Tuesday 8 April 2014

MAHASISWA SERAH MEMORANDUM KEPADA AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT DESAK KERAJAAN BN SELESAIKAN SEGERA ISU GETAH!!!!!!


Mahasiswa berakal yang sentiasa mencuit minda untuk berfikir dan menilai tidak akan percaya kepada Ahli-ahli Parlimen UMNO/BN untuk menyelesaikan sesuatu isu perdana yang melanda negara.

Suatu memorandum mendesak kerajaan UMNO/BN selesaikan masalah getah diserahkan oleh mahasiswa kepada Ahli Parlimen pembangkang di bangunan Parlimen hari ini.

Kira-kira 10 orang golongan muda berbangsa Melayu yang mengakui diri sebagai mahasiswa menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Sedar berpendapat, para petani telah dizalimi kerajaan kerana ketidakadilan berhubung harga pasaran getah dalam negara.

Menurut kenyataan media, alasan kerajaan bahawa berlaku lambakan getah di peringkat global serta permintaan yang semakin meningkat adalah alasan yang tidak logik.

"Jika permintaan tinggi, maka harga getah di peringkat pasaran akan menjadi tinggi seperti yang pernah berlaku pada tahun 2011 iaitu harga sekitar RM4.50 - RM5.00 sekilogram," katanya.

Dalam masa sama kumpulan ini mengakui bahawa keseimbangan harga getah adalah bergantung kepada pasaran global.

Sehubungan itu, memorandum yang diterima oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ini adalah bagi membolehkan usul tergempar dibawa ke Parlimen untuk membincangkan solusi yang terbaik membantu penoreh getah.

Selain daripada itu kerajaan juga dituntut supaya menetapkan harga syiling bagi getah dan penyelarasan harga di setiap negeri.

"Kerajaan juga didesak supaya menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan petani bagi melindungi para petani dari sebarang masalah terus terabai lantaran harga barang yang meningkat dan harga getah yang jatuh merudum," katanya.

Memorandum ini turut disokong oleh Solidariti Mahasiswa (SMM), Sister in Movement (SIM), Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).

15 comments:

  1. desak jangan tak desak

    ReplyDelete
  2. Si pembeli(kilang) tentukan harga yg. hendak dibeli dr penjual(penoreh)..
    Pelik tapi kenyataan...

    ReplyDelete
  3. Penoreh kena jual pada pemborong (orang tengah yg ada lesen) berapa sen sekilo dah kena crek dengan pemborong. Naye.

    ReplyDelete
  4. tolong link kan blog ini http://daerah13.blogspot.com/ tq

    ReplyDelete
  5. Heran aku...kenapa bila susah je jumpa pr...bn mana?

    ReplyDelete
  6. rakyat diperdayakan, penipuan diutamakan.. skrg ni pemimpin pikir nk cekau cukup2 bknnya nk selesai masalah rakyat..

    ReplyDelete
  7. Nurul Izzah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika pendidikan menengah, Nurul Izzah bersekolah di Sekolah Menengah Sri Hartamas danSekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

    Di peringkat universiti, Nurul Izzah menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh,Perak. Tetapi kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004. Seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS),Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.[1]

    Ko ado?

    KEDEPAN (kembalikan degree berasaskan kepandaian, 5A < degree dan guru, 4A-3A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    ReplyDelete
  8. Nasib penoreh getah dan pekebun kecil macam pisau getah. V-shape tk berubah zaman berzaman. Tahniah mahasiswa. Ingatlah ada dikalangan kamu yg di besarkan dan di sekolahkan hasil dari getah orang tua kamu.

    ReplyDelete
  9. mari kawan2 kita pegi topless pool friday party dkt ampang, selangor, negeri pkr. sukanya aku... hidup pkr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi bodoh oi,jln ampang,kl ler.ish.ish.ish.bodoh benak bebebor.malu ler skit kat bebudak yg faham membaca dan tahu kat mana jln ampang.bodoh siot.

      Delete
    2. bebalbebal, jalan dengan tempat lain bang. makan tahi ke hape? makan nasi macam tak jalan je otak kau mat.

      Delete
  10. kesian kt penoreh trmasuk la aku,harp pihak brwajib,ambil la tindakn,bantulah kmi..

    ReplyDelete
  11. omakkau aka hanisya, ko pegi tak topless pool friday parti ni? kita sbg ahli pkr mesti menyokong prog yg dianjurkan di negeri pkr ni. hu... hu... seronoknyer aku nak tgk hanisya berbikini topless... aku risau nafsu aku mencanak je nanti. tak sia2 aku undi pkr dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko nak ke cipap busuk. berkongsi dek yb adun pkr?

      hihi

      Delete
  12. kesian pelajar nak galmer tu. ada baiknya diaorang pegi motong gotah lagi bagus.
    otak tarak.

    suruh menoreh malu!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...