Wednesday 2 April 2014

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... INILAH DIA SENARAI 800 ORANG RBA BERGAJI RM3,000 SEBULAN SEORANG!!!!


Mereka yang diupah sebagai RBA ialah terdiri dari Pegawai Bank, pemandu teksi, peniaga kedai makanan dan runcit, doktor perubatan, pensyarah kolej swasta dan mekanik motor.

Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi.

Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat.

“Di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja kita dapat senarai nama RBA hampir 800 orang secara fizikal dalam tujuh kategori pekerjaan itu iaitu pekerja bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit makanan, doktor perubatan pensyarah kolej swasta, mekanik motokar dan menakutkan kaum Cina.

“Saya sudah ada nama syarikat pembayar RBA, siapa yang bayar elaun pun saya ada, syarikat mana yang diarah, syarikat mana yang diminta dibayar kerana dokumen itu diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi DAP sendiri, kesemuanya hampir 20 syarikat besar yang dapat projek-projek besar di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut aktiviti provokasi yang dicetuskan oleh tentera siber pro pembangkang yang sengaja mencetuskan kebencian dalam kalangan orang awam terhadap kerajaan BN yang dikesan sejak 2006 lagi.

Pergerakan RBA dikesan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menggalas jawatan perdana menteri susulan berlaku kenaikan harga barangan termasuklah kenaikan bahan api petrol dan diesel pada waktu itu.

Namun kegiatan mereka kini didakwa lari daripada perjuangan asal dan kini mula bergerak secara fizikal menerusi tujuh pekerjaan tersebut sehingga 70 peratus berbanding 30 peratus menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tambahnya, syarikat pembiaya aktiviti provokasi tersebut dibayar secara tunai dan tidak menggunakan akaun bank bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa.

Dakwanya tentera siber tersebut menyasarkan lima negeri sebagai kawasan utama untuk mencetuskan provokasi berterusan termasuklah Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan keutamaan mereka.

“Mereka menyasarkan sehingga 10 juta orang awam menjelang PRU14 dan mereka akan menyebarkan taktik kotor ini dengan menghantar 10 mesej kepada setiap orang awam dan meningkat secara berperingkat-peringkat,” dakwanya lagi.

17 comments:

  1. omakkau.. Apasal ko fitnah hassan malik dgn gambar palsu tu. Tak takut dosa.? Atau ko rasa boleh masuk syurga dgn buat fitnah hari2. Teruk betul pempuan ni.

    ReplyDelete
  2. Muka2 yang buat conference pun sedeh macam lubang jamban

    ReplyDelete
  3. yang sorang tu ketua polis ka ketua pengawal....ketua guard saje macam la pangkat tu besaq sangat.....kalu jadi menteri x pa jugak...ni dok sokong kuat jadi pak guard saja...heee.....heee.....tengok dia punya pingat kat dada tu takut.....ketua polis pun x dak pangkat tu........hee.....

    ReplyDelete
  4. lama dah tunggu ni kenapa takda orang jemput join red bean army nih?

    ReplyDelete
  5. kah kah kah kah kah......... Betul la ape kata omak kau ni . Kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Baghal punya statement..hang ingat rakyat m'sia x da otak ke nk prcaya sesuatu cerita..pemimpin umno bn sendiri yg mnghasut diri sendiri agar rakyat membenci..

    ReplyDelete
  7. Nak jadi general tak dapat pakai uniform sendiri pun syok dah...hahaha

    ReplyDelete
  8. kalau dah ada maklumat cerita le...nak tunggu apa..??
    3,000x800x12= RM 28.8 juta setahun..dari tahun 2006??? dah ratus juta???

    tak boleh dilayan mangkuk ayun ni,,,bior dia meroyan.. sendiri...

    ReplyDelete
  9. Kisah dongengan yg dibawa oleh zahid.kunun nya nak tangkap RBA.hingga kini penuh penjara seluruh Malaysia dengan banduan RBA.kesian pencacai 3 ekoq tu.ada peluang jadi CEO glc.

    ReplyDelete
  10. brother Anwar bin Ibrahim2 April 2014 at 20:43

    Hishamuddin kna puji dgn remaja Perancis yg kagum cara dia handle pc mh370.

    Malaysian insider pembelot mengatakan Hishamuddin punyai ciru-ciri perdana perdana menteri dan puji cara Hishamuddin handle soal jawab wartawan dan menzahirkan emosinya ketika berjumpa ahli keluarga mangsa.

    Cilaka punya Hishamuddin penat2 aku burukkan usaha SAR. Pundek. Babi anjing.

    ReplyDelete
  11. Nak bohong pun agat2 le, yang pakai uniform tu macam askar kat Afrika je.

    ReplyDelete
  12. Kalo bole dapat 3000 sebulan ramailah nak join dari menganggur d kampung. Senang pula kerjanya hanya sebarkan cerita kenaikan harga barang yang memang orang semua dah tau dapat 3000 sebulan. Bodoh punya cerita. Hairan juga ada orang yg percaya.

    ReplyDelete
  13. komen bangang nak mampus... sape nak bayar duit sebanyak tu... golongan orang macam ko mmg gunakan duit utk keje2 mcm tu...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...