Wednesday 6 August 2014

ISU PERTUKARAN MB SELANGOR .. MUSUH PR SUDAH AMBIL KESEMPATAN EDAR SURAT PALSU KONONNYA DATANG DARI IBU PEJABAT PKR KEPADA TSKI DENGAN PELBAGAI TAWARAN!!!!!


Omak Kau menerima melalui inbox mesej FB mengenai surat ketulinannya amat diragui kononnya dihantar kepada TSKI oleh Setiausaha Agung PKR dengan tajuk dan tujuan mencari penyelesaian kemelut Langkah Kajang yang sedang membelengu Kerajaan Negri Selangor kini.

Kononnya malam tadi Majlis Pimpinan Pusat sudah bersidang dengan memutuskan pelbagai cadangan yang dipersetujui sendiri Ketua Umum KeADILan DSAI sendiri.

PENYELESAIAN BERSAMA LANGKAH KAJANG.

Perkara di atas adalah di rujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam mesyuaratnya pada 5hb Ogos 2014 telah memutuskan beberapa cadangan penyelesaian, setelah perbincangan dan keputusan oleh Ketua Umum bersama Saudara pada 4 Ogos.

Untuk makluman , Pihak Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersetuju dengan beberapa insentif kepada saudara dalam mengusahakan penyelesaian secara aman krisis jawatan Menteri Besar Selangor ini.

Sekiranya Saudara bersetuju melepaskan jawatan menteri besar kepada Presiden Parti iaitu Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail:-
        1)  Saudara akan dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Air antara kerajaan Negeri   dan Kerajaan Persekutuan.

       2)  Saudara akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun bulanan RM50,000 ( Lima Puluh Ribu ) serta kemnudahan setaraf Menteri Besar.

       3)  Semua salah laku politik dan kewangan saudara akan ditutup dan tidak akan ada sebarang laporan atau penyiasatan akan dilaksanakan.

Kami adalah terbuka dan ikhlas dalam menangani krisis ini dan berharap pihak saudara begitu juga,


Tanda Tangan.

DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat.


ULASAN OMAK KAU.

Kesahihan surat ini amatlah diragui sama sekali dengan cara penyelesaian langsung tidak boleh diterima akal logik oleh rakyat yang berfikiran waras dan siuman.

Jelas sudah ada pihak yang cuba ambil kesempatan menceduk air yang keruh demi politik batuan (political milage) parti anutan dan sokonganya untuk mewujudkan suasana benci rakyat terhadap PKR/PR.

Mohon pihak Ibu Pejabat KeADILan memberikan respon dan kenyataan mengenai surat palsu ini kerana ianya sudah mula tersebar di alam maya dan jika tidak dibendung segera maka dikhuatiri akan mengucar kacirkan politik negeri Selangor yang sentiasa cuba diambil kesempatan oleh musuh politik.

19 comments:

  1. Surat palsu atau surat sahih dah tak ada makna. PKR dah buat keputusan dan satu negara dah tahu bahawasanya..

    khalid mesti blah dari pejabat mb dgn kadar segera.

    Noktah.

    ReplyDelete
  2. IALOGUE Drama Minggu ini

    Mr X : Katakan tidak kepada Nepotissm, Kronisma, Korupsi. Lawang tetap Lawang

    Mr Y : Tapi U suruh MANAGER Besar (MaBe) sekarang ni brambus dan nak lantik orang rumah kamuuu. Ini Nepotisme ni. Macam Negara Congo

    Macai Mr X: Kamu Mr Y adalah macai2. Percayalah kepada kami. Kami dah makan satay kajang 80 cucuk. Gua ada bukti satu lori yang kata MaBe sekarang ni tak best.

    Akibat dialogue diatas, Golongan RAKYAT MARHAEN meludah kelantai bila tengok perangai pemimpin macam ni

    Jeng Jeng Jeng

    ReplyDelete
  3. Mungkin PKR boleh meminang balik Abang Zul (Zul Kulim) dan mengambil beliau sebagai calon MB Selangor dengan cara:

    a. Wan Azizah meletak jawatan sebagai ADUN
    b. Zul Kulim hendaklah dipujuk untuk bertanding DUN kosong
    c. Abang Zul dilantik sebagai MB Selangor.

    Ciri2 terbaik ada pada abang Zul:

    a. Pernah menjadi ahli PAS dan mengenali pemimpin PAS secara peribadi
    b. Pernah menjadi ahli dan wakil rakyat PKR dan mengenali pemimpin PKR secara peribadi
    c. Ramai penyokong dari Perkasa.

    Untuk kemakmuran semua, saya mewakili golongan marhaen di ingin mengesyorkan supaya PKR dan Perkasa bergabung dibawah wadah yang baru. Kedua-dua pertubuhan boleh bertambah maju dengan gabungan ini.

    Dengan penyatuan Perkasa dan PKR bawah panji2 Perkasa Rakyat MALAYSIA. saya yakin gabungan bekas ketua pelajar tahun 70'an yakni Saudara Anwar dan Saudara Ibrahim boleh bersatu atas panji2 nusa dan bangsa.

    Syor saya untuk melantik Zul Kulim sebagai calon MB adalah terbaik kerana dia membawa corak dan minda PAS, PKR dan Perkasa

    Dengan penuh Ikhals dan Rendah Diri
    Boy Tapah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat yang tepat dan mantap dari Boy Tapah.

      PKR tersilap dengan memecat Zulkifly Noordin dari parti. Dalam banyak2 orang,

      Zul adalah orang yang mempunyai kaliber untuk mempertahankan hubungan baik PKR dan PAS.

      Ditambah lagi beliau juga dinobatkan PATRIOT Nusa dan Bangsa mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan orang melayu.

      Disini peluang keemasan PKR mempunyai MB yang bagus hilang hanya kerana kepimpinan yang tidak mempunyai visi dan misi yang rasional

      Delete
    2. Saya rasa yang paling sesuai ialah Samsul Iskandar Ketot. Dia masih dlm PKR lagi. Dia sangat bagus jadi MB ganti TSKI. Lagipun dia ketot. Banyak kali masa demo bodoh yang dibuat oleh anjing PKR dia org paling laju lari kalau FRU datang.

      kihkih

      Delete
  4. Jadi mengapa Anwar fikir dia mempunyai hak untuk memecat Khalid apabila dia berpendapat bahawa bekas Bossnya tidak mempunyai hak untuk memecat beliau sebagai TPM?

    Sikap Khalid MB tidak memerangi partinya untuk mengekalkan jawatannya adalah satu sikap murni yang patut dicontohi ramai.

    Dari atas, terbuktilah Khalid MB adalah pemimpin yang ada nilai-nila murni. Beliau bukan saja patut menjadi Tibalan Presiden tapi layak menjadi Presiden PKR.

    INGAT PERJUANGAN BUKAN UNTUK SATU2 KABILAH ATAU SATU2 KELUARGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya setuju. cerita KIDEX dibuat alasan untuk buang Khalid. Tahukah anda Kidex sudah dilulus oleh EXCO,

      Alang2 nak pecat, kena pecat 10 orang exco ini. 4 PAS 3 DAP 3 PKR

      Nak tambah lagi kasi pecat SPEAKER dgn Timbalan Speaker sekali

      Delete
    2. erita Syabas pun EXCO dah approve.

      Memang gang2 laki bini dan penyokong mereka double standard

      Delete
  5. Kalau nak kaitkan air dgn bank islam, kenapa tak kaitkan jugak isi air dgn pimpinan Pkr yg melobi utk bayaar Lebih? Baca interview tski dgn the star. Baca jugak kenyataan rafizi bila dia kata mb baru akan revise payment air. Apa maknanya semua ini? Jgn insult intelligent org la....tski dah cakap, kalau tak betul buat laporan, apa Takut?

    Kalau nak buat persepsi semua orgboleh buat. Satu soalan cepumas - kenapa sampai sekarang Anwar tak saman dato shazryl pasal video tu? Aku malas nak tulis Lebih2...

    ReplyDelete
  6. Pada hemat saya TSKI tidak nampak membawa masalah yang 'BESAR' seperti 'penilaian' yang dibuat oleh TGHH maka pada pandangan saya tak wajarlah TSKI disingkirkan semata-mata untuk memuaskan hati sesuatu pihak. Merujuk kembali statement sdr. Tamrin Ghaffar pada pandangan saya perlulah diambil langkah yang berkesan dan yang paling penting berhemah untuk menyelasaikan kemelut ini.

    ReplyDelete
  7. Langkah Kajang adalah usaha untuk menyingkiran TSKI dari MB

    Desakan demi desakan dibuat terhadap TSKI, tanpi kerana rasa tanggungjawab dan beliau menyatakna akan terus memegang jawatan tersebut hingga tamat penggal ini. Desakan-desakan, penghinaan, adu domba dikenakan walaupun TSKI amat popular di Selangor

    PKR akhirnya menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

    Namun hasrat PKR tidak mendapat sokongan PAS menerusi kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pihaknya tetap mahukan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

    Ketegasan Abdul Hadi itu mendapat sokongan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik ABDUL AZIZ Nik Mat sekaligus dilihat menyukarkan hasrat PKR.

    ReplyDelete
  8. PKR dh rosakkan PR, la ni org luar dh ambil kesempatan, sape yg mula angkara? PKR jugak, bg aku bukan DUN saje elok dibubar elok PR sekali dibubarkan. Nmpak jelas dh
    Pakatan Rakyat ni dh x sepakat.

    ReplyDelete
  9. Anwar berkelulusan klas 3 genrl degree ...lulusan UM..cukup cukup makan aje..dalam erti kata pemimpin yang bodoh...berjaya membodohkan macai pkr yg ada pfifessordan phd....paling bodoh kena bodoh orang pas.....bodoh piang..tahniah rakyat selangor darul bodoh....

    ReplyDelete
  10. Orang lain xbole.tp dsai semua bole.dsai insan paling maksum di malaysia.dsai bole bt apa saje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut DSAI yang jadi MB. Mb dari dalam penjara sg buloh.

      Delete
  11. Saya mengesahkan surat itu adalah benar belaka. saya yang sign.

    -SAIFUDDIN NASUTION-
    Bakal Presiden PKR

    ReplyDelete
  12. +dlm kes ni kami nampak PKR tdk bijak dalam menilai . ada pemimpin PKR yg membuat tuduhan keterlaluan. Tukarnya TSKI bermakna hancurnya PR d Sgor !!

    ReplyDelete
  13. Penurunan tski bukan bermakna dia ada kelemahan ketara‘mmg manusia ada kelemahan‘, cuma tski perlu d undurkan kerana tidak sekepala dgn kerja2 ‘hanky panky‘ puak2 pkr hantu yg lain... itu aje.. pull stop..tp untuk bn menang semula mmg pyh, krn cina2 ni pduli apa pmimpin pr ni corrupt@ haru biru, janji jgn bg umno bn dominan melayu menang itu aje..

    ReplyDelete
  14. Ada geng dalam PKR dan DAP kata rakyat bukan pilih TSKI tetapi pilih parti. OK kalau gitu, pilihanraya akan datang, aku cadangkan PKR dan DAP hanya meletakkan lambang parti PKR dan DAP untuk bertanding. Jangan letak nama orang. Dan bila menang letak lambang utk mentadbir negeri. Apa macam? Boleh? Ini baru betul-betul pilih parti bukan orang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...