Sunday 6 July 2014

MB SELANGOR SEKOLAHKAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA ISU HALANG DAN SAMAN NGO BERI MAKANAN PERCUMA KEPADA GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghalang badan bukan kerajaan (NGO) daripada memberi makanan percuma kepada gelandangan di ibu kota.

Katanya, bantuan kepada golongan berkenaan tidak seharusnya disekat, sebaliknya kerajaan perlu mengaturkan cara terbaik supaya pemberian itu dapat disalurkan secara tertib dan betul.

“Saya rasa ada baiknya bulan Ramadan ini kita mencari jalan untuk menolong orang yang memerlukan. Kita tidak boleh menghalau orang miskin yang memerlukan pertolongan kerana itu adalah tanggungjawab kita semua, tanggungjawab negeri dan negara.

“Kita mesti mencari jalan supaya menyusun pemberian ini secara teratur,” katanya kepada Selangor Kini selepas mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Tesco Extra, dekat sini.

Abdul Khalid berkata, beliau menyokong penuh usaha pemberian makanan kepada orang yang memerlukan bagi tujuan mengurangkan bebanan serta kesusahan yang dialami dalam kehidupan seharian mereka.

Pada masa sama, beliau berkata, cadangan Kerajaan Pusat untuk membina rumah perlindungan “one stop centre” bagi menangani masalah kemiskinan dan gelandangan boleh dilaksanakan namun mengakui ia bukan mudah untuk dilakukan.

“Bukan senang nak buat (one stop centre). Nak edar bubur lambuk pun bukan kerja senang, kena ambil masa. Ia boleh dilakukan tetapi caranya mesti betul,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Tengku Adnan sebelum ini didakwa memberi arahan supaya menghalang NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan miskin beroperasi dalam lingkungan dua kilometer daripada pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.

Beliau berkata, kawasan berkenaan dikira sebagai tempat tumpuan pelancong yang dibimbangi akan menjadi kotor dengan kehadiran orang miskin dan gelandangan.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan denda ke atas golongan pemberi sedekah dan menangkap pengemis bagi membasmi kegiatan seperti itu.

Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan daripada aktivis NGO dan juga pemimpin politik sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan dalam nada lebih lunak.

Katanya, kementeriannya akan berbincang dengan 12 NGO yang telah dikenalpasti aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan bagi bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

1 comment:

  1. Ku Nan,di dunia anda boleh merencana mengusir fakir miskin & org gelandangan utk memberi keselesaan kpd org2 kaya dan para pelancong.
    Di akhirat Ku Nan belum tentu kaya. Perginya kita nanti lenyap bersemadi dalam mahligai yg dipanggil lubang kubur, tanpa membawa apa2 harta dunia pun. Insaflah ketika anda masih dikurniakan kesihatan dan keupayaan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...