Wednesday 2 July 2014

TSKI MASIH KOMITED UNTUK TERUS GALAS TUGAS, AMANAH DAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI MB SELANGOR.



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih komited menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dan menegaskan kepimpinan parti harus menunjukkan kematangan serta kebijaksanaan dalam sebarang kenyataan yang dibuat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan dan gesaan daripada beberapa pihak yang menggesanya supaya mengambil tanggungjawab moral dengan melepaskan jawatan tertinggi negeri itu.

“Saya rasa kepimpinan kita mesti bertanggungjawab dan menunjukkan kematangan kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).

Kita perlu tunjukkan sebagai satu kumpulan yang menjadi parti yang boleh bersaing dengan Barisan Nasional (BN) dalam apa jua bentuk dan mempunyai keupayaan jika dipilih rakyat memerintah negara.

“Oleh sebab itu, kita perlu menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan dalam apa jua kenyataan yang dibuat,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, hari ini.

Abdul Khalid berkata, serangan bentuk peribadi yang diberikan terhadapnya diterima tanpa sebarang masalah, namun menegaskan ia tidak harus dibincangkan bersama media.

“Serangan peribadi itu tidak mengapa, namun perkara itu tidak seharusnya diberi komen dalam perbincangan media tetapi boleh dibawa ke biro politik dalaman untuk dibincangkan,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk Exco masih memberi sokongan padu kepadanya sebagai Menteri Besar.

“Apabila PR diberi mandat, tujuan kita adalah untuk menentukan bahawa rakyat memberikan amanah kepada wakil dewan negeri untuk menjalankan tugas mereka dengan amanah dan tanggungjawab. Itu keutamaan kita,” katanya.

10 comments:

  1. GAWAT SIH GAWAT.
    BERANTAKAN !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setpol MB digantung, bekas setpol disiasat
      MALAYSIAKINI 3:00PM Jul 2, 2014

      Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pemilihan PKR kali ini.

      Tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden menentang penyandang Azmin Ali, bahangnya turut dirasai pihak-pihak lain yang dekat dengannya.

      Dalam perkembangan terbaru, setiausaha politik Khalid Mustapha Mohd Talib digantung keanggotaan dalam PKR selama setahun secara serta-merta.

      Ini ekoran dakwaan mengugut seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan ketua cabang Kuala Selangor, bagi menentang Khalid.

      Dalam perkembangan sama, pendahulu Mustapha sebelum itu, Faekah Husin, pula mendapat surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PKR.

      Keputusan itu dinyatakan dalam kenyataan media Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong hari ini.

      Sementara itu, lembaga disiplin PKR turut meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota yang dibentangkan dalam mesyuarat biro politik yang dipengerusikan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam.

      Dalam perkembangan terbaru, empat lagi anggota parti itu daripada cabang Kota Raya dipecat kerana merampas, menendang dan memecahkan peti undi dalam pemilihan parti.

      Delete
    2. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!2 July 2014 at 23:09

      "PKR = Parti Keling Rakyat".

      Sebab tu budaya gangster samseng berleluasa dlm parti.

      Paling ramai makan duit rasuah dan paw duit puak2 keling ni la.

      Parti Kerusi Robek paling ramai keling ni baling kerusi pecah kepala.

      Delete
  2. Kami sokong TSKI.
    Beruk2 yg gatai pungkok sila masuk hutan ya...or pergi bertapa kat pulau orang hutan yg dah tak da orang hutan tu di Bkt Merah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3.. dasar beruk mat yeh!

      Delete
  3. GAWAT SIH GAWAT.....
    KERUSI MENTERI BESAR KOK. . .

    ReplyDelete
  4. kepada faekah..

    inilahakibatnya kalau ko cuba campur tangan menghentam samsul iskandar.
    JPP akan bertindak demi keadilan raya.

    kepada sesiapa cuba ganggu pejuang tulen keadilan melalui gagasan keadilan raya maka kena jawap tunjuk sebab.

    Pejuang tulen PKR
    Gombak

    ReplyDelete
  5. kacau bilau dalam parti PKR yang kita sayangi ini adalah bermula dgn adanya kajang move oleh rafizi yg mahu meletakkan anwar sbg MB. Mkin bertambah haru biru bila Wan Azizah calon veteran bidan terjun masuk selangor.

    Adakah inikifarah Allah kerana kita mengangkat Anwar yang byk masalah moral nya menjadi pemimpin?

    Seharusnya Azmin dan muka2 baru memimpin PKR demi menyelamatkan PR Lagi pun Azmin sering ke tanah suci menunaikan umrah. Berjuang ke jalanan demi rakyat! Demi perjuangan yang tulen dalam keadilan raya!

    ReplyDelete
  6. Tski memang bagus tp kalau kidex tetap diteruskan dah kompom tski dah jadi badut umno.hati2 org pj tgh tgk tski punya gelagat..

    kikiki

    ReplyDelete
  7. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...