Friday 4 July 2014

MASUK ICU SELEPAS MAKAN ROTI JOHN YANG DI BELI DI BAZAAR RAMADHAN SRI MUDA.



Shah Alam: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar duka, apabila empat sekeluarga kini dirawat di hospital kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4.

Tiga daripada lima beradik yang mengalami keracunan makanan itu, dipercayai selepas menikmati roti John yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, di sini, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selasa lalu, selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

Bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, 40, berkata, Nurul Qiasarah dimasukkan ke hospital sama malam kelmarin kerana mengalami simptom sama.

Beli 3 bungkus roti John

Katanya, sebelum kejadian, beliau membeli tiga bungkus roti John dan separuh daripadanya diberikan kepada anak sulungnya yang berusia 15 tahun yang tinggal di asrama di sebuah sekolah di sini.

Memang setiap tahun kami sekeluarga akan membeli roti John di bazar berkenaan. Tidak sangka tahun ini anak-anak saya mengalami keracunan makanan.
Anak lelaki ketiga kami Muhammad Qayyim yang sakit teruk kerana beliau yang banyak makan roti John itu.

Kejang otot, muka pucat

Selain cirit-birit dan muntah, anak-anak saya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat.

4 comments:

  1. Sebab lain kot...anak sulung duduk asrama tak keracunan pulak apa pun semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Betul la kata Azwan Ali... "peniaga s**p**" tu pun ramai yang tak setuju... kalau kena kat anak sendiri macam ni baru tau peniaga tu jual "racun"

    Johoria

    ReplyDelete
  3. Nabi mana cakap apa saja yang dimasak oleh orang islam itu suci dan halal? kenapa peniaga Melayu dikecualikan daripada sijil halal walaupun ada peniaga makanan Melayu menjual makanan kotor, terdedah kuman, basi, dijampi dengan sihir, expired dll.........apa kriteria halal JAKIM...bubar ajer JAKIM sebab tidak berfungsi dan tidak boleh menjaga keperluan halal umat islam Malaysia..

    ReplyDelete
  4. kifarah dari Allah atas dosa dosa bapanya yang mengangkat pemimpin laknat ADUN Sri muda PKR namanya tu.

    kikiki

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...