Tuesday 8 April 2014

MB SELANGOR TS KHALID IBRAHIM MENGALU-ALUKAN NOH OMAR NAK BUAT LAPORAN KEPADA SPRM MENGENAI PENJUALAN TANAH KEPADA TROPICANA!!!





Ekoran dari ugutan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Noh Omar mau membuat laporan kepada SPRM terhadap Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya berlaku penyelewengan dalam penjualan tanah di Kuala Langat antara Permodalan Negeri Selangor (PNSB) dengan Syarikat Tropicana Corporation Berhad maka hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim melalui twitternya dengan merendah diri, berlapang dadah dan hati terbuka meminta Noh Omar melakukan dengan kadar segera.

Ini baru dinamakan pemimpin yang memiliki kepimpinan yang berintegriti, telus dan bersih ..Tidak gentar diugut .. tidak tunduk pada tekanan politik sempit dan jijik.

SYABAS TAN SRI ... Berani kerana benar. .. Tan Sri Khalid For Timbalan Presiden KEADILAN.


Jumaat, 4 April 2014

Isu tanah: Umno S'gor mahu buat laporan SPRM

Umno Selangor akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perjanjian penjualan tanah di Kuala Langat antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat Tropicana Corporation Berhad.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata laporan itu akan dibuat dalam tempoh terdekat.
 
"Seperti dilaporkan (media), perjanjian itu dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan sebelum menjelang pilihan raya umum yang lepas, saya nak tanya menteri besar boleh ke urusan jual tanah berlaku ketika negeri ditadbir kerajaan sementara? Apa sebab hal itu dibuat selepas DUN terbubar?.
 
"Saya juga nak tahu mengapa kerajaan negeri menjual tanah itu kepada Tropicana di bawah harga pasaran, iaitu RM17 (bagi satu) kaki persegi, sedangkan Tropicana menjual tanah yang sama kepada sebuah lagi syarikat swasta dengan nilai RM35 (bagi satu) kaki persegi dalam tempoh kurang setahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Majlis Sukan Sekolah Selangor semalam.
 
Beliau berkata laporan SPRM bertujuan meminta suruhanjaya itu menyiasat jika wujud unsur penyelewengan dan rasuah berhubung penjualan tanah berkenaan.
 
Pada April tahun lepas, kerajaan negeri menerusi PNSB menjual 474.3 hektar (1,172 ekar) tanah paya kepada Tropicana dan syarikat itu kemudian menjual satu perempat daripada jumlah tanah terbabit kepada Eco World Development Group Berhad pada nilai lebih tinggi.
- Bernama

Ugutan dan gertakan dibuat susulan dari kenyataan Tn Sri Khalid mengenai isu ini pada 27hb Mac 2014 selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Khamis, 27 Mac 2014

Rakyat Selangor dapat manfaat hasil MoU PNSB, Tropicana Corp
SHAH ALAM- Hasil RM844.2 juta yang bakal diperoleh Kerajaan Selangor berikutan perjanjian yang dimeterai antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat subsidi Tropicana Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd akan dimanfaatkan bagi melaksanakan pembangunan hartanah yang mampu memberi faedah terhadap program sosial rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasil itu akan diperoleh apabila Nilai Bersih Semasa (NPV) hartanah yang menempatkan projek pembangunan yang sebelum ini dikenali sebagai Canal City itu mampu mencecah RM1.3 bilion dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

“Perjanjian jual dan beli antara Tropicana dan Eco World Development Group Berhad membabitkan satu perempat daripada 474.3 hektar tanah yang dahulunya dikenali sebagai Canal City memberi Kerajaan Selangor perspektif baru terhadap perjanjian terbabit.

“Kami berharap Tropicana akan mempercepatkan bayaran penuh supaya kita boleh menyalurkan dana RM844.2 juta untuk melaksanakan pelbagai pembangunan hartanah yang mampu memberi pelbagai program sosial untuk faedah rakyat Selangor,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan juga bersedia bekerjasama dengan memberikan kelulusan berkenaan pembangunan di atas tanah terbabit bagi memastikan projek yang bakal dijalankan syarikat pemaju itu berjalan lancar.

Pada April 2013, PNSB dan Sapphire Index menandatangani perjanjian jual beli dan pembangunan bagi tanah hak milik pajakan di Selangor dengan menawarkan pulangan minimal RM1.3 bilion dalam jangka masa 20 tahun.-

22 comments:

  1. Pemimpin umno ada berani nk cabar mcm ni.klau ada tu dh tanda2 nak buang tebiat nk mampos la tu.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepantas kilat pencacai umno membuat siasatan.jgn mare.........selayak nya gelaran pencacai umno utk penguasa undang undang di Malaysia.tuan sprm....kes rasuah melibatkan mantan mb kedah,aper citer hah.bukti bervideo cukup,ngaper pegawai penyiasat sprm bertukar plak.ader aper aper ker.ngaper kes tu senyap jer.tuan sprm......dunia bole kelong ler,akhirat nanti macam mana nak kelong yer.

      Delete
    2. Mintak noh bgtau sekali sprm bgmn umno. MCA Dan mic dpt beli tanah murah kat Selangor. Rujuk laporan kat YouTube klu tak faham

      Delete
  2. UMNO NO NO NO NOH!!!!
    REPORT LERRR...HIHIHIHI..

    ReplyDelete
  3. ai ya! wa dingar pun maok ketawa o. itu noh omar ada tulor ka? kah kah kah Busok punya olang.

    ReplyDelete
  4. setakat buat kecoh kat parlimen jer.....dah fikir bagus sgt.......lepas nie kasi..khalid boleh saman malu si Noh otak udang nie......

    ReplyDelete
  5. ade taring lg ke si noh tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taring????!!!!!... gilo apo.
      konek pun kecut cam kismis kering! he he heee..

      Delete
  6. Nape noh udang rasmi msss selangor?? Sepatutnya MB.. kem pelajaran, klu nk main politik, letak jawatan,,pegi betanding sbg anak jantan!! Dasar umno xde telor.. klu kpm main politik..patut laa tahap pelajar kelas dunia ke3.. umno haramjadah

    ReplyDelete
  7. respek pada ts khalid, memang layak menggantikan azmin. mari ahli pkr sekelian... kita berdiri teguh dibawah kepimpinan ts khalid



    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keza@kera@zack@zackar....cuber lihat ekor ko....bercabang tak.eh.eh.kata x PKR.....ader hati plak promote TSKI.he.he.he.ngape....penat jadi melayu bangsat barua mca ker.keza....keza.....tak cukup ker upah jadi barua mca masa prk kajang.

      Delete
    2. lah.... aku menyatakan kebenaran je. tski mmg lbh berkepimpinan berbanding azmin yg lbh mengutamakan politik drpd berkhidmat utk rakyat. salah ke? ikatbata ni dari kem azmin ke? marilah kita meninggalkan azmin dan menyokong tski



      keza

      Delete
    3. respek la keza. patah tumbuh hilang berganti untuk papagomo. jenis kebal azab kubur nih.

      Delete
  8. Laa sibangsat ni buat kacau lagi!!! Tak habihhabih!! Belajar-belajarlah bawa kapalterbang lepas tu berambus !!!

    ReplyDelete
  9. Lepas bubar parlimen najib pun buat macam2 wpun patutnya tak boleh. Tanah jual kat kroni murah pun melambak berlaku di sgor Dan seluruh negara. CTH pkfz.

    Paku dulang paku serpih ko ni noh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noh ni kuman seberang laut nampak, badak air berkubang depan mata buat2 tak nampak....

      Patut la khir toyo kecik ati....

      Delete
    2. Noh ni kuman seberang laut nampak, badak air sebelah najibtuya buat2 tak nampak....hihihihihi

      Delete
  10. Bila dah bubar parlimen, bole ker guna makenisme kejaan utk kempen pru?

    Mintak lapor sprm sekali....

    ReplyDelete
  11. Pergi Lanchowww la......
    Ingat Selangor ni amno punya ker ape...
    Ingat dia tu mb Selangor ke ape?

    ReplyDelete
  12. AS'KUM WRT WBT DAN SALAM SEJAHTERA

    SAYA MENAWARKAN KHIDMAT URUTAN TRADISIONAL ALA JAWA SELURUH BADAN DAN BATIN LELAKI KHAS NYA DI LEMBAH KLANG , KUALA LUMPUR , SELANGOR DAN SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA ( PAHANG , PERAK , MELAKA , NEGERI SEMBILAN DAN LAIN-LAIN )

    BERMINAT HUBUNGI SAYA : 014-7197049 ( AZMAN )

    SAYA JUGA PERGI KE HOTEL2 , RUMAH KEDIAMAN , PEJABAT ATAU TUAN2 BOLEH DTG KE RUMAH SAYA BERDEKATAN DI TESCO RAWANG SELANGOR

    HARGA : BOLEH BER RUNDING

    WAKTU : BEBILA FREEE

    www.facebook.com/shahrulzamani.zamani

    KHIDMAT : OUTCALL SERVIS ATAU INCALL SERVIS

    ReplyDelete
  13. yeeehhh... kemon noh omar
    apa tunggu lagi jom kita repot sprm.....
    kalau x der kete aku buley charted teksi....
    kemon....kemon.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...