Thursday 3 July 2014

APABILA TSKI ARAHKAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) SEJAK 2008 DIAUDIT ... KEDENGARAN SUDAH ADA MACAI YANG MULA MEROYAN.

Sebaik sahaja TSKI mengumumkan bahawa semua perbelanjaan peruntukan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2008 diaudit sudah mula kedengaran macai-macai mula meroyan macam dapat penyakit sawan
Dapat tahu ada kakitangan Pejabat ADUN, Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen yang ketar kepala lutut, tidak lalu makan, tidak nyenyak tidur dan tidak larat bangun bersahur.
Kenapa boleh berperangai sedemikian masih menjadi misteri .. tetapi apa jua kena tunggu laporan audit keluar baru boleh buat kenyataan.
Nanti kita tengok .. siapa yang kenaaaaaa.

Selangor arah audit perbelanjaan peruntukan program MES

Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program-program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Tujuan audit ini untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program-program kebajikan yang telah dijalankan sejak 2008.


Ia juga bagi memantau peruntukan yang telah dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan dan memastikan bantuan yang diberikan diterima oleh penerima yang benar-benar layak.


Kita menyeru semua ADUN, Pengawai Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menerima peruntukan untuk program-program kebajikan MES memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan kerja-kerja audit ini.


Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini.


YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

9 comments:

  1. Satu lagi usaha TSKI membongkar dan menjatuhkan Azmin dan Zuraida, suhaimie dll yang berjuang mengeakkan keadilan raya untuk rakyat..


    Teruskan usaha fitnah wahai TSKI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai keadilan raya & hantu raya sudah takut..

      kah kah kah

      Delete
  2. PERASUAH & SALAH GUNA DANA AKAN KANTOIIIIIIIIIIIIIIII


    ReplyDelete
  3. JIka ahli ahli PKR mahukan PKR terus bertapak di persada politik tanahair, jika ahli -ahli tidak mahu menjadi gelendangan tanpa parti, melompat ke umno semula atau masuk PAS, ingat! Jangan tolak pejuang PKR Sdr Azmin. Jika tak tahulah nasib PKR

    ReplyDelete
  4. BABAI AZMIN!

    PETALING JAYA: Kem calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Menteri Besar Selangor itu kini mendahului persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, walaupun gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor.

    Sumber terdekat Khalid memberitahu The Star Online bahawa beliau kini mempunyai kelebihan berbanding Azmin Ali dengan memperolehi majoriti 700 undi untuk jawatan tersebut, selepas pemilihan baharu yang diadakan di beberapa bahagian.

    Namun, kem Azmin menafikan jumlah majoriti undi tersebut dengan mendakwa Khalid berada di ambang kekalahan.

    “Berdasarkan pengiraan kami, Khalid menerima lebih banyak undi di 11 cabang di Selangor, lima di Sarawak dan empat di Sabah. Di Sabah misalnya, beliau mendapat lebih 1,700 undi,” kata sumber.

    Setakat ini, PKR mengadakan pemilihan semula di 25 cabang dengan baki dua lagi cabang iaitu di Puchong dan Kelana Jaya akan diadakan pada 10 Ogos ini.

    Pemilihan semula diadakan di 27 cabang kerana wujud pelbagai percanggahan dan penyelewengan dalam proses pengundian yang diadakan secara rasmi dari 26 April hingga 11 Mei lalu.

    Menurut sumber tersebut, Khalid menang di Kota Raja, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Selayang, Subang, Kapar, Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat.

    Di Sabah, Khalid mendapat majoriti undi di Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar.
    Sementara itu, undi di beberapa bahagian di Sarawak iaitu di Limbang, Julau, Kapit, Sarikei dan Batang Sadong turut dikatakan berpihak kepada Khalid.

    Bagaimanapun, kem Azmin menegaskan Ahli Parlimen Gombak itu belum tewas tetapi sebaliknya memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu.

    Menurut sumber yang enggan dikenali, Azmin menerima 20,351 undi manakala Khalid mendapat 15,767 undi sehingga 1 Julai.

    Sementara itu, pencabar ketiga, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai peluang tipis untuk menang selepas sekadar memperoleh 9,590 undi setakat ini.

    Keputusan itu tidak termasuk undi dari Subang, Sg Besar, Keningau, Pensiangan, Papar, Tenom, Kelana Jaya dan Puchong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kidex Highway, MoU Langat 2, catuan air, tanah PKNS, Bible issue, Lumba Kuda....

      MB selangor yg masih pekat DNA Federalnya

      Delete
  5. kena la audit utk setiap jabatan..dasar transparent kan, menjadi salah satu dasar PKR..kena buatla..kalau tak salah jgn la panas punggung, duit tu duit rakyat..jadi pengurusan pun kena professional..asas audit ini utk apa...kena faham..secara asasnya ini adalah salah satu post mortem..utk memperbaiki agar lebih baik..dalam Islam pun diajar cara pengurusan yg professional..jadi kita kembali kepada asas Islam..dlm pengurusan..so sama kita fikir2..

    ReplyDelete
  6. Audit sama mnteri2 yg ada kt malaysia

    ReplyDelete
  7. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...