Thursday 21 August 2014

BEKAS NAIB PRESIDEN PAS DAN MANTAN YANG DIPERTUA YADIM, USTAZ NAKHAEI AHMAD ISTIHAR KELUAR UMNO????


Bekas Naib Presiden PAS dan mantan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ustaz Dato' Mohd Nakhaei Ahmad membuat pengistiharan di akaun laman sosialnya Facebook bahawa beliau kini bukan lagi UMNO.

Alasan yang diberikan ialah UMNO sudah korup perjuangan.

Diperturunkan salin dan tempel akan kata-kata beliau itu di laman sosial FB.

"Mengapa saya harus keluar dari UMNO? Saya menyertai UMNO untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memertabatkan bangsa dan negara. Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam UMNO kini.Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan UMNO lagi".

Mohon penjelasan dari individu berkenaan demi pencerahan sama ada apa yang diluahkan ini benar.

Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad adalah seorang ahli politik UMNO yang pernah menjadi ahli dan Naib Presiden PAS. Beliau juga pernah mengasaskan pertubuhan ABIM pada 1975.

Kemudian beliau menyertai UMNO pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990. Selepas itu dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ketika Operasi Lalang 1987 beliau dikatakan berada di luar negara dan terlepas dari ditangkap.(perlu rujukan)

Beliau pernah tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Baling, Kedah.

Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Beliau pernah dijemput oleh pihak RTM1 sebagai tetamu undangan. Tajuk popular beliau ialah 'Permasalahan Masyarakat Majmuk' secara Islam.

17 comments:

  1. Ia org kuat dr. Mahadir. Ikut bosslah

    ReplyDelete
  2. dah terlambat. sebahagian kehancuran umno tu pun berpunca atas sokongan beliau selama ini jugak Apa dia buat bila ulamak umno keluarkan kenyataan mengarut.

    selepas ni si nasha pulak buat pengakuan tinggalkan umno bila umur dah smp penghujung dan bila tak diperlukan oleh umno.

    ReplyDelete
  3. Dengar kata dia keluar PAS atas sebab yang sama. Pohon pencerahan

    ReplyDelete
  4. Salam

    Anwar digalakkan beri ruang kepada ustaz dengan menjemputnya sebagai ahli dan menjadikan beliau pemimpin PKR.

    Lepas tu kosongkan kerusi DUN Sri Muda, untuk Ustaz bertanding.

    Kita panggil dia Kajang Move II: Empire Stikes Back.

    Boleiii kut Rafizi, kasi fikir aaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak tu, lepas tu kamu boleh la pecat pemimpin yang popular dan ganti dengan anak kamu pulak.

      Delete
  5. Biarkan la Dia....Duri dalam daging yg dah berkarat...kalau nak berpolitik semula , silakan masuk PKR..biar berlongok pengkhianat2 disitu.

    ReplyDelete
  6. Kalau masuk UMNO nak memperjuangkan islam kirim salam lah. Mana mahu UMNO dengan islam kerana belakang mereka adalah Yahudi Laknatullah. Berapa ramai pemimpin2 UMNO yg islamik mahu mengislamkan UMNO tapi mereka akan disingkirkan dan dipinggirkan begitu sehaja.Dalam UMNO kena ikut dan kata yes sir. Tengok sehaja Dr.M tegor Najib melompat lompat menteri yes sir dan macai yes sir cover Najib.Macam macam NGO yes sir nak demo marahkan Dr.M. Apa yg Dr.M tegor tu betol bukan setakat Dr.M sehaja yg nampak kelemahan Najib rakyat pun nampak tapi bila rakyat cakap nanti kena tangkap bawah Akta Hasutan. Malas nak ulas panjang lebar fikir sendiri lah siapa sebenarnya UMNO di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  7. Dah duduk dlm UMNO 25 tahun utk sama2 pemimpin UMNO sekat PAS dr nak laksanakan Islam...kini nyawa dah di hujung khalqum...dah tak laku lg....UMNO pon dah sepak ke tepi...baru nak keluar UMNO. tuiiiii....dah terlambat. Dulu masa 'kencing' PAS zaman Us Fadzil...kini beliua dah pergi menemui Allah. Jumpa nanti depan Allah di akhirat nanti. Keluar UMNO pon xde maknanya.

    ReplyDelete
  8. Dah x dpt jwtn... kuar la...

    ReplyDelete
  9. Dah senja nak buat apa lagi....gigi sudah xdak....kah....kah....kah...ABU

    ReplyDelete
  10. Baru sedar ke baru perasan umno bukan nak mempertahankan agama jauh sekali nak memperjuangkan agama....semua orang tahu apa yang diperjuang dan dipertahankan umno kalau bukan DUIT dan PROJEK

    ReplyDelete
  11. Buang tebiat la tuh, itu tanda tanda dah hampir nak berangkat ke alam lain
    Pesengan nak mati kebulo mamat nih
    Bukankah selama ini HANYA Omnu saja yang pandey memerentah nagara
    Sagala rejeki Omnu yang bagi

    sekarang nak lari menjauh pula dari dakapan Omnu
    jangan jangan kaciwa tak dapat parojik
    tapi tak ngapa sari dua je tuh ngajok nyer
    kekgi kakmas pujok, cair la, merojok kembali ke pangkuan Omnu-DuluKiniDanSlamanya, Inilah hidupku dan matiku bersama Omnu, mudah mudahan tohan akan membangkitkan mamat ni bersama sama panji panji Omnu di akerat kelak.

    ReplyDelete
  12. selagi belum tercabutnya nyawa... taubat hambanya Allah masih terima...

    ReplyDelete
  13. This Is What Women Really Want !!
    Ciri - Ciri Lelaki Yang Tak Bisa Dilupakan Oleh Setiap Wanita !!

    misti baca ......KLIK HERE !!

    ReplyDelete
  14. Dengan ulama' ada adabnya...pernah ke korang dgrTg Nik Aziz atau mana2 ust pas yg pelekeh ulama umno berlebih2...sbb diaorg faham adab sesama ulama dan sesama islam!!

    ReplyDelete
  15. Mamat ni ingat dia sorang je nak makan. Kau tu ulamak Mahathir. Sekarang zaman najib. Jadi ini zaman ulamak najib pulak dapat habuan. Lu sudah kenyang duduk tepi diam-diam!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...