Monday 14 April 2014

YB DR HAJI YAAKOB BIN SAPARI, CALON DARI RAKYAT DEMI RAKYAT MPP NO 74 DAN KETUA CABANG KEADILAN SHAH ALAM



BIODATA 

Haji Yaakob Bin Sapari telah menetap di Selangor selama 31 tahun. Beliau berasal dari Ayer Baloi Pontian Johor memegang jawatan Pengarah Urusan dalam urus-niaga firma beliau sendiri.

Beliau adalah seorang bapa yang penyayang kepada lapan orang cahaya mata yang comel hasil perkahwinan dengan Hajah Azizah Binti Haji Tengah. Isteri beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang matematik.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
 

Haji Yaakob Bin Sapari mendapat pendidikan awal beliau di Pontian Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera di Raja – Sungai Besi Selangor. Beliau seterusnya mengambil STPM di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan.

Haji Yaakob bin Sapari merupakan lulusan dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Ijazah Sains – PeniagaanTani dan Sarjana Muda Perniagaan ( Masters of Business Studies – MBA ) Haji Yaakop juga memiliki Diploma dalam bidang Pengajian Islam dan Diploma Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahun 2011 beliau telah memperolehi Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Keusahawanan di Universiti yang sama.

LATAR BELAKANG POLITIK

Sejak zaman menara gading lagi Haji Yaakob mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang menyerlah. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selama tiga tahun dan menjadi Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa UPM.

Dalam masyarakat, beliau melibatkan diri dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi YDP PIBG Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.


Menyertai gerakan reformasi seawal pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan menyertai Parti Keadilan Rakyat Nasional dari awal penubuhan. Dilantik menjadi Ketua Bahagia Serdang Parti Keadilan Nasional dari tahun 1998 sehingga tahun 2010. Seterusnya menjadi Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam sehingga sekarang.

Menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor tahun 2006-2008. Memenangi Piliharaya Umum (PRU ke12) pada tahun 2008 bagi DUN Kota Anggerik, Shah Alam, Selangor.

Dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada penggal yang lalu. Kini masih menjadi ADUN Kawasan Kota Anggerik untuk penggal kedua.


RUMUSAN

Sebagai pemerhati dan aktivis polis serta penggiat blog, Omak Kau cukup berkeyakinan dengan kemampuan dan pengalaman beliau yang luas dalam politik sehingga menawan Selangor, sudah sepatutnya aset amat bernilai beliau miliki ini dikongsikan untuk melonjakkan parti keramat yang lahir dari darah, keringat dan air mata rakyat menjadikan impian menjadi kenyataan misi menuju ke Putrajaya.

Kalau nak pilih tempat bermandi .. pertama teluk .. kedua pantai .. ketiga perigi .. Kalau nak pilih pemimpin negeri .. pertama elok, kedua pandai dan ketika berani.

Ciri-ciri ini ada pada tubuh dan susuk badan YB Dr Hj Yaakob Sapari ... Dari rakyat dia datang kepada rakyat dia menyumbang.

Pemimpin yang tidak pernah lupa asal usul dan sentiasa mengamalkan prinsip Yang Berkhidmat .. sentiasa merendah diri kerana sedar apabila dipilih menjadi wakil rakyat maka dirinya adalah milik rakyat.

Pemimpin yang Omak Kau cukup yakin dan percaya mampu membantu pemimpin tertinggi parti untuk sama-sama dalam misi menuju ke Putrajaya menjadi realiti.

DENGAN PENGALAMAN MELONJAK PARTI MENUJU PUTRAJAYA.

1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...