Wednesday 27 August 2014

ISU PELANTIKAN MB SELANGOR BARU .... PKR DAN DAP TETAP MENCALONKAN KAK WAN SAHAJA UNTUK DI PERSEMBAHKAN KEPADA SULTAN SELANGOR..



PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Ia juga mengambil kira keadaan semasa yang menyaksikan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (termasuk dirinya sendiri).

Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor,” kata mereka.

Surat daripada istana berkaitan pencalonan menteri besar tahun lalu bertarikh 7 Mei, dua hari selepas pilihan raya umum, itu turut dilampirkan dalam kenyataan media yang diedarkan.

Istana minta 4 nama tahun lalu

Surat itu antaranya menyebut sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP bermesyuarat untuk mencadangkan empat nama sebagai calon menteri besar.

Khalid petang tadi memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor dan sultan menangguh menerimanya sehingga penggantinya ditentukan.

Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Menurut setiausaha sulit sultan, ia sejajar dengan konvensyen yang diamalkan berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Pendirian PAS berhubung pencalonan mereka setakat ini masih belum jelas.

Mereka sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping Azizah tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagaimanapun memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan itu.


KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.


DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN


TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

23 comments:

  1. ...kah kah jijah sorang jer....anak selangor tak ada yg layak ke...tanggguh smpi tahun depan ler...kes bang non tangguh smpi 3thn kes mb pun tangguh smpi pru aksn datang kah kah...e

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke termaktub dlm mana mana peraturan negeri mengatakan MB mesti rakyat sgor berbangsa melayu ? Berapa jumlah anak jati sgor dng rakyat dr negeri lain yg telah bermastautin di Sgor lebih dr 5 stsu 7 tahun ?

      Kalau nak MB anak jati Sgor mcmana pulak rakyat dr negeri lain yg bekerja dan beranak pinak di Sgor nak kan MB dr negeri asal nya?

      Delete
    2. Rakyat jati selangor tak layak. Tak berapa cerdik. Tu yang orang luar kena pimpin.
      Sama macam kat penang. Ketua menteri kena impot dari melaka.

      Delete
  2. PAS macam melepaskan beban pd bahu Sultan Sultan titah bg nama sebelum belum ni PAS boleh serahkan balik pd Sultan Apa dah jd PAS?

    Jgn pulak lepas ni PAS boleh bg lima enam nama sudah lah

    ReplyDelete
  3. Bagi lah 3 nama
    1 Wan Azizah
    2 Wan Azizah
    3 Wan Azizah

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkr dan dap patut cadang 5 nama utk calon mb selangor.

      1. wan azizah wan ismail
      2. wan azizah
      3. datuk seri wan azizah
      4. dswa
      5. datuk seri wan azizah wan ismail

      Delete
  4. apsal plk yg dtg dr negeri lain bermastautin di Selangor ps tu nk mb dr negeri sendiri plk.. jwbnya boleh blah la... ketum pkr yg tamak haloba pasti dh rancang sesuatu dgn rezab wang selangor.. dap sbgi penyokong kuat pasti akan mendapat habuan lumayan.. sekiranya nek jijah jb mb.. klu x tak lah beria2 tetap calonkan nek jijah sebagai mb selangor.. bodoh semua macai pkr yg menyokong tanpa berfikir... ketum pkr elok dok kt dlm penjara lg baik.. klu dl mgkn org simpati.. lps ni syukur msuk dlm blik semula akhirnya... mgkn btul agaknya kes liwat sepol.. klu x knpa ketum pkr x saman sepol.. ats tuduhan fitnah hngga meringkuk dlm pnjara bertahun dan mnjatuhkan maruah ketum pkr dan keluarga ketahap plg bawah.... pelik tak.... pelik kan... kan..

    ReplyDelete
  5. PAS dah boleh mula kan langkah kjaan perpaduan
    Maka akan terbentuk lah Kjaan yg di pimpin UMNO PAS dan satu lagi Kjaan UMNO MCA MIC

    Minta kalau benar Hj Hadi bersetuju dgn Kjaan perpaduan mereka yg terlibat spt azmin dan ajk PAS Pusat hendak lah melakukan sesuatu supaya PAS keluar dr PR dari menjadi org yg berpura pura dan menyusah kan org lain . Cukup lah selama ini PAS berpura pura.

    agak agak? umno pun terkejut dgn cara hj hadi menghadapi sitausi skg krn menyata kan setuju dgn kjaan perpaduan ini tak kena tepat pd waktunya Adakah lidah hj hadi yg kata setuju atau lidah Allah yg kata setuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menfitnah itu dosanya lebih berat dari membunuh.. dasar mqcai pkr .. lps ni jgn lupa ajak macai2 pkr turun prk p. kubor pasang bendera.. merayu undi utk calon korang....

      Delete
  6. Correction mungkin betul kes liwat sepol ....tu kena tulis mme sah kes sepol tu benar semuanya...mungkin2 x main la....mcm org x de pendirian plakk

    ReplyDelete
  7. 'segalanya mungkin' oleh kepalangin..

    ReplyDelete
  8. Tak ada dua calun dari pkr pas dap..
    sultan akan tangguh perletakan jawatan mb khalid...
    khalid jadi mb sampai pru 14 le gitu....

    ReplyDelete
  9. Khalid is a winner...
    syabas khalid...

    ReplyDelete
  10. Kalo sotan tak nak terima kak wan apa kata calonkan je wakil dari Dap.lepas tu kita tgk melayu hutan melompat keluar tak sbb terkejut sangat.heee

    ReplyDelete
  11. Aiiyo ini macam ka sulah tak ale olang lagi ka lagi baik itu sutan kasi ITU tan seli keleja sampai abis penggal lagi baik woo.wa manyak suka sama ITU tan seli kalit woo.

    ReplyDelete
  12. PKR dan DAP hanya mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dipersembahkan kepada Sultan untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru.

    Namun PAS diberi keistimewaan berasaskan "agama suku, politik suku" boleh mempersembahkan 13 ADUN nya untuk Sultan membuat pilihan sebagai menteri besar.

    Ada kemungkinan juga presiden PAS dan setiausahanya akan mencadangkan calon dari BN seramai 12 ADUN di beri peluang mengisi kekosongan jawatan menteri besar.

    Ini berasaskan wanita tidak boleh jadi pemimpin kerana tugas utamanya adalah mengangkang untuk suami dirumah.

    Selain dari itu wanita tidak boleh tunjuk lebih bagus dari kebodohan, kebebalan serta kebangangan bekas menteri besar Terengganu dari parti PAS bernama ulamak penipu Hadi Awang.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ckp sedap nfsu serakah ko aje
      ..islam ada prinsip dan rujukan al quran dan hadith ..kalau ko org Islam ķo x faham tnya yg faham jgn ckp sebarangan.....

      Delete
  13. PR adalah oposan yg terbentuk dari gabungan PKR,DAP,PAS....dalam mesuaratnya telah memutuskan kak wan menjadi MB selangor,ini atas keputusan dan sokongan majority....apa lagi yg sultan ni nak????....kenape pulak setiap partai harus mengajukan 2 nama????...pelik....tak faham aturan partai ke??? tak faham demokrasi ke????...kalau memanglah sultan ni tak berkenan pada kak wan...bubarkan jelah partai yg ada kat malaysia tu...pilih sendiri orang orang yg sultan kehendaki..tak payah ada pilihan raya kan jimat....

    ReplyDelete
  14. Sultan ada hak mutlak nk melantik siapa yg dia suka...ko siapa nk pertikaikan...tk pun ko pergila buat demo depan istana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan memang ada kuasa melantik tapi sultan tidak ada kuasa memilih. Orang yang heboh kononnya sultan mempunyai kuasa mutlak itu hanya dari kalangan pencacai bangang saja.

      Kalau pilih dan lantik ikut suka dultan saja tak payah ada pilihanraya. Lantik saja orang dia suka.

      Raja berperlembagaan itu apa maknanya.

      Delete
  15. Ko lagi bangang kalau sultan tak ada kuasa memilih tak payahlah baginda minta lebih Dari dua nama.SBB dia ada kuasa memilihlah dia nk lebih Dari dua nama.tak reti bahasa ke.bertambah meroyan puak org gila nak jadi mb ni...kesian...

    ReplyDelete

  16. Bro. . .dia tu tak sekolah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...