Sunday 24 August 2014

16 ANGGOTA EXCO AMK YANG BARU DI PILIH BANTAH KERAS PEMILIHAN KETUA AMK BARU NIK NAZMI NIK AHMAD DENGAN KELUAR DEWAN SEMASA UCAPAN SULUNGYA SEDANG DI SAMPAIKAN, TELAH BUAT PUSINGAN U.



SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pemilihannya sebagai ketua untuk menerajui sayap itu telah diterima kesemua pimpinan AMK Pusat.

Pengumuman itu sekali gus menutup segala spekulasi penolakan yang beredar sejak semalam di mana lebih dari separuh perwakilan AMK bertindak keluar dewan sebaik nama Nik Nazmi diumumkan secara rasmi sebagai Ketua AMK, semalam.

“Satu perbincangan telah diadakan antara saya, Timbalan Ketua AMK, Dr Afifi Bahardin dan kesemua pimpinan AMK Pusat. Dalam perbincangan itu kami telah capai satu persefahaman.

“Kesemua pimpinan AMK Pusat telah menyatakan sokongan penuh kepada saya sebagai Ketua AMK.

“Kami juga bersetuju bahawa semua isu yang timbul berkenaan dengan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan dibincangkan mengikut saluran parti,” katanya pada sidang media selepas penutupan Kongres Nasional PKR, di sini, hari ini.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa perwakilan memahami kalah atau menang itu adat dalam pertandingan.

Katanya, sokongan yang diberi pemilih itu perlu dizahirkan pada prestasi sepanjang penggal baru AMK.

“Saya yakin semua ahli memahami bahawa menang kalah adat biasa dalam pertandingan.

“Ini adalah peringatan kepada semua, selain sokongan yang diterima, prestasi sepanjang penggal baru ini juga akan dinilai dan dipertanggungjawabkan kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa pemilihan AMK yang lepas begitu menarik.

“Pemilihan AMK yang lepas sangat menarik kerana secara tak langsung menunjukkan bahawa PKR tidak ketandusan kepimpinan muda di semua peringkat,” katanya.

ULASAN OMAK KAU:-
Inilah suatu contoh AMK berjiwa kental dan tegas pertahan prinsip perjuangan .. tidak berganjak jika percaya dan cukup yakin dengan apa yang di lakukan ... tidak mudah berpatah balik walaupun di ugut, di gertak dan di terjah.

Cakap serupa bikin ... bikin kekal abadi serupa cakap.

Barisan exco AMK macam inilah yang akan mampu membuat anak-anak muda terpukau, tersilau dan terpegun kagum .. berani kerana benar .. bertindak sebab yakin dilandasan yang betul.

Syabas dan jutaan tahniah kerana tegas dalam pendirian.

HIDUP AMK!!!!!!! .. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ... LAWAN TETAP LAWAN.

34 comments:

  1. Gaduh lh hang pa, tk habih2, negeri Selangor x pyh bubar dun, yg sepatutnya bubar parti hang pa, apa nama pkr ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undi DAP dan PAS saja. PKR kami Boikot!!!!!!!!!!!!!! Kami benci Nepotisme.

      Kalau boleh tempat PKR undi bebas

      Delete
    2. dulu I undi PR di Sekinchan. Semua keluarga saya undi PR. Tapi degn apa yang berlaku sekarang kami mungkin tidak mengundi langsung, atau saya undi BN sajalah.

      Kalau PKR sama saja dgn Umno saya pilih Umno. Tak payah hendak bermasam muka dgn jiran tetangga.

      Selesai, habis cerita. Politik membosankan Yang ini macam ni yang itu macam tu. Tak tahu saya yg mana yang betul, yg mana yang salah.

      Harapan untuk perubahan hancur berkecai.

      Harapkan PKR, dia 2x5. KIta Keji Kronisma tapi pada yang sama kita mau Anak Bini ada jawatan

      Delete
    3. Ingat u turn, , ingat pas/pkr

      Delete
    4. Mcai umno bn tgh meroyan..hehe..klau x fhm apa itu nepotisma g belajar lg ye dik..

      Delete
  2. Saudara2 Seperjuangan,

    Perjuangan kami adalah berdasarkan dokma2 transparensi, keadilan dan bukan untuk keluarga laki bini. Parti sedang diserang penyakit Nepotisme. Hak memilih pemimpin adalah hak semua dan bukan golongan elit dalam parti.

    Kamu memecat orang yang baik sebagai pemimpin. Kamu ganti dengan bini kamu. Ini adalah zalim sezalim regime yahudi.

    Perjuangan untuk rakyat sudah jadi perjuangan untuk ahli keluarga terutama bini sendiri.

    Kamu pecat Khalid, Kamu gantung Che Gu Bard. Kamu fitnah mereka, kamu nista mereka. Apakan lagi warga kilang seperti kami. Kalau rakan kamu pun dilakukan begitu, lebih lebih kami, silap haribulan diludah dan ditendang saja.

    Ingat kami berpaksikan kepada kebenaran dan bukan kepada Pencacai besar yang hanya pandai bermuka2 dan berkata-kata manis.

    Katan tidak kepada sistem Nepotisme, Katakan tidak kepada sistem pemimpin parti berkeluarga. Katakan tidak kepada golongan2 banjingan yang menyorok dibawah janiji2 bulan dan bintang.

    Rupanya yang masih memerlukan reformasi adalah PKR sendiri. Pemimpin Parti durjana perlulah mengundurkan diri. Kami sayang PKR, kami sayang perjuangan. Kami sayang TSKI.

    Terimakasih

    Awang Tomyam
    Sementa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu rasa perjuangan kamu adil. Kamu fahamkah erti nepotisma. Adakah Wan Azizah atau NurulEzah dipilih oleh anwar atau dipilih oleh majority PKR melalui pertandingan. Sesiapaun yg dipilih melalui pertandingan berdasarkan peraturan demokrasi tak boleh disalahkan utk berada ditampuk pemerintahan. Lainlah kalu jawatan dalam PKR tak melalui pemilihan seperti Jawatan Ketua Perhubungan UMNO dinegeri yg hanya di tunjuk oleh Presiden Parti bukan melalui Pertandingan.

      Delete
  3. Jawatankuasa disiplin WAJIB bersidang... Perlu dilulus adalah pemecatan semua ahli yang memegang wadah anti Nepotisme, kronsime dan korupsi. Kita kan pro Nepotisme. Sokong ISTERI pemimpin, ganti orang baik dan professional sebagai MB. Siapa yang lawan kita, kita mesti hina KAW KAW

    Anak Papa pun dah kata dah Mama dia memang handal dan bagus. Ikutlah, jangan persoalkan. Jangan jawab balik MAMA aku pun bagus. Siapa yang sebut ini perlu juga dipecat

    Jadi Siapa2 yang anti Kronisma, Korupsi dan Nepotisme boleh berhenti la. Kami tidak perlu orang macam kamu

    NEPOTISME INNI PULLLADEEEE

    NEPOTISME IS GOOD FOR YOU

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Khalid Ibrahim. Terima kasih sebab tolong jaga wang rakyat Selangor. Terima kasih kerana mentadbir dengan jujur. Terima kasih kerana memilih untuk bebas dari rasuah. Terima kasih kerana meningkatkan rizab Selangor. Terima kasih di atas usaha kamu yang bersungguh2 mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Terima kasih kerana bersabar dan sanggup di maki hamun oleh partisan BN dan PR kerana berada di sisi kami.

    Dan bagi Rakyat Selangor, TSKI Terimakasih kerana kamu berjuang untuk rakyat, berjuang berdasarkan kebenaran dan berjuang kearah Anti Nepotisme.

    Kamulah model reformist sebenar bagi kami ahli2 akar umbi PKR

    ReplyDelete
  5. My mum is better than Khalid” kata Nurul Izzah Anwar kepada media dua hari yang lepas. Perasaan dan penilaian seorang anak kepada ibunya sememangnya begitu, kerana seorang anak yang baik tidak akan mengatakan ibunya kurang baik dari orang lain.

    Aku pun boleh jawab, Mama aku lagi bagus dari sipolan2. Tapi aku tak la buat macam tu, sebab walaupun aku sayang mak aku tapi aku tak pakai tu nak buat alasan kezaliman Nepotisme.

    Aku rasa kau tanya Presiden Israel pun mamat tu kata My Mama is the best. She is is better than everybody else in the world.

    ReplyDelete
  6. SHAH ALAM: PKR vice-president Nurul Izzah said her mother, Wan Azizah, will be a better Menteri Besar (MB) than Khalid Ibrahim because of her caring nature to listen to problems.

    “All leaders should show empathy, which is a vital quality,” she told a press conference after launching the PKR Wanita Congress in Stadium Melawati Shah Alam today.

    I say Ms nurul izzah, klu hanya kerana "caring nature" boleh jdi pemimpin, brpa million orang pun boleh qualify leh?
    I've always found pkr's First Daughter ni shallow. Proven again.

    ReplyDelete
  7. DAP kita undi
    PAS kita undi
    PKR kita boikot.

    Kita kena boikot PKR sebab kebenaran. Politk dinasti adalah perbuatan tidak bermoral

    ReplyDelete
  8. Style gang Kacang move, bila ada krisis terus di halau keluar, di aibkan, di hebohkan kepada rakan dan musuh, akhir nya pemimpin yg menjadi mangsa akan bertindak balas. bila krisis makin parah kambing hitam juga menjadi mangsanya.

    ReplyDelete
  9. Saya rasa la, kalau ada Pilihanraya Negeri belum tentu PKR menang. Tengok keadaan sekarang, rakyat dah muak dengan ke egoan dan kesombongan pemimpin-pemimpin PKR. Saya pun sokong PKR tapi dah mual dah dengan sikap pemimpin PKR sejak keputusan PRU13 yg lalu.

    ReplyDelete
  10. Meeting parti semalam ada brader warning cakap sebut nepotisme kena blahhh parti.

    Laaaa bukan salah pun

    ReplyDelete
  11. Nurul dah kantoi ckp bohong psl nong chik. So ckp dia x carry weight. Btw...x malu ke terus jd mp atas tiket pembohongan. Resignla klu ada integriti. Opsss silap itu klu kt org lain.

    ReplyDelete
  12. Seluruh negara berkabung dan bersedih dgn kepulangan jenazah mgsa mh17..tp aku tgk pemimpin PKR tak sensitif lgsung...

    Balik2 pusing Bini aku kena dapat jawatan. Kat luar tu ramai cerita orang susah, orang cacat, orang miskin dll Ada Kao kisah. Balik2 cerita Kajang Move. Balik2 cerita pasal Menteri Bini (MB). Woiiii Saifudin Woiii Tian Chua Woiiii Rafizi, Woiiii !!! Nik Nadzmi lu dengar tak ????????????

    Aku dah mula muak dan menyampah. ..rasa nyesal lak pangkah diorang ituhari...lepas ni no way... Say PKR Sungai Way and No Way brader

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat Ideologi Nepotisme. Bini First Rakyat Last

      Delete
    2. Jawatan mesti bini (MB). Dari bagi Khalid baik bagi kat ahli keluarga. Lepas tu bagi alasan berguni.

      Masalahnya ramai orang fanatik dekat laki bini ni. Laki bini ni kata hitam kena jawab hitam. Kalau jawab mettallic purple siappp la kena pecat

      Delete
  13. First learn the facts before selling some nonsens over here. PKR was always good to Selangor under Khalid MB until power crazy politician try to implement Nepotism in the Selangor MB saga. Of all the people why this must be his wife, WHy cannot it be Azmin, Nik Nazmi or even Yaakop Sapari.

    Rafizi, I hope you are not deaf. Please explain

    ReplyDelete
  14. Undi DAP dan PAS saja. PKR kami Boikot!!!!!!!!!!!!!! Kami benci Nepotisme.

    Kalau boleh tempat PKR undi bebas

    ReplyDelete
  15. deology kamu apa? Nationalism, Capitalism? Socialism?

    Bukan semua silap. Ideology party Nepotism Bininism. Tapi cerita kat orang ideloginya Justice.

    Jangan sebut Nepotisme kuat2 !!! Saya risau kena lucut keahlian.

    ReplyDelete
  16. Once a liar, he or she will remain a liar.

    Hidup Reformasi, Undur Ideologi Binisme yang berlangsung dalam PKR

    ReplyDelete
  17. Obor2 reformasi sebenar ditangan TSKI

    ReplyDelete
  18. Depa ni dh kaboq mata kot, sbb apa? sbb dh dpt printah sebuah ngeri kaya sblum ni, dh nmpak bnyak luboq emeh kot, mulalh buat pasai, hancoq....

    ReplyDelete
  19. Rakyat Selangor mahu DUN di bubarkan, kita mahu undi the Third Force which will be launched very soon...

    Anwar How could you sack an honest person. Than try to put your spouse in that position. Where is you reformasi voice. I believe it is all lies.

    F You lah

    ReplyDelete
  20. Nak buek cha no , dah nama PKR semuo buleh .

    Kalolah kobou Den pandai bercokap ,pasti dio kato ibu merka yang terbaik ,untuk jawatan IBU kapada semua ibu kobou , macam ketua wanitalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org pkr rmai yg bangang2 dh mcm kobau lak...

      Delete
  21. Tk sangka2 pkr ni parti yg teruk, sblum kjg move ok je, tolong bg tau sape punya angkara ni....

    ReplyDelete
  22. He..he..dalam tenang nurul di belasah... Semua yang ber Ibu akan mengangkat tinggi martabat Ibu. m

    Mana boleh Nurul banding Ibu nya dengan TSKI ? Macam minah ni bandingkan mee rebus dengan tomyam. Apa-apa pun kerusi MB itu bukan semudah ibu membela anak-anak nya. Dunia yang jauh berbeza!

    Puan Nurul jangan lah masuk bakul angkat sendiri... satu teguran dan nasihat yang bernas untuk kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm politik everything is possible, mcm pernah dngar ungkapan ni kt mne ye?

      Delete
  23. Ayam dulu ke..tulur dulu??

    ReplyDelete
  24. AMARAN KERAS KE ATAS PEMIMPIN PAKATAN, KHASNYA PAKAR STRATEGI PKR RAFIZI RAMLI. JANGAN INGAT ANDA SUDAH TERLALU HEBAT DAN PAKAR MENGATUR STRATEGI ANDA YANG TELAH LAMA BOCOR. AWAS! PASUKAN GERILA RAKYAT SELANGOR KINI SEDANG GIAT MELAKSANA PERANG SARAF DALAM MENELANJANGKAN SEGALA STRATEGI DAN MOTIF SERTA TINDAK TANDUK ANDA. AWAS! JANGAN ANGKUH DAN SOMBONG DENGAN JAWATAN YANG ADA> IANYA TIDAK BERNILAI LANGSUNG DI MATA KAMI RAKYAT SELANGOR! AWAS!! GERAKAN GERILA PERANG SARAF TELAH LAMA MENYUSUP MASUK DALAM MEMERANGI PEMIKIRAN SEMPIT DAN PENUH NAFSU POLITIK ANDA DAN KETUA UMUM. -People's Guerilla-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...