Thursday 14 August 2014

GANTI MENTERI BESAR BUKAN SEMUDAH TUKAR KETUA KAMPONG KATA NAIB PRESIDEN KANAN PAS SALAHUDDIN AYUB.



PAS mengambil masa seminggu lagi untuk membuat keputusan berhubung perubahan dalam jawatan menteri besar Selangor kerana tugas itu bukan semudah menukar ketua kampung, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, hari ini.

Parti Islam itu dikritik hebat kerana melengahkan keputusannya sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut atau tidak dikekalkan sebagai menteri besar Selangor walaupun cadangan PKR mengenai pertukarannya dibuat pada 23 Julai iaitu memutuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih jawatan berkenaan.

“PAS sengaja mengambil lebih masa, bukan sebulan tetapi hanya seminggu untuk mencapai keputusan berhubung isu mengganti menteri besar Selangor. Kita bercakap mengenai jawatan menteri besar, kerusi nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Kita bukan mahu menukar ketua kampung, ini mengenai pertukaran seorang menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Wan Azizah hari ini mendedahkan bukti beliau mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR, DAP dan PAS untuk mengambil alih tugas menteri besar tetapi Khalid enggan menerimanya, dan berkata majoriti perlu diputuskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Persidangan DUN akan datang dijadualkan pada November.

10 comments:

  1. Memandangkan wan zizah kata dia dah ada cukup korum, jadi tiada keperluan untuk pas mesyuarat lagi. Pas sokong atau tidak sudah tiada makna. wan azizah tetap akan jadi mb berdasarkan sokongan yg sedia ada (30 adun).

    Ada eloknya pas kekal dengan pendiriannya sebelum ini. Iaitu menyokong khalid. Kurangnya nampak jugak pas parti yg ada prinsip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan tinggalkan lah PR demi prinsip bodoh
      Ni marahkan PAS bukan anon 17 23 ya .


      Delete
    2. PKR = pati kacau rakyat

      elok elok YB cina dok layan rakyat Kajang, suroh berenti, Anuar nak pulak tapi kuasa tohan, mahkamah stop Anuar amek calon. Brek imejensi

      elok elok khalid dok jalan khidmad sebagai MB, nak tukar pulak
      Harap haraplah PAS jadi pasokan yang ceredik dalam siasah

      Delete
  2. Pemimpin PAS adalah manusia yg bijak dlm berpolitik...PAS dah banyak kali dapat menewaskan UMNO dalam PRU...setakat tukar MB seminggu shj diperlukan...rileks smua....

    observer KGV.....

    ReplyDelete
  3. WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.

    HANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM









    WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.

    HANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM









    WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.

    HANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM









    ReplyDelete
  4. ada masa boleh tunggu dan ada masanya kena buat keputusan segera...rumah sedang terbakar tp pas nak tunggu cukup korum dulu baru nak mesyuarat utk amek keputusan samada nak panggil bomba atau bomoh hujan atau biarkan api padam sendiri bila dah ada apa nak dibakar, gitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulh gamaknya

      Delete
    2. Bengap PAS nie. Orang kata bodoh marah tapi cara kerja memang bodoh. Nak jadi pemimpin tapi tak reti. Andai memerintah negara...hancus PAS ni dan mungkin lebih teruk dari Ah Jib.

      Delete
  5. dulu ya senang nak tukar ketua kg Skg tak lg tu sbb smp 6 bulan baru selesai Selama tu kg tak ada masalah Kalau nak pengesahan tanda tangan tp ketua kg tak ada bole minta imam atau ketua jabatan

    MB cuma sorang Mati MB malam ni Besuk dah ada penganti Sbb tu lah PAS tak boleh tangguhkan samada sokong lagi atau tak sokong Khalid

    Dah mcm ini pun masih nak tangguh ? Gila ke apa PAS ni. Sepatutnya Pusat telah tetapkan keputusan tidak sokong Khalid awal lagi jd tak de lah Exco PAS yg degil nak sokong

    PAS lagi selamat kalau awal awal tak sokong Khalid tp bila ramai Exco dan DUN PAS yg sokong Khalid baru lah PAS bermesyuarat samada nak sokong atau tidak

    ReplyDelete
  6. yang dahulu hendaklah didahulukan..
    dan yg kemundian hendaklah dikemundiankan...
    mengapa kelam kelibut nak suruh pas beri jawapan segera pula...ikut suka aku la..aku nak beri jawapan bila pun...
    yg kau cari pasal bergaduh dlm kelambu kau buat apa... kau nak sapu kalid ke..khalid nak dapu kau punya.... kau buatlah apa pun..jng sampai runtuh kelambu kita sudah le...
    ingat ye...Selangor tu tak ke mana...habis sangat jatuh kat umno... kan bagus begitu..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...