Monday 7 April 2014

GAMBAR KAK WAN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ADUN N25 KAJANG.



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di hadapan Speaker, Hannah Yeoh pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Majlis mengangkat sumpah yang berlangsung tepat pukul 10 pagi itu disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Bagaimanapun, Wan Azizah diangkat sebagai calon yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding ekoran didapati bersalah atas tuduhan ke membabitkan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Rayuan.

4 comments:

  1. TAHNIAH.... berkhidmatlah utk rakyat demi rakyat dalam rakyat kepada rakyat

    ReplyDelete
  2. good bye mangkuk2 permatang pauh. Kini Kak wan dan akan dibantu oleh DSAI mewakili penduduk selangor kajang pulak. Org sini kaya. permatang pauh mecekin. blah blah!

    ReplyDelete
  3. Gamba no 4 mamat tu tersengih3 napes nas kenas blasas kes..

    ReplyDelete
  4. Bawak la habis bini anak cucu menantu duduk di selngor..selangor dah jadi hak mak bapak hang....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...