Tuesday 5 August 2014

INILAH SURAT TUNJUK SEBAB YANG DIHANTAR KEPADA TSKI OLEH PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT YANG PERLU DIJAWAB DALAM TEMPUH 3 HARI SEHINGGA HARI JUMAAT INI.



Lembaga Disiplin PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.

Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, mesyuarat itu turut membuat keputusan bersetuju Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi MB Selangor yang baharu.

"Kami ingin memaklumkan bahawa mesyuarat khas MPP bertarikh 15 Januari 2014 telah bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.

"Kenyataan media Abdul Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan meletak jawatan MB," katanya.

Oleh itu jelasnya, mesyuarat khas Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada Ahad telah mengarahkan Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini.

"Abdul Khalid perlu menjawab surat tersebut sebelum atau selewat-lewatnya Jumaat ini," ujarnya.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan meminta Pakatan Rakyat (PR) tidak memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.

Kata Abdul Khalid, seandainya PR mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat.

16 comments:

  1. Tah yah jawab lah TSKI surat itu. Kalau jawab pun kena buang tak jawab pun kena buang. Daripada buang masa TSKI lebih baio mengadap Sultan Selangor bubar DUN dan adakan Pilihanraya Negeri. Masa tu baru lah mereka tahu LANGKAH KAJANG atau LANGKAH TERKANGKANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..betul..betul.. Aku pun dah naik muak dgn PKR ni. Ini bukan nak berebut jawatan tp nak berebut kekayaan, al maklumlah PKR ni sebenarnya tumbuh dari benih UMNO maka lahirlah dari species yg sama. DAP di Penang tak pun dok berkelahi kalau ada pun mesti dr puak-puak PKR juga serupa mcm apa yg jadi Perak dulu. Aku tak pernah dengar pun ada geng Pas buat khianat kecuali Hasan Jati saja..itu pun lahir dari species Umno jugs.

      Delete
  2. JAWATAN KETUA UMUM UNTUK AKU.

    JAWATAN PRESIDEN UNTUK BINI AKU.

    JAWATAN NAIB PRESIDEN UNTUK ANAK AKU.

    AKU BAKAL JADI PERDANA MENTERI.

    BINI AKU BAKAL JADI MENTERI BESAR.

    MUNGKIN ANAK AKU BAKAL JADI MENTERI WANITA.

    HEHE. SETUJU TAK MACAI2 SEMUA???

    MACAI2 KENA BANYAK MENYALAK BARU BOLEH DAPAT JAWATAN.

    LAGI BANYAK MENYALAK LAGI CEPAT NAIK.

    KAH KAH KAH.

    ORANG NAK KATA DIKTATOR KE NEPOTISME KE LANTAK LA.

    MEREKA DENGKI LA TU TAK ADA JAWATAN. HEHE

    JAWATAN BESAR GAJI PUN BESAR OOo.

    JANGAN JELOUS TAU MACAI2 SEMUA :P

    ReplyDelete
  3. Omak Kau penyokong tegar TSKI. Apa komen Omak Kau tindakak Biro Politik PKR tersebut?
    Setuju?
    Lawan Tetap Lawan?

    ReplyDelete
  4. Kalau najib jd presiden umno.
    Rosmah jd timbalan presiden umno.
    Ank najib jd menteri.msti org menyalak kn.tp di sebabkab dsai ni maksum.smua ikut je.huhu.

    ReplyDelete
  5. Next election aku bagi kat UMNO je la....klu selangor pun dah be cakar. ...ni kan nak p putrajaya....dulu kata UMNO ni PRK pun apa kurangnya.....hamlauuu betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next election kita tolak PKR bagi semua undi kat Pas saja. Aku tobat lahum tak akan bagi undi kat UMNO sebab tengok muka Noh Omar Udang tu dah naik meluat..la ni pulak tengok muka si Nuar Ibrahim tu pulak naik meluat..cuma tak boleh usik apa apa di Penang dia mai buat kacau di Selangor pulak.

      Delete
  6. Nuar Brahim kelahap tamak kuasa. Jgn harap PR akan kekal perintah Slangor kalau pilihnraya. PAS kena kuda saja lah, tak cerdik. Si Najib akan amek peluang abis2an utk memenangi rakyat Selangor. Ni semua Nuar punya pasal!!!

    ReplyDelete
  7. ni lah akibatnya apabiula mengambil peliwat kotor dgn masalah moral menjadi pemimpin. Hanya orang2 kotor shj yg sokong pkr parti dna umno! Tinggalkan PKR dan umno dan sokong PAS demi Ummah!

    ReplyDelete
  8. Bunuh dan liwat tuya boleh je jadi pemimpin asalkan dia dari parti suci dan munafik.heee

    ReplyDelete
  9. rileks la bro...kau orang bising2 kat sinipun dia orang x amek pot punya...biarlah pkr ke, pas ke, dap ke kalah sbb dia orang tak mintak nasik dgn korangpun. aku setuju pr kalah biar padan muka. semua ini adalah gara2 3 ekor munkee - nuar jubor sbb asyik nak suruh bini dia aje jd mb. khalid gagap sbb degil nak mampus x nak berenti walaupun pkr dah reject. dan yg paling bangang hadi pil kuda (mentua din ayam) sbb bodoh piang terus sokong gagap walaupun tak tahu ujung pangkal...yang untung noh udang jugaklah nampaknya...

    ReplyDelete
  10. Be strong tan seri. We are behind u. We support u.

    . .young dap. .

    ReplyDelete
  11. artikel2 terakhir blog pkr serta keahlian terakhir ahli pkr....
    lepas ni sila ramai ramai masuk pas..

    tak pun masuk dapp
    mgkin ada yg jadi gelendangan politik tak de arah tujuan.

    ReplyDelete
  12. khalid busuk kan nama dia
    masa dia diberi jawatan mb yg pilih dia parti bukan rakyat
    dan yg mengambil risiko jd kan sgor batu loncatan ke putra jaya ia lah PKR
    Kjanng Move adalah salah satu perancangan strategik
    dulu mmg suka dan sokong pd khalid tp skg tak lg
    sayang khalid jd macam ni Memalukan

    ReplyDelete
  13. Khalid ingkar xikut perintah...xbgi kerjasama...gila jwtn..kna ingt tujuan KAJANG MOVE adlh nak tumbgkn BN UMNO yg 58thn berkuasa...so knpe TSKI degil...ikut le mcm s Said tu..bila Najib suruh ikut je

    ReplyDelete
  14. Dari move dh x move, hancuss!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...