Tuesday 26 August 2014

ISU MB SELANGOR .. RAHSIA DISEBALIK SURAT SATU PERENGGAN SETIAUSAHA AGUNG PAS PUSAT TERBONGKAR??????



Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS semalam, diberitakan berlaku sedikit ketegangan kerana TGHA bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu TGHA mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber yang tidak mau dinamakan.

Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”

Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.

"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu.

“Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.”

"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.

13 Adun PAS Selangor bertemu TGHA dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.

Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.

Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut.

14 comments:

  1. 13 adun x sokong ustaz spende.lepas ni ramai la macai upahan umnu sokong ustaz spende.heee

    ReplyDelete
  2. Diharap Kepimpinan parti dan rakan2 PR boleh memberi kerusi Pengkalan Kubur kepada Presiden Perkasa, Abang Ibrahim Ali.

    Dengan move baru ni (Pengkalan Kubur Move), polimik politk di Selangor akan selesai

    Yang Benar

    Harfizi
    pakar motivasi dan strategi perniaggan direct selling
    Ahli Biasa

    http://www.malaysiakini.com/news/272704

    Ibrahim mungkin tanding PRK jika ada parti

    Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

    Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon.

    "Pengkalan Kubor ini sebenarnya tempat permainan saya. Saya tak berhasrat untuk bertanding. Lagipun bertanding (sebagai calon) bebas tiga penjuru tak mudah untuk saya.

    "Kalau bertanding atas nama parti, ada orang jemput, saya boleh pertimbangkan

    ReplyDelete
  3. Elok benar tu, dengan ini akan meyakikan rakyat yang politik berdasarkan logik lebih baik daripada politik berdasarkan perasaan

    ReplyDelete
  4. U turn lagi? Kasihan TGHA terpaksa berseorangan melawan anwarinas dan syiah dlm pas. Semoga TGHA diberi kemudahan


    Keza

    ReplyDelete
  5. Harap DAP dan PKR boleh pertimbangkan dan menerima Perkasa sebagai rakan kongsi

    Dengan bantuan Perkasa, sebagai rakan dalam PR, kita boleh kurangkan suara PAS dan mungkin boleh memecat PAS dari PR. Lagipun PAS sekarang laibiliti.

    Setahu saya Anwar dan Ibrahim Ali saling kenal mengenali dari zaman puncak gading lagi. Betul ke tak wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik juge idea tu..brtmbah ranaplah pr dibuatnya..

      Delete
  6. Dari segi strategi politik Perkasa dan PKR saling pelu antara satu sama lain. Fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  7. ALLLAAAA BRAHIM MU TUNGGU JEW KAT SELANGORRRR LEPAS NIEEE ADA PILIHANRAYA NEGERIIII...........MU JOINT LEW SEKALI DGN TSKI BUAT PARTI BARU "PERKHAAAATUIHHH "...AMACAM ADA BRAN KEWWWW HAHAHAHAHAHAHAHA......KITA BOIKOTTTTTTT JEWWWW..BUANG MASA POLITIK CAM GINIII........BOSANNNNN AKU TENGOK .PKR,PAS,DAP.......BN...............ARGHHHHHHHHHHHHHH

    ReplyDelete
  8. Dalam Perkasa ada pemimpin yang mempunyai pengaurh yang kuat dengan ahli2 akar umbi PKR dan PAS di Kedah iaitu Abang Zul Kulim.

    Apa salahnya Nik Nadzmi mengosongkan kerusi DUN beliau untuk ditandingi oleh Abang Zul. Saya rasa abang Zul boleh diterima oleh PKR, PAS, DAP dan Perkasa sebagai calon MB yang berkaliber

    Kita panggil ini Kulim Peace Move

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgr nama zul kulim nk muntah plk rasanya..

      Delete
  9. Bagus! Tepat keputusan PAS.kedua duanya bukan anak jati Selangor.

    ReplyDelete
  10. bagos apa mcm tu.tu la namanya bidoh tak btempat.pas oh passs.

    ReplyDelete
  11. Dalam Perkasa ada pemimpin yang mempunyai pengaurh yang kuat dengan ahli2 akar umbi PKR dan PAS di Kedah iaitu Abang Zul Kulim.

    Apa salahnya Nik Nadzmi mengosongkan kerusi DUN beliau untuk ditandingi oleh Abang Zul. Saya rasa abang Zul boleh diterima oleh PKR, PAS, DAP dan Perkasa sebagai calon MB yang berkaliber

    Kita panggil ini Kulim Peace Move

    ReplyDelete
  12. semua ni kerja dok pelingkup melayu....
    cina DAP dok tepok tangan... dok mimpi berapa lagi dun mereka akan menang hasil sokongan melayu bengong...
    melayu menang demo..sorak..akhirnya negeri tergadai kat cina..
    melayu yang ada kuasa sikit suka makan rasuah..songlap duit rakyat.. melayu yg ini lagi haramjadah... bagi makan anak bini 7 keturunan dengan duit haram...
    yg melayu serban besar pula buat2 cakap pandai tapi sebenarnya bodoh..bukan semua ye..ada ustaz dan haji yg ikhlas.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...