Saturday 5 July 2014

KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN TSKI TIDAK PERNAH LULUSKAN CADANGAN PEMBINAAN PUSAT JUDI LUMBA KUDA DI BUKIT TAGAR, HULU SELANGOR.



Kerajaan Selangor menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa negeri itu meluluskan cadangan pembinaan sebuah pusat judi lumba kuda yang terbesar di Asia, di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata syarikat pemaju terbabit pernah memohon kebenaran membina pusat judi lumba kuda itu namun Kerajaan Negeri menolak permohonan itu.

“Memang ada permohonan dari pihak pemaju, tetapi Kerajaan Negeri sudah menolak permohonan cadangan pembinaan itu,” katanya kepada Selangor Kini menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS), di sini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri berpendirian tidak akan membenarkan sebarang pembinaan seperti yang didakwa.

Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi membantah cadangan pembinaan itu.

Mereka menggesa kerajaan negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan tegas terhadap pemaju berkenaan.

Sebelum ini, Yang Dipertua PAS Hulu Selangor, Muhammad Idris Ahmad berkata, pihaknya menyangkal dakwaan pemaju yang mendakwa pembinaan pusat terbabit diterima oleh masyarakat Melayu kawasan itu.

Malah, pada awal tahun 2011, Merdeka Centre mengadakan satu kaji selidik berhubung pembinaan pusat lumba kuda terbabit dan hasilnya majoriti masyarakat Melayu di kawasan itu menolak pembinaannya.

Difahamkan pembinaan itu adalah bertujuan untuk memindahkan pusat lumba kuda yang terletak di Sungai Besi pada tahun 2004 lagi, namun ia tertangguh apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.

Sejak 2008, Kerajaan Negeri Pakatan tidak lagi mengeluarkan lesen bagi premis rumah urut dan hiburan dan dasar terbabit diteruskan sehingga kini.

10 comments:

  1. Lumba kuda tak salah. Sama mcm lumba basikal jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. judi juga bro....wa penah bertaruh duit dulu masa di sg besi....pusat lumba kuda tu

      Delete
  2. SELANGOR DARUL ARAK DAN JUDI.

    YEAAAAAAAAAAAAAAAAAAHH

    ReplyDelete
  3. lumba kuda ada pertaruhan duit la bro...dulu mada du sg besi....setiap pengunjung bole pilih kuda no berapa utk di pertaruhkan dgn sejumlah duit....judi juga bro...m

    ReplyDelete
  4. Kpd ngo-ngo ni npe x bnthn mta casino dgntghiglnds yg trbesar dlm asean dtutup ktna malysia sbuah ngra islm. Ad brani ngo-ngo bknaan sahut cabrn ini. Potng telinga pn xkn brni.

    ReplyDelete
  5. Macai upahan umno sempat lg nak spin kata bukan judi.ke spesis bru keluar dr hutan tebal or dr felda.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. lumba juboq mak kau lagi haram spesis baru masok ke tong taik


      kikiki

      Delete
  6. WOW !! What A Surprise ….
    This Thing Is Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete
  7. Mak ko xde juboq ke..

    kikiki

    ReplyDelete
  8. Miss Vee

    I love you. so sweet !

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...