Monday 14 April 2014

KES SAMAN 2JUTA CALON KEADILAN TERHADAP PRESIDEN PAS ... AKHIRNYA MAHKAMAH TINGGI KETEPIKAN PERINTAH PENGHAKIMAN ENGKAR!!!



Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengenepikan penghakiman ingkar dengan denda RM2 juta yang dikenakan ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) sebelum ini.

Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed menyampaikan keputusan itu dalam kamar di mahkamah, hari ini.


Sebelum ini, mahkamah sama menjatuhkan hukuman denda RM2 juta ke atas Hadi berikutan kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dibuat oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk memberikan keputusannya selepas penghujahan kedua-dua pihak dibuat pada 30 Mac lalu.

Shamsul yang tidak hadir ke mahkamah hari ini diwakili oleh peguam, A Vasudevan manakala Hadi yang juga tidak hadir diwakili oleh Asmuni dan Zuber Embong.


ada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.


Shamsul mengambil tindakan itu selepas Hadi mengeluarkan kenyataan ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.


Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa ucapan Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

9 comments:

  1. Berita buruk bg puak anti hadis.

    kikiki

    ReplyDelete
  2. Ayuh mara terus ke PutraJaya ...

    ReplyDelete
  3. Alahaiii. Tak merasa nak joli duit 2 juta.

    ReplyDelete
  4. Sebelum ini, mahkamah sama menjatuhkan hukuman denda RM2 juta ke atas Hadi berikutan kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dibuat oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.



    otak kasi jalan sikit. Saman pd TGHA masih jalan. tarak tarik lagi. Hadi kena sipakan pembelaan. Otak macai tarak belajar ka

    ReplyDelete
  5. Kasihan org di ats den ni.... ko yg x pham....sblm ni jtuh denda sbb dia x bela diri tp once dia da bela diri + xda bukti nk sabitkn TGHA so denda kt ats dia da x relevan la... otak macai be end tarak blajar ka

    ReplyDelete
  6. Bangang org negeri atas ni. Tu kalau xde bukti. Camne pulak kalau ada bukti sabitan? Saman masih jalan. Mamat yg dituduh tokan pil kuda tu masih lagi tak tarik saman .
    TGHA pulak yg kena failkan pembelaan dan ikuti prosiding.
    Kalau betul hormat tgha..kasi tarik balik saman la.
    setel out of court.

    barulah tahaluf siyasi namanya.

    otak macai rba kasi jalan sikit. tarak belajar ka

    ReplyDelete
  7. bukti ada tapi bak kata TGHA "video itu besi yg tidak boleh berkata2". Dah sama2 kaki temberang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...