Friday 15 August 2014

BLOGGER DIDENDA RM10,000 ATAU ENAM BULAN PENJARA ATAS DUA PERTUDUHAN MENGHANTAR KOMEN JELIK TERHADAP YANG DIPERTUAN AGONG MELALUI TWITTER



Seorang blogger hari ini didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui Twitter.

Hakim Zulqarnain Hassan mengenakan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Effi Nazrel Saharudin, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa kes disebut semula hari ini.

Beliau turut memerintahkan Effi Nazrel yang turut dikenali sebagai "@10befiend" dalam akaun Twitternya menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan itu, jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Pada 5 Jun lalu, blogger itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam akaun Twitternya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong dekat sini masing-masing pukul 11.21 pagi dan 11.23 pagi pada 1 Jun 2013.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut subseksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Syaredzan Johan yang mewakili Effi Nazrel memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai 'tech-writter' atau wartawan portal teknologi hanya bergaji RM3,000 sebulan dan perlu menanggung keluarga.

"Selain itu, pengakuan bersalah OKS (Orang Kena Saman) telah menjimatkan masa dan kos mahkamah serta OKS menyesali serta berjanji untuk lebih berhati-hati dalam menghantar sebarang komentar," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nazrul Nizam Mohd Zameri berkata sekiranya OKS dikenakan hukuman denda, pihaknya memohon jumlah denda yang dikenakan bukan sahaja memberi peringatan kepada OKS tetapi juga kepada masyarakat.

9 comments:

  1. NASIB BAEK DI MALAYSIA. KALAU DI THAILAND DAH TENTU MERENGKOK DLM PENJARA.
    BERTOBAT LAH.

    ReplyDelete
  2. Yang memalukan orang Islam/Melayu pulak tu... Kurang dididikan

    ReplyDelete
  3. yg paling rugi nnti adala PAS,klau x prcya tenguk la kptusan PRU yg akn dtg..

    ReplyDelete
  4. JGN TIPU. BUKAN PAS YG RUGI. YG RUGI DAP.

    ReplyDelete
  5. Download tungku

    ReplyDelete
  6. Sejarah lepas tidak mematangkn PAS

    ReplyDelete
  7. DAP bersorak atas kelemahan yg dicipta oleh PAS & PKR

    ReplyDelete
  8. Dulu tuan ketum nak rosakkan umno...dengan kebijaksanaan ayahnda kita tun dr mahathir pecat ketum pasal jubo....pas pulak terhegeh hegeh pungut puak ketum jadi ahli....masa tu pas nampak gah....sekarang puak petum jahanam kan parti pas....orang pas nidari dulutak pernah belajar dari kisah silam....skg padan muko jadi hamba abdi ketum jubo

    ReplyDelete
  9. Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Saari Sungib dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur petang tadi.

    Saari sedang mendapatkan rawatan kevemasan di IJN.

    Beliau mengadu sakit dada kepada isterinya, Alizs Jaafar dirumah mereka di Taman Sri Ukay, Hulu Klang petang tadi

    Tiada perkembangan baru diterima tapi sumber memberitahu keadaanya agak kritikal.

    Saari merupakan salah seorang dari dua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang menyokong perlantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB Selangor.

    Ini melanggar pendirian Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini dan mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

    Sehingga kini beliau masih enggan menarikbalik surat sokongan beliau sebagaimana diarahkan Setiausaha PAS Selangor.



    Alhamdulillah..cepat sikit out. tunggu nuwar pulak. inilah jadinya org yg tak sabar. kan tak sabar2 IJN pulak kuarantin dia.


    PAS for ALL

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...