Saturday 12 April 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... KENAPA TAN SRI KHALID WAJAR DI ANGKAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN.



Pemilihan KEADILAN 2014 adalah pemilihan yang menentukan jaya gagalnya gagasan Pakatan Rakyat dimana KEADILAN sebagai antara pemain utamanya menduduki Putrajaya.

Pemilihan kali ini cukup penting agar impian menjadi kenyataan .. untuk ianya menjadi kenyataan kena berpolitik secara realiti bukannya ilusi dan emosi... Berpolitik di luar kerangka ketaksuban dengan menjadikan isu remeh pendokong awal penubuhan KEADILAN sebagai senjata ampuh untuk pertahankan jawatan.

Perkara utama yang harus di ambil kira untuk memilih pemimpin ialah kemampuan mengurus dan mentadbir organisasi.. kemampuan yang sudah terbukti .. sebagai pemimpin yang diberi amanah dan mandat mengurus dan mentadbir organisasi atau negeri menjadi bertambah baik dan hebat.

Kena bersikap adil dan terbuka dalam membuat penilaian .. kadangkala disebabkan ketaksuban maka kebenaran diketepikan ... untuk menjadi pemimpin, hebat berpidato bukannya ciri utama tetapi suatu bonus .. kalau menilai siapa lebih hebat berpidato maka bukannya pemimpin yang dipilih tetapi "penjual ubat" ditepi jalan... Untuk mencari pemimpin bertaraf seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim kena akui amat sukar .. hebat berpidato, cekap mengurus, berilmu, akhlak baik dan genius... Digeruni dan dihormati kawan dan lawan.

Untuk itu kita perkecilkan kriteria memilih untuk membantu dan berganding dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada individu yang cekap, berintegriti, berilmu dan telus... Pemimpin yang mempunyai track record cemerlang dan terbukti mampu .. Disitu pemimpin yang dimaksudkan ialah Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Omak Kau membuat penilaian bukan atas platform ketaksuban tetapi atas pentas sebagai penggiat blog dan aktivis parti.. Melihat dan menilai sejak tahun 2008 apabila Selangor dan beberapa negeri lain jatuh ketangan Pakatan Rakyat .. Tahun dimana buat julung kalinya UMNO/BN gagal memperolehi 2/3 majoriti ..  PRU yang di labelkan sebagai Tsunami Politik.

Tidak perlu nak kupas secara panjang lebar sumbangan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mengangkat negeri Selangor kepada kedudukan yang ada sekarang ... Bukan sahaja rakyat Selangor tahu malahan dipuji dan disanjung rakyat secara keseluruahnnya ... Bukan sedikit cabaran dan ujian serta kritikan diterima, bukan sahaja dari pihak lawan tetapi tidak ketinggalan dari kelompok yang mengaku kawan.

Menuju ke Putrajaya ada 2 peringkat ... pertama macam mana nak ke sana ... dan kedua setelah dapat bagaimana nak urus agarnya ianya jauh lebih baik dari sebelumnya.

Peringkat Pertama Macam Mana Nak Ke Sana.

Terima hakikat .. kuasa mengundi bukan sahaja terletak kepada ahli dan anggota parti Pakatan Rakyat jika dicampur dalam sekitar tidak sampai pun 2 juta orang sedangkan jumlah pengundi berdaftar ialah lebih kurang 13.5 juta .. dan angka ini akan meningkat menjelang PRU ke-14.

Apakah dengan undi sebanyak 2juta sudah mampu tawan Putrajaya???? .. Jadi amat jelas kelompok bukan ahli dan anggota parti Pakatan Rakyatlah yang banyak menentukan menang kalah PRU 14 terutamanya pengundi kali pertama dan anak-anak muda.

Pengundi lama atau tegar sokongan mereka tidak nampak akan berubah dan berganjak ... yang mau di pikat dan dirayu ialah pengundi baru dan anak-anak muda.

Bagaimana nak pujuk kumpulan agak besar ini? .. Berpidato? .. Paparkan kisah silam mengenai kesetiaan?..  Atau memberitahu keadaan semasa yang menimpa negara dan jika tidak di tangani dengan bijak akan bertambah buruk dan teruk.

Isu apa yang membelengu kelompok rakyat ini? .. 1) Kos sara hidup yang semakin memuncak tinggi  2) Peluang pekerjaan 3) Jenayah dan Keselamatan  4) Perhubungan kaum  5) Pendidikan   6) Pemilikan rumah

Jadi untuk memberi keyakinan kepada kelompok ini sudah pasti pemimpin yang sudah terbukti kemampuannya mereka percaya dan berikan sokongan... perlu seorang tokoh yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin saingan Barisan Nasional bagi mudah rakyat membuat perbandingan.

Kelompok ini tidak terpengaruh dan tersilau dengan nostalgia silam ... mereka maukan pemimpin yang mampu membawa negara kehadapan bukannya yang asyik pandang belakang dan terperangkap dengan kehebatan lampau.

Mengurus kemenangan.

Setelah diberikan undi dan sokongan sudah pasti rakyat mau melihat dan rasa yakin serta selesa kepada barisan pemimpin yang mampu mengurus dan mentadbir negara dalam konteks tata kelola yang baik, telus, cekap dan berintegriti. .. sekurang-kurangnya seorang pemimpin yang telah trebukti menjalankan amanah dan mandat mengurus paling tidak sebuah negeri .. memastikan negeri di urus itu jauh lebih baik dari sebelumnya... rakyat merasai nikmat cara pemerintahannya.

Pemimpin Mana Yang DiYakini Rakyat.

Tidak dapat lari dari realiti, pemimpin yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk membolehkan beliau menyumbang kearah itu sudah pasti maukan kedudukan yang tinggi dalam saf kepimpinan politik dimana sokongan dan dokongan anggota KEADILAN amat diperlukan.

Beliau bukan pemimpin yang memiliki kebolehan berpidato.. itu kena akui .. tetapi kebolehan mengurus ekonomi dan negeri amat dikagumi lawan dan kawan .. itu juga kena akui.

Hebat berpidato tetapi gerak kerja caca merba banyak menjaga hati sekerat dua penyokong setia ianya tidak jauh beza dengan pemerintahan dulu.

Dituduh kedekut sedangkan istilah yang tepat ialah berhemah dan jimat cermat  .. banyak birokrasi sedangkan ianya teliti dan telus sebab pihak lawan sentiasa intai peluang untuk dijadikan isu sehingga peringkat menjemput SPRM datang menyiasat.

Itu semuanya sudah nampak perubahan kearah menangani isu lebih pantas dan tuntas.

Tidak rugi peluang diberi kepada beliau tetapi rugi besar jika peluang yang baik ini dipersia-siakan.



3 comments:

  1. aku sbg bekas macai pkr sepakat dgn hanisya mengiktiraf kepimpinan ts khalid



    keza

    ReplyDelete
  2. TENDANG FUZIAH KAKI MELANCONG DAN MAKAN DUIT BANTUAN BANJIR!!


    Pemilihan PKR Cabang Kuantan panas apabila Ketuanya, Si Fuziah tu dicabar oleh Mantan calon PKR bagi kerusi DUN Semambu (PRU12) iaitu Nancy Khong Saw Gek.
    Nancy yang telah sekian lama menyepikan diri daripada PKR dilihat sebagai calon "harapan" bagi membawa perubahan di Cabang Kuantan kali ini.
    Pada pemilihan 2010, Fuziah menang percuma jawatan itu apabila pencabarnya Saudara Megat (Romagan) dibatalkan akibat kesilapan teknikal pada borang pencalonan.

    Persoalannya, mengapa Nancy secara tiba-tiba mahu mencabar Fuziah?. Menurut sumber, Nancy mendapat sokongan dari pihak atasan dan mampu menyaingi kehebatan Fuziah.

    Sebenarnya ramai pihak curiga dengan kekuatan Fuziah di Cabang Kuantan, lantaran begitu ramai Ahli Jawatankuasanya yang diterajang keluar akibat tidak sealiran dengannya.
    Fuziah dikatakan terlalu menurut proksinya dalam apa jua aktiviti sehingga meminggirkan mereka yang menaikkan nama dia suatu ketika dulu.

    Sebelum ini memang ada suara yang mahukan Fuziah dijatuhkan. Malah, pihak terbabit juga mendakwa nasib Fuziah diperingkat pusat juga "umpama telur dihujung tanduk".
    Dia terpaksa bersaing dengan calon muda bagi jawatan Naib Presiden PKR seperti Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) dan Shamsul Iskandar Md Akin (Mantan Ketua AMK).

    Harapannya juga tipis kerana hanya empat calon yang akan terpilih bagi jawatan Naib Presiden PKR selain perlu bersaing dengan Nurul Izzah, Surendran dan Mantan Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil.

    Terdapat sumber mendakwa, Fuziah kini dalam usaha untuk memprotes Nancy bagi membolehkan dirinya menang percuma seperti tahun terdahulu.

    Tarikh protes ialah pada 10 April, dan ternyata Fuziah GAGAL menggunakan segala macam cara untuk memastikan dia tidak dilawan oleh sesiapa.

    Inilah cara politik Fuziah sejak sekian lama. Umum masih ingat, semua kerusi kecuali Naib Ketua Cabang Kuantan telah dimenangi secara percuma tanpa ada apa-apa pertandingan.

    Fuziah dikatakan menghubungi satu persatu pemimpin berkenaan (yang bertanding) untuk menarik diri kerana beliau sudah ada "cai-cai" yang mahu dimenangkan ketika itu.

    Inilah gaya politik "Demokrasi" yang diamalkan oleh Fuziah. Maka itu, dia kini pasti berhadapan dengan laluan sukar apabila Nancy meneruskan hasrat untuk menentangnya dalam pemilihan kali ini.

    Apapun, kita tunggu dan lihat. Adakah Si Fuziah tu dalam bahaya kerana kumpulan yang ditendangnya sebelum ini akan memberi undi besar kepada Nancy. Jika itu berlaku, maka tipis la peluang SI Fuziah tu nak menang diperingkat Nasional!!!

    ReplyDelete
  3. Apa yang dapat kita saksikan ketika ini wujudnya pakatan atau kartel. Pakatan yang dimaksudkan itu adalah sebuah kumpulan yang dibentuk oleh beberapa ahli yang bertanding dalam pelbagai jawatan membina satu garis kepimpinan bayangan yang dianggap sebagai berwibawa.

    Namun mewujudkan pakatan jenis itu pada pandangan saya bukan satu kesalahan tapi ia memberikan satu gambaran bahawa mereka-mereka itu seperti tidak mempunyai kekuatan untuk mempromosikan diri sendiri. Terpaksa berpaut diantara satu sama lain dalam mempengaruhi para pengundi bahawa mereka adalah yang terbaik.

    Para pengundi perlu tahu bahawa parti PKR adalah parti politik. Oleh kerana itu sebelum memberi undi pada mana-mana calon yang bertanding dalam apa jua jawatan dalam parti adalah menilai kelayakan dan pengalaman mereka berkaitan dengan jawatan yang dihajatkan itu. Apa mereka ada kemampuan memikul tanggongjawab itu andaikata mereka menang ?

    Amat malang parti PKR, jika para pengundi memberi undi tidak berasaskan kebolehan dan kemampuan mereka menghadapi permasaalahan politik dalaman dan juga luaran tapi hanya kerana suka padanya atau termakan budi... parti PKR akan jadi parti Primadona dalam Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...