Tuesday 19 August 2014

5 FOTO ... TIGA DIPERCAYAI TERPERANGKAP DALAM RUNTUHAN PROJEK MRT.



Tiga mangsa warga Bangladesh dipercayai terperangkap dalam runtuhan konkrit di tapak pembinaan projek landasan MRT di Kota Damansara berhampiran Hospital Pusrawi, malam Isnin.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.46 malam.

Anggota STORM dan K9 Bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tapak runtuhan projek MRT.

Beliau berkata, objek dari pembinaan tapak landasan yang jatuh itu berukuran 38 meter dengan berat 300 tan menimpa pekerja di bawah landasan.

"Anggota STORM (Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia), K9 (Unit Anjing Pengesan) Bomba sedang melakukan pencarian di tapak runtuhan MRT," katanya dalam satu kenyataan.

Di kawasan sekitar runtuhan tapak projek MRT di Kota Damansara.

Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam.

MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerjanya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu.

"Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam ketika pembinaan tembok sedang dijalankan ke atas landasan MRT.

"Pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamat digerakkan di lokasi (kemalangan). Usaha menyelamat sedang dijalankan," kata kenyataan itu.

20 comments:

  1. Kami dari KEDEPAN bersimpati, 

    Kurang PATI kurang jenayah!

    Berlakulah adil di bumi ini. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Negara tidak perlukan PATI sumber manusia kita cukup untuk menggerakkan negara ini. Kita tak perlukan pati untuk cuci tandas di pasaraya, jadi buruh di kaw pembinaan, tombak buah sawit di ladang. Rakyat kita boleh buat semua itu, yang penting kurang pati kurang jenayah. Manifesto PR akan menghantar pulang 100k pati seterusnya membuka 100k peluang pekerjaan kepada rakyat. 

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai. Adil buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada pengajaran tersirat disini yang boleh kita renung nasib PKR.

      Kehilangan mereka ibarat kehilangan punca dalam PKR yang membuat parti itu goyang dan bakal runtuh kerana ketamakan Laki Bini

      Mangsa 3 orang itu yang kita sedih terbabit dlm kemalangan adalah seperti kasualti2 pemimpin komited dlm PKR yang difitnah dan dinista antaranya Chegu Bard dan Khalid MB.

      Bila agaknya KETUM akan sedar diri eatas ketamakan beliau

      Salam sentiasa

      Ahli Seumur Hidup (Akan beralih tidak lama lagi. Tunggu Signal)
      Sementa

      Delete
    2. Wadah PKR sudah runtuh seperti runtuhnya binaan konkrit

      Delete
    3. Kita tunggu,saya rasa Tuanku akan perkenankan permohonan TSKI untuk bubar ADUN,belum tentu ADUNx PR terutama dari PKR dan PAS akan menang terutama di kwsn yang mereka menang tipis.Terlalu banyak kebenaran mengenai keikhlasan sebenar PR memerintah dipamerkan di dalam krisis sekarang,saya mood pengundix terutama yang di atas pagar nescaya tidak saperti GE 13,Mandat yang mereka beri telah dikhianati dalam tohmahan pada pihak lawan terpalit pada mereka sendiri malah lebih terok.Pihak Pembesar PKR dan PAS jangan angkuh dan riak.Diamx UMNO di Sgor bukan bererti mereka tidak ada strategi.BN pun parti politik,dan pada dasarnya citax politik sama saja dgn PR,malah cara mereka berkemungkinan lebih kotor dan licik,dah nak masuk 57 rahun pengalaman berpolitik kalau nak bandingkan dgn PR.Sama sama lah kita renongkan.

      Delete
  2. Kalau projek kroni umno/bn yg diselaputi rasuah mmg akan ada kematian yg ramai-tungang tungik kat dataran dgn lakonan yg bersih suci pun takkan berkesan selagi rasuah peringkat tinggi tidak dibendung-

    ReplyDelete
  3. Apa kena mengena dengan rasuah. Bangang ke apa. Yang pasti safety officer di tapak bina kena bertanggungjawab dan cuai. Kalau perlu penjara maka masukan safety officer kedalam penjara.

    ReplyDelete
  4. Projek MRT ini, kontraktor mana yg laksanakannya? Mesti orang kuat UMNO, yg lain kanan mimpilah.

    ReplyDelete
  5. Ni mesti Projek umnonok tk menepati piawaian biasalah bajet separuh masuk poket umnonok dah sedap makan duit HARAM.

    ReplyDelete
  6. Pagi td utusan melaporkan ada otomen dan raksaksa bergaduh kat tapak projet jadi ini bukan salah kontraktor atau kroni umnu.heee

    ReplyDelete
  7. Mesti ada pengajaran tersirat disini yang boleh kita renung nasib PKR.

    Kehilangan mereka ibarat kehilangan punca dalam PKR yang membuat parti itu goyang dan bakal runtuh kerana ketamakan Laki Bini

    Mangsa 3 orang itu yang kita sedih terbabit dlm kemalangan adalah seperti kasualti2 pemimpin komited dlm PKR yang difitnah dan dinista antaranya Chegu Bard dan Khalid MB.

    Bila agaknya KETUM akan sedar diri eatas ketamakan beliau

    Salam sentiasa

    Ahli Seumur Hidup (Akan beralih tidak lama lagi. Tunggu Signal)
    Sementa

    ReplyDelete
  8. Pas tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.

    Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.

    Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya sama ada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.

    Terdapat juga golongan yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dalam keputusan mereka tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah kurang berkeyakinan atau termakan fitnah bahawa parti mereka sendiri tidak berupaya menyelesaikan kemelut ini dengan baik.

    Pas menjaga perasaan semua pihak – rakan-rakannya dan juga pihak istana. Pas pastikan hati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terguris dengan memastikan nama Dr Wan Azizah adalah antara calon yang disokong Pas, meskipun istana menolak permintaan pertama beliau untuk mengadap.

    Pas menjaga hati istana dengan membiarkan lebih satu pilihan untuk dipilih menggantikan Khalid. Pas tidak mahu istana terasa Pakatan ada sikap “forcing the issue” – di mana kena mati-mati terima calon yang dicadang Pakatan. Bagi Pas, istana ialah satu institusi yang perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.

    Akan tetapi, selepas mesyuarat di sebuah hotel di Subang Jaya semalam, PR tetap memutuskan untuk menghantar nama Dr Wan Azizah seorang sahaja untuk diperkenan istana. Jika istana menolak, Pas bolehlah bagi tahu nanti – “I have told you so.” Kalau terjadi pembubaran Dun pada masa itu, ingatlah ia bukan salah Pas lagi.

    ReplyDelete
  9. Ini adalah pengajaran bahawasanya PKR sudah lari dari landasan yang benar

    ReplyDelete
  10. Kita tunggu,jika TSKI bubar ADUN,belum tentu ADUNx PR terutama dari PKR dan PAS akan menang terutama di kwsn yang mereka menang tipis.Terlalu banyak kebenaran mengenai keikhlasan sebenar PR memerintah dipamerkan di dalam krisis sekarang,saya mood pengundix terutama yang di atas pagar nescaya tidak saperti GE 13,Mandat yang mereka beri telah dikhianati dalam tohmahan pada pihak lawan terpalit pada mereka sendiri malah lebih terok.Pihak Pembesar PKR dan PAS jangan angkuh dan riak.Diamx UMNO di Sgor bukan bererti mereka tidak ada strategi.BN pun parti politik,dan pada dasarnya citax politik sama saja dgn PR,malah cara mereka berkemungkinan lebih kotor dan licik,dah nak masuk 57 rahun pengalaman berpolitik kalau nak bandingkan dgn PR.Sama sama lah kita renongkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha meroyan dan mengigau rupanya. TSKI ka PR ka tada masuk dlm ini cerita. Ini cerita pasal MRT ada jatuh lar.

      Delete
  11. Sudah 57 tahun dicengkam parti 7 keturunan.sampai bila nk biarkan perompak berlesen ni bermaharajalela.

    ReplyDelete
  12. doakan pemimpin tak diterima bumi,hak rakyat cari rezeki bumi sendiri ditutup,kutipan cukai rakyat beri pada warga asing

    ReplyDelete
  13. Kontrekter yg dapat tender MRT adalah kroni Najib. Kontrekter ini mahir dalam pemasangan paip dibaginya tender buat landasan MRT lingkup lah. Nabi dah pesan jagan dibagi kepada seorang yg bukan pakar nescaya akan lingkup semuanya. Inlah yg diamalkan oleh UMNO/BN. Najib bukan cerdek bab ekonomi dibagi jawatan Menteri Kewangan leboh lah hutang negara dari RM360 bilion zaman Pak Lah skrg RM623 bilion.

    ReplyDelete
  14. Ceo mrt dh letak jwtn? Knapa lh smpai gitu, buat malu pemimpin negara je, kite bukn mcm ngara korea dn jepun, sikit2 nk ltak jwtn

    ReplyDelete
  15. Tgk org yg bcakap sume neh sume mcm cadek2 bodoh bcakap obses sgt nuar jubo smpi npk kebodohan sndiri.. Cntraktor kroni najib la apa la.. Cer cek dulu btul. Sume kontraktor besar2 involve mrt neh dipecah2 kan. Gamuda,sunway construction n bla3..cmpny cina besar pon. Tu sume kroni najib ke? Duh xabes2.. Sembang mcm bontot ayam :)))))))))

    ReplyDelete
  16. SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA..NEGARA INI SEMAKIN HILANG KEBERKATAN KERANA TERLALU BANYAK CORRUPTION! MARI KITA UBAH..CHANGE NOW SAVE MALAYSIA. MASA DEPAN ANAK CUCU KITA DER..!!! KO NAK TGK ANAK2 KO MEMBESAR DENGAN UMNO/BN..?? JAHANAM DER..JAHANAM...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...