabit dengan hutang peribadinya.

    Tujuan PKR mahu menjaga kewibawaan parti dan imej Pakatan Rakyat bebas gejala rasuah.

    Kali ini PAS yang mempunyai kelebihan 15 kerusi DUN tidak tunjuk pandai dalam menyelesaikan isu itu untuk kepentingan bersama tapi pemimpinnya tunjuk samseng pertahankan Khalid yang.dikatakan suci dari rasuah sehingga mencetuskan ketegangan emosi dari pelbagai pihak. Alasannya mudah mereka tidak mahu Wan Azizah jadi MB Selangor sama seperti mereka menghalang Anwar tidak boleh jadi perdana menteri Malaysia.

    Jelas sekali PAS adalah parti ulamak bodoh sombong yang tak perlu kita dekati mereka lagi.

    Sebagai pengundi dinegeri Selangor, kita memang tidak ada kelayakan untuk mendampingi parti itu kerana parti itu dipenuhi dengan orang yang bodoh dan wala' pula pada pemimpin bodoh sedangkan kita adalah pengundi yang bijak berkuasa dalam mementukan parti mana yang layak mentadbir kerajaan negeri Selangor.

    Tukar atau tidak Khalid Ibrahim adalah urusan Pakatan Rakyat, sebagai pengundi kita tak campor tangan. Kalau ada yang terhegeh-hegeh mempertahankan Khalid....itu adalah pencacai dari longkang dan tong taik yang diupah dan mungkin ada yang syok sendiri.

    Pengundi Selangor telah bersedia untuk mengundi....

    ReplyDelete
  3. Saya berpandangan lebih jauh dimana hikmahnya damina peranan majlis syura dalam pas membuat resolusi terhadap sesuatu isu dibangkitkan dan dibincang secara terperinci dan adil. Walaupun anwar jadi pm nanti tapi kuasa mutlak tethadap keputusan muktamad adalah majlis syura yg mana umno tak dak sekularistik. Inilah kelebihan pakatan rakyat melebihi bn yg menggunakan veto. Harap saudara2 dari dap memahami terhadap sistem pemerintahan islam. Percakaran dalaman yg membawa hikmah. Teruskan pakatan rakyat saya sokong.....cara yg adil begini. Sesungguhnya pakatan rakyat lebih baik dari bn. InsyaAllah. Apa-apa pun bn lebih teruk.....takbir....

    ReplyDelete
  4. pkr buang khalid. pas ambil khalid. umno sokong khalid. khalid kekal mb atas nama ug. period. noktah. titik. tahniah tok guru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha3 bodor piang punya analisa...yg real ialah noh udang jadi mb, khalid rap jadi speaker aka rappers, din ayam jd gm mbi, hadi kude jd punahsihat s'gor...kuang3

      nik aziz pulau melako

      Delete
  5. Bila Pas nak u turn ni... dah bid banyak ni...
    pokcik kayo lopaih ni hahaha..

    ReplyDelete
  6. Semoga segala yg berlaku akan mjadi panduan utk kita semua.... bila Tuhan kata "KUN" maka tjadilh.... ikhtiarlh semoga Islam tidak terus terhina sebegini rupa.... jgnlh dlm hati terus mhina sesiapa jua hatta TGHA, DSAI, DS Najib atau sesiapa pun.... ajarilh agama dgn penuh bhikmah... Mmg politik tidak dpt dipisahkn dari agama ttpi kalau cara penyampaian itu keterlaluan mendahulukn politik lebih dari adab " hubungan sesama manusia" dan " hubungan dgn Allah" maka inilh petunjuk yg Allah tunjuk yg manusia akn dihina dan akn dimuliakn oleh Allah... marilh muhasabah.... Utk perhatian, sejarah membuktikn bahawa byk Wali2 Allah berasal dari kalangan hamba2Nya yg byk berdosa.... WallahualamSemoga segala yg berlaku akan mjadi panduan utk kita semua.... bila Tuhan kata "KUN" maka tjadilh.... ikhtiarlh semoga Islam tidak terus terhina sebegini rupa.... jgnlh dlm hati terus mhina sesiapa jua hatta TGHA, DSAI, DS Najib atau sesiapa pun.... ajarilh agama dgn penuh bhikmah... Mmg politik tidak dpt dipisahkn dari agama ttpi kalau cara penyampaian itu keterlaluan mendahulukn politik lebih dari adab " hubungan sesama manusia" dan " hubungan dgn Allah" maka inilh petunjuk yg Allah tunjuk yg manusia akn dihina dan akn dimuliakn oleh Allah... marilh muhasabah.... Utk perhatian, sejarah membuktikn bahawa byk Wali2 Allah berasal dari kalangan hamba2Nya yg byk berdosa.... Wallahualam

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...