Wednesday 2 April 2014

ISU MoU AIR SELANGOR DENGAN PUTRAJAYA ... GAMUDA TIDAK LAYAK UNTUK MEMPERTIKAIKANNYA.



SHAH ALAM 2 APRIL: Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling sama sekali tidak layak untuk bercakap tentang kesucian kontrak konsesi air di Selangor, sedangkan beliau sebenarnya hanya menginginkan keuntungan tidak munasabah untuk pemegang saham syarikat itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, Yun Ling juga bersikap hipokrit apabila mempersoalkan kewajaran Kerajaan Pusat mahu menggunakan Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 114).

Kata mereka, Yun Ling sepatutnya jelas dengan terma yang terdapat di dalam perjanjian yang terdapat klausa untuk menamatkan pegangan konsesi dan membeli semula oleh kerajaan pusat atau negeri dengan syarat yang wajar.

“Oleh itu, Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri untuk meminta Kerajaan Pusat menggunakan WSIA 114 bagi menyelesaikan isu dalam penstrukturan air.

“Ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri fokus kepada pelaburan dan meningkatkan kualiti dan kuantiti bekalan air yang disalurkan kepada pengguna,” kata mereka.

Jumaat lalu, melalui The Edge, Yun Ling mendakwa beliau meragui keikhlasan kontrak yang ditandatangani anak syarikat Gamuda, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) dalam industri air di Selangor.

Beliau juga mempersoalkan mengapa konsep ‘persetujuan bersama pembeli dan penjual (willing buyer, willing seller) tidak digunapakai sehingga memerlukan pengaktifan WSIA 114.

Bagaimanapun, pemimpin PR berkata, Yun Ling sebenarnya bukan mahu urusan dijalankan melalui persetujuan bersama pembeli dan penjual, sebaliknya dia mahukan urusan itu dilakukan secara memeras pembeli (delirious seller, extorted buyer deal).

“Malah, polisi ‘willing buyer, willing seller’ juga pernah digunakan Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pegangan konsesi air di Selangor selama enam tahun namun tidak berjaya.

“Gamuda yang sebenarnya menekan rakyat apabila tidak mahu menerima tawaran tinggi daripada Kerajaan Negeri sebelum ini hingga menyebabkan rakyat menghadapi krisis air dan ini perlu diselesaikan segera,” kata mereka.

Dengan aktifnya WSIA, pampasan yang bakal diterima setiap syarikat konsesi dijangka RM2 bilion lebih rendah berbanding harga yang pernah ditawarkan Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menawarkan pampasan RM 9.65 billion kepada syarikat konsesi namun hanya syarikat Abbas yang menerima tawaran sementara tiga yang lain; Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga termasuk Splash tidak bersetuju.

2 comments:

  1. boikot projek gamuda kat selangor..
    xpk rakyat lansung..pk nak untung je...

    ReplyDelete
  2. Hi hi.... apa gamuda mau...untung manyak maaa...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...