Thursday 3 April 2014

PAPA GOMO SUDAH KANTOI ... MENTERI PERTAHANAN SENDIRI SAHKAN YANG WAN MUHAMMAD AZRI B WAN DERIS ADALAH PAPA GOMO!!!



Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan saya mengesahkan bahawa seorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris (KP: 830121-03-5019) telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.

Individu tersebut telah bersama-sama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.


Saya bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri. Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene, malah gambar-gambar tersebut tersebar luas.


Setakat ini, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo. Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene.


Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.


Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).


Oleh itu, saya dan YB Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Selasa 8 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.


Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo.


Saya juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat dari Petronas kerana pecah amanah.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

10 comments:

  1. biasalah.. kalau dah kepala-kepalanya pun kuat menipu.. apa la sangat anak buahhnya..

    ReplyDelete
  2. Inilah dajjal ciptaan apco umno.fitnah cara bertulis senang nak dakwa kt mahkamah.kesian kat papagemuk.tp tak apa polis xkan sama sekali sumbat dalam jail.bayar denda boleh pakai duit pembayar cukai mcm mamagemuk cincin tu la.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian buat apa makhluk dajal ni? Bakal disenaraikan orang yg muflis bukan kerana rugi berniaga atau sebagai penjamin yg tertipu, tapi kerana fitnah! The one and the only become the first in Malaysia.

      Delete
  3. Puisi ini saya dedikasi buat bloger omak kau.

    Sudah ku katakan ku tak sayang pada mu..
    Mengapa selalu kau dekati diri ku
    Tidakkah kau malu pada teman-teman mu
    Tidakkah mencari kawan lain yang baru
    Ku punya kekasih punya kekasih
    Yang sangat sayang kepada diri ku..
    Dan tak mungkin lagi tak mungkin lagi
    Aku membalas kasih mu pada ku
    Maafkan daku... maafkan daku

    Walaupun wajah mu sungguh cantik sekali..
    Siapa pun juga pasti kan mengagumi..
    Tetapi bukannya pada wajah yang ayu..
    Cinta yang bersemi dari hati ke hati..
    Ku punya kekasih punya kekasih
    Yang sangat sayang kepada diri ku..
    Dan tak mungkin lagi tak mungkin lagi
    Aku membalas kasih mu pada ku
    Maafkan daku... maafkan daku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerpen ni perasan, tak sapa hingin pun!

      Delete
    2. Pak encik 1652........ Pak encik baru telan pil kuda kah?

      Delete
  4. Sirul dan Azilah yg dah didapati bersalah pun boleh dibebaskan oleh hakim beruk 1Malaysia, apa lagilah papagomol ni.

    ReplyDelete
  5. Zaman umno apco yahudi fitnah berleluasa bala bertimpa timpa....itu pun masih ada org nak sokong lagi.bengong betul!

    ReplyDelete
  6. Bekas polis trafik pemakan rasuah ini memang manusia yg jelik.
    Megah beno dis bergambar dengan kepala lanun UMNO tu.
    Inilah contoh manusia munafik yg keji.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah tidak menjadikan walau seorg pun dari keturunan kita semua sehina papagomo.. Nauzubillah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...