Thursday 17 April 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 .. AZMIN DAN SAIFUDDIN AKAN DI PANGGIL OLEH JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT KEADILAN (JPP) KERANA PERLANGGARAN KEMPEN PEMILIHAN.



PETALING JAYA - Dua calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bakal dipanggil bagi memberikan penjelasan susulan kenyataan mereka yang dilaporkan media cetak dan elektronik.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya perlanggaran peraturan kempen pemilihan.

“Prosesnya kita akan tengok nanti, sudah tentu calon akan dipanggil untuk memberikan alasan, tapi selagi tiada kritikan yang dibuat terhadap pimpinan parti ataupun terhadap JPP, ia tidak dianggap serius.

“Namun begitu kalau ada yang terkeluar dari garis panduan, secara serta merta kita akan panggil calon-calon timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat, malah di peringkat bawah sekalipun termasuk cabang, wanita dan Angkatan Muda

Keadilan (AMK). Setakat ini kita belum panggil lagi, tapi dalam masa terdekat ini kita akan siasat,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, semalam.

Sebelum ini, Saifuddin dalam wawancara yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris pada 12 April lalu mendakwa, ahli parti sudah muak dengan persengketaan yang berlaku antara Azmin dan  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Azmin pula tampil di sebuah stesen TV yang menafikan dakwaan Saifuddin bahawa PKR adalah parti berasaskan Melayu. Mengulas lanjut, Johari berkata perkara itu akan dibincangkan JPP dan mengeluarkan keputusan sebelum 21 April ini.

“Tengok bagaimana ia boleh keluar di TV, adakah dirancang atau tidak, kita akan siasat.

“Kerana keputusan akhirnya kita yang akan putuskan. Tidak adil jika untuk komen selagi kita tidak mengadakan mesyuarat kerana keputusan bukan hanya dari saya sahaja,” ujarnya.
Dalam pemilihan bagi jawatan nombor dua PKR itu menyaksikan penyandang, Azmin Ali bakal dicabar tiga calon lain iaitu Saifuddin, Abdul Khalid dan Ketua Cabang PKR Batang Kali, Datuk K Ramachandran.

9 comments:

  1. Kalau itu kenyataan yg di ckpkan oleh Saifuddin dan Azmin tidak boleh di anggap satu kesalahan Mmg kita muak dng persengketaan Azmin dng Khalid Dan mana salah nya satu cakap PKR berteraskan melayu dan satu ckp tidak .

    Yg salah mengapa satu dpt keluar tv Masuk hr ini dah 2 kali Jgn berpuak puak Jangan ada kumpulan Kalau ahli pilih pemimpin mesti lah ahli memikirkan pembentukan sebuah pasukan yg berkesan dan kuat Bayangan siapa sesuai dng siapa menjadi keutamaan Yg penting jgn sesekali guna duit utk dptkan undi Ahli Ahli lah yg mesti tolak calun calun menguna duit utk menang
    Mcm umno bagi pen mahal bagi sampul bagi melancung bagi berhibur

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 RUKUN ISLAM

      1. Mengucap dua kalimah syahadah.
      2. Mendirikan solat.
      3. Menunaikan zakat.
      4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
      5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

      6 RUKUN IMAN

      1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
      2. Beriman dengan para malaikat.
      3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
      4. Beriman dengan para Rasul.
      5. Beriman dengan Hari Akhirat.
      6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

      Delete
    2. Bila dah buat benda yg sama berkali kali dan berulang ulang entah apa sbbb tujuan dan jd gurauan

      Delete
  2. Keturunan nabi adam@keturunan mangkuk hayun umno...ko dh sunat belum...rukun islam 5 perkara kau failed..kahkahkah...hohoho...inilah macai umno yg dok selalu menyalak macam anjing...atau kamu dh banyak sgt kena sumpah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 RUKUN ISLAM

      1. Mengucap dua kalimah syahadah.
      2. Mendirikan solat.(5 waktu sehari semalam)
      3. Menunaikan zakat.(RALAT. NI NO. 4 NYER)
      4. Berpuasa di bulan Ramadhan.(RALAT. NI NO. 3 NYER)
      5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

      6 RUKUN IMAN

      1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
      2. Beriman dengan para malaikat.
      3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
      4. Beriman dengan para Rasul.
      5. Beriman dengan Hari Akhirat.
      6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

      Delete
    2. 5 perkara rukun islam dan 6 perkara rukun iman. Betul. Yg salahnya Yahudi yg bertopengkan islam. Suka membuat fitnah tanpa meneliti dan mengkaji fakta. Mungkin lahir dari benih yg kotor ditambah lagi dgn tahi palat.

      Delete
  3. PKR kan parti sekular jugak. bukannya berideologikan islam..
    ini le jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 RUKUN ISLAM

      1. Mengucap dua kalimah syahadah.
      2. Mendirikan solat.(5 waktu sehari semalam)
      3. Menunaikan zakat.(RALAT. NI NO. 4 NYER)
      4. Berpuasa di bulan Ramadhan.(RALAT. NI NO. 3 NYER)
      5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

      6 RUKUN IMAN

      1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
      2. Beriman dengan para malaikat.
      3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
      4. Beriman dengan para Rasul.
      5. Beriman dengan Hari Akhirat.
      6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

      Delete
  4. Kalau dah orang politik, maim politik jer memanjang... Tengok tengok lah pengundi kat bawah ni. Please remember this: Who are you without your loyalty voters. [Jgn lupa nawaitu kita dulu YB!]

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...