Tuesday 10 June 2014

( 6 FOTO ) RUMAH PENDUDUK KG CHUBADAK TAMBAHAN, SENTUL, KL YANG SELAMA INI AMAT SETIA DENGAN UMNO KENA ROBOH OLEH DBKL.



MALAPETAKA BUAT RAKYAT!!!!!!

Pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL.

Dikhabarkan ada 50 keluarga di sana dan mendapat info Khamis ini lebih banyak rumah akan menyembah bumi sedangkan kes masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tetapi pihak  DBKL tetap berkeras merobohkannya dengan menguna bulldozer tanpa memikirkan nasib rakyat yang selama ini begitu setia kepada UMNO.


Dalam mengejar pembangunan serta kemodenan, kita seakan melupakan kampung tradisi kaum Melayu yang semakin berkurangan.

Ini kerana, kebanyakan kampung-kampung tersebut telah dibangunkan oleh kerajaan mahupun pemaju.

Usaha memajukan sesebuah kampung yang daif dilihat amat baik namun sekiranya identiti tradisi kampung Melayu terhakis, ia pasti memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

Bersandarkan kepada prinsip mahu mempertahankan identiti kampung Melayu tradisi inilah yang menyebabkan kira-kira 160 keluarga di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur berusaha selama 12 tahun memperjuangkan nasib kampung mereka yang kini hanya tinggal sekangkang kera akibat dihimpit pembangunan di sekelilingnya.

Lokasi Kampung Chubadak yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya dengan penempatan mewah yang sudah tentu memberi pulangan jutaan ringgit.

Tatkala kawasan di sekelilingnya dipacakkan bangunan-bangunan tinggi, kampung yang berusia lebih 50 tahun ini masih di takuk lama.

Sekali pandang, kampung tersebut umpama setinggan di Ciliwung, Jakarta, cuma bezanya Kampung Chubadak bukan berstatus setinggan walaupun kebanyakan orang beranggapan sebegitu.

Menurut maklumat yang diperoleh, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.

Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.

Penduduk mendakwa, pemaju telah membina pagar berdekatan jalan utama ke kampung tersebut sehingga empat buah rumah penduduk telah dirobohkan.

Oleh itu, maka terjadinya pertelingkahan di antara pemaju dengan penduduk yang masih belum ada kesudahannya sehingga kini.

Difahamkan, penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan itu seawal tahun 1980-an.

Namun pada pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Natijahnya, bagi mempertahankan kampung mereka, ramai di kalangan penduduknya pernah bermalam di lokap gara-gara mengadakan perhimpunan bagi menghalang pemaju daripada meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Sebahagian daripada penduduk pula menerima tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Sebelum ini telah beberapa kali penduduk membuat bantahan kepada DBKL namun tiada tindakan yang diambil memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa mereka kerana tanah berkenaan adalah hak pemaju.

Yang menjadi kemusykilan ialah bagaimana tanah kampung itu dijual kepada pemaju tanpa diiklankan serta di luar pengetahuan penduduk yang menjadi pewaris kepada tanah tersebut.

Penduduk kampung bukanlah menolak pembangunan yang hendak diadakan namun mengapa mereka menggunakan cara yang kasar begini... pendapat dan pandangan mereka langsung tidak diambil kira dalam membuat sebarang keputusan.

Jika benar sekalipun di luar bidang kuasa DBKL, tidak bolehkah DBKL membantu mereka untuk memperjelaskan masalah tersebut dan bukan hanya dengan menawarkan unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sahaja untuk penempatan.

Mereka bukan setinggan ... mereka adalah pewaris kepada tanah peneroka-peneroka bekas lombong ini dan mereka memerlukan keprihatinan semua pihak bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa penduduk perkampungan Melayu ini.

Lebih menyedihkan, DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 bersama-sama lima buah kampung lagi.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

Mereka cukup hairan mengapa kampung-kampung ini dikatakan setinggan setelah nenek moyang mereka yang meneroka kampung ini satu masa dahulu.

Keadaan di kampung tersebut menjadi kucar-kacir sejak beberapa tahun dahulu apabila pihak pemaju mula menutup dan mengubah laluan utama untuk masuk keluar ke kampung berkenaan tanpa membuat sebarang makluman.... jalan tersebut ditutup bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Berang dengan tindakan tersebut, penduduk beberapa kali mencabut pagar-pagar yang didirikan menyebabkan pemaju 'kepanasan' sehinggakan terpaksa melibatkan campur tangan polis bagi menyelesaikan isu tersebut.

Malangnya, ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan penahanan penduduk kampung walaupun pada awalnya hanyalah niat untuk mengadakan perbincangan sahaja.

Kalau tidak silap, para penduduk sudah beberapa kali terpaksa berdepan dengan insiden di mana ramai penduduk kampung ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kerana kesalahan kacau ganggu pemaju.

Namun apa yang membanggakan ialah penduduk kampung ini tidak kisah bermalam di lokap demi memperjuangkan nasib tanah mereka dilahirkan seperti mana yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara dahulu.

Para penduduk amat berharap, kerajaan yang didokong mereka dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini demi kepentingan hak orang Melayu yang menetap di kampung ini, namun hampa sahaja .. harapan tetap tinggal harapan.

Keputusan mahkamah yang mengatakan bahawa mereka mempunyai ekuiti ke atas tanah kampung ini, yang membezakan antara kami dengan penduduk setinggan," ujarnya.

Begitulah nasib segelintir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan yang hak mereka ke atas tanah diduduki masih samar-samar namun tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk tetap utuh memperjuangkannya.

Oleh itu, ada baiknya penduduk, DBKL serta pemaju duduk berbincang bersama-sama bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Paling utama pertimbangan wajar harus diambil sebagai tanda mereka selama ini menyokong tegar UMNO/BN setiap kali PRU tiba.

36 comments:

  1. Idup meLAYU..Idop amno..
    Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukimak amano

      Delete
    2. Celaka punya parti amnu

      Delete
    3. Jangan risau. Nanti tuhan melayu akan datang buat konsert gangnam. Lepas tu mereka semua pasti hilang segala rasa sedih walaupun merempat bawah jambatan

      Delete
    4. PKR dah hancur sebab pertelagahan pemilihan parti, rasuah, cai2 yg membenam pemimpin yg berkaliber, penipuan pemilihan dan camputangan DSAI / DSWA yg menyokong Saifudin Nasution sebagai Timb. Presiden.

      DSWA pula nyata lemah dan tidak berupaya sebagai Presiden parti......apa akan jadi jika DSAI masuk semula ke penjara.

      Sekarang pula ada konspirasi untuk menjatuhkan TSKI sebagai MB Selangor.

      Hancur Parti.....sedarlah wahai ahli2 kita perlu reformasi dlm perjuangan bermula sekarang. Tolak pertelagahan....sayangi parti.

      Delete
    5. perebutan jawatan dlm parti yg berlaku adalah normal dlm semua parti politik samada berlaku secara dalaman mahupun agenda/ perancangan pihak musuh dari luar ...guna lah apa jua sistem/kaedah pemilihan, pasti ada baik ada buruknya [pro & kontra] yg penting ahli yg memilih jgn sampai diperbodoh/diperkudakayukan... ramai calun maknanya kita ada banyak pilihan, maka pilih lah yg terbaik, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak fikir... jgn main tuduh2 jika tak ada bukti, sebenarnya pemimpin datang dan pergi bersilih ganti... perjuangan/dasar parti wajar dipertahankan, jgn emosional jgn ikutkan perasaan, tak ada manusia yg sempurna/maksum, pilih lah yg anda fikir terbaik, jgn main ikut-ikut, jgn pilih secara borong/lump sum... wallahuálam !!! den sekadar pandangan, tak setuju tak apa lah jang oiii !!!

      dlm isu Kg Chubadak Tambahan ni, mana peranan umno yg mendabik dada selaku pembela & pejuang bangsa melayu haaa???

      Delete
    6. ala bangsat PR sekalian tak payah tutup mata sangat la.kat penang pun macam lancau DAP kesayangan tu halau perkampungan melayu.

      pundek je macam sial dedua parti.
      sekor parti peliwat sekor lagi pun sama je

      Delete
  2. Padanlah muka orang Melayu. Jadi bangsat di negeri sendiri Lain kali bila suruh ke sekolah jgn ponteng dan malas. Skrg org lain berlumba nak jadi doktor, awak asyik ingat bila nak dapat BRIM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa salahkan dia org....UMNO/Bn yg mengajar dia org mcm tu......dibawah mursyidul amnyer dulu...sikit2...melayu mudah lupa....skit2 melayu mudah luper...smapaikan demer tu luper yg mereka sokong tu penyamun berlesen......hihihihihi

      Delete
    2. Satu Lagi Projek Kera jaan BARISAN NASIONAL!

      Delete
    3. Ini semua kerja UMNO, galakan Melayu berhijrah ke KL pada tahun 70an untuk kepentingan politik. Kerana UMNO, ramai Melayu merempat dan papa kedana di KL Kampung Melayu seperti Kg Kerinchi, Kg Abdullah Hukum, Kg Congo, Kg Cendana, Kg Berembang semua telah dijual oleh Melayu Keparat kepada taukeh2 China untuk rumah mewah dan shopping komplek. Melayu diarah pindah ke flet yang bersebelahan kolam tahi. Hidup UMNO kerana menipu Melayu

      Delete
  3. PRU14 nanti undi lagi BN tau. Jangan lupa.





    ReplyDelete
  4. Hahahaha....kan dah kata....umno pengkhianat negara....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerajaan Umno/BN kerana amat perihatin terhadap kepentingan orang2 Melayu!! Hidup Melayu!! Janji DiTepati tidak DiCapati!!.Kepada pemimpin2 umno tolonglah jadi lebih aktif meninjau mana2 ada kampung2 melayu lagi yang boleh dijual dan dilelong kepada pemaju. Hanya dengan cara ini orang2 melayu penyokong totok umno akan berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan. Biar kebulur dan duduk di bawah jambatan; namum parti umno/bn tetap disanjung dan dipertahankan. Hidup Melayu!!

    ReplyDelete
  6. YG RUMAH MELAYU DIROBOHKAN, YG RUMAH INDON DEKAT SG PUSU GOMBAK SECARA HARAM BESOR2 MCM BANGLO DIBIARKAN BERPULUH2 THUN TANPA SEBRG TINDAKAN, SAMPAI UIA KENA BANJIR KILAT AKIBAT PENEROKAAN SECARA HARAM....

    ReplyDelete
  7. Macai tengah carik idea ni....camne nak tegakkan benang yg basah....

    ReplyDelete
  8. Alahhhh... Dowg ni da diberi Rumah yg lagi selesa... Ce tngok Rumah ni sblum roboh... Truk gila kot... Kalo tgok pada kemampuan kereta myvi estima crv... So? Pkirla.. Da kasi Rumah xnk dudk... Nk jgk dudk kt situ.... Knapa dulu dudk taknak mintak geran...pendudk sekitar boleh je dpt Geran... Lagipun masa ni dowg dah di pindahkan secara percuma n Lori untk pindah pun disediakan... Siap Ada yg tolong angkat lg... So jgn Nk pertikai kalau xtau perkara sebenar... Xpyh Nk politikan benda ni... Bkn xbg notis... 3blan seblum da dapat notis... Siap stuju lg....huh

    ReplyDelete
  9. Ha..ha..ha..mali kita kasi roboh lumah org Melayu. Klu lg byk dan cepat, lg bagut. Lepas tu bg sama kita olang cina..telima kasih byk umno. Lu tolong wa, wa tolong sama lu..Padan muka olang melayu boloh..

    ReplyDelete
  10. Rumah melayu kena roboh ?? Cepat kerahkan pemuda tahan lasak kita buat demo tonggeng punggung dan simbah darah ayam!!

    ReplyDelete
  11. Kat Johor UMNO dah tak berani buat suka hati mcm ni lagi dah

    ReplyDelete
  12. Melayu balik Kampung
    Pergi tanam kangkung

    ReplyDelete
  13. Kt jhor x berani.bukan ke kubur kt pengerang tu umno dah selongkar.

    ReplyDelete
  14. Mana ayahanda pukida cawangan sentol gombak ni? Kawasan melayu kene roboh ni-Takan lepak kat dangdut dan kat tmpt mesin jackpot je ayahanda-Buat la keje pertahankan kmpung melayu kita ni-Pangil laa budak2 LINE yg muka ketat2 tu turun-Kasi cantaslaa budak2 DBKL tu-Ayahanda cawangan lain bantu laa-Kasi demo la kat depan pejabat DBKL-Jgn lupa bila Demo pakai selendang-Mari kita berdemo ahli2 pukida-Bole dapat duit minyak moto dan duit rokok kalau berdemo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pukida geng 30 kasi potong la..kongsi gelap melayu konon..dgn melayu sndiri bole lh gangster dgn org lain telo trus ilang..phuiihh padan muke melayu bodo..hidup umno/bn celaka selamnya..

      Delete
  15. Padan dngn muke melayu bodoh..bhahaha phuiihh..melayu celaka otak xde..idup amno..umno/bn celaka selamanya..pukida xde telo ke?mne perkosa?mne jatik?mne isma@semak?pangkah lg perompak pru 14 nnti...padan muke lah lu melayu...

    ReplyDelete
  16. DAP pnye kerja ni bkn UMNO..syukur rumah sja yg kena roboh, nyawa msih blm melayang lg. Yeaaay...!! tahun dpn dpt BR1M lg

    ReplyDelete
  17. UMNO/BN TETAP CELAKA DULU KINI DAN SELAMANYA....!!!

    ReplyDelete
  18. Satu macai pencacai amno apa nama... BWA... xda?... tulur mana deyyyy... ini mrLAYU mmg boloh

    ReplyDelete
  19. Menyokong orang zalim di dunia lagi dah rugi akhirat nanti tak tau lah nak cakap kalau setia dengan orang zalim dulu, kini dan selamanya!!!

    ReplyDelete
  20. di Malaysia lagi untung jadi panda dari jadi penduduk Kg Chubadak Tambahan

    ahli GAbungan Mamak PenANG (GAMPANG)

    ReplyDelete
  21. Lain kali bli rumah bek ada geran. Jgn men sapu je buat rumah. Patut roboh...indon segala mcm bersarang situ. Yg x tau jgn men hentam. Omakkau jgn main ckp umno....pkr majoriti situ. Aku pun x kaya....tpi aku bli rmh yg sah yg ada geran. Buat pengajaran bg yg buat rmh sesuka hati.

    ReplyDelete
  22. Yeaayy..!! Dpt BR1M thun dpn nk wat beli rmh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...