Monday 14 April 2014

MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM SUDAH MELAMPAU!!! ... GAJINYA DIPOTONG MENJADIKAN GAJINYA LEBIH KECIL DARI EXCO DAN SPEAKER NEGERI SELANGOR!!!



Apalah punya perangai Dato' Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim ni...

Buat keputusan sampai gajinya lebih kecil dan sedikit dari seorang Exco dan Speaker Negeri Selangor  .. banyak sikit dari ADUN dan Timbalan Speaker.

Itu hari bsing gegak gempita riuh rendah macam nak runtuh langit bila buat pengumuman yang gaji MB, Exco, Speaker dan ADUN negeri Selangor dinaikkan ..

Nah nak tengok .. mereka yang tentang apa komen... jangan senyap pula ya...

Kerajaan Selangor memutuskan untuk memotong gaji menteri besar, exco, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan timbalan speaker selepas menerima kenaikan pada awal 2014, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Menteri Besar Selangor itu berkata, bagi gaji dan elaun menteri besar, kenaikan gaji kepada RM29,250 dipotong sebanyak RM15,074.86 menjadi RM14,175.15.


Katanya, gaji baru exco yang sepatutnya berjumlah RM20,250 pula dipotong sebanyak RM5,250 menjadi RM15,000.


Sementara Speaker DUN pula yang menerima kenaikan RM24,500 dipotong sebanyak RM7,500 menjadi RM15,000.


Timbalan Speaker DUN yang menerima kadar kenaikan gaji paling tinggi sebanyak RM15,750 dipotong RM3,750 menjadi RM12,000 .


Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikekalkan kepada RM11,250.


“Jumlah pemotongan gaji itu akan disalurkan ke dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya pada sidang DUN hari ini.

19 comments:

  1. Sendiri kasi naik, sendiri potong, sendiri puji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib ada brani..bru dicdangkn gaji menteri dpotong 10 hengget ketaaaq kapla lutut..caya la tan sri...I support u as long as u mb

      Delete
    2. najib ada brani..bru dicdangkn gaji menteri dpotong 10 hengget ketaaaq kapla lutut..caya la tan sri...I support u as long as u mb

      Delete
    3. Ini sumer poyo... haktuihhhhhh

      Delete
  2. Bn ado mcm ni?ado,lepas kiamat la.

    kikiki

    ReplyDelete
  3. jahat gile mb..ptg gaji...jahat jahat jahat....x patut lgsung..spttnya naikkan lg gaji tu...bt mcm menteri menteri lain...amik duit rakyat..br betul

    ReplyDelete
  4. khalid ni berlakon je beb, nak tunjuk baik sblm pemilihan ni. apa2 pun aku tetap pilih azmin. azmin bersama kita semasa susah dulu, khalid ni time kita senang je baru dia join

    ReplyDelete
  5. khalid potong gaji sikit je? kalau azmin mb, sure potong lagi bnyk.
    aku sokong azmin forever

    ReplyDelete
  6. azmin pilihan org muda, khalid pilihan org tua. khalid tu mengalah lah drpd timb pres, kasi azmin pegang. khalid jgnlah jadi org yg gila kuasa dan tamak haloba. kasi peluang azmin utk menjaga perpaduan parti

    ReplyDelete
  7. Macai lembu tak payah nak sibuk sape yg menang.umno yahudi tak bertanding pun.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. usah d layan macai macai tu....cbuk umah org....umah sendiri porak peranda tak di jaga...hahaha

      Delete
  8. potongan tu sedekahkan kat UNISEL...hotel qualiti...yg dh nak bangkrap...lps ni semua bangkrap....selangor urus air pun tak reti...asyik catuan je...nikan nak urus duit...lg la pandirnya...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh???mcm tau je??ko org kerajaan slangor ke??unisel ada masalah ke??takder kecoh pun???stakat air jgn kata slangor.....perak,pahang,johor pun tgh tenat....cuma tak di highlightkan jer....maklum la....slangor kan pr pegang klu bn pegang jgn kata masalah air.....jenayah,denggi,penagih sumer kowtim....hahaha

      Delete
  9. naik tapi potong separuh..so naik separuh..naik la jugak..nbodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang2 nya potong bantu rakyat....mp bn ado??heheheh

      Delete
  10. Mintak bung Moktar bwk usul x puas hati.

    ReplyDelete
  11. Jgn puji TS Khalid terlebih sangat. Tanya omak kau siapa jelaskan hutang perbadi beliau 80j . Semua pemimpin rakyat kena awasi.

    ReplyDelete
  12. itu strategi khalid ibrahim utk membantu rakyat dgn memotong gaji dan di masukan kedalam tabung agenda merakyatkan ekonomi selangor (mes). strategi yg baik..kalau diambil terus dari perbendaharaan negeri selangor mungkin akan banyak bantahan...!

    ReplyDelete
  13. Xkiralah kita dr parti mn pun.kalau apa yg dibuat oleh pmnpin tu untuk kebaikan rakyt ...kita sokong la...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...