Tuesday 8 April 2014

EDISI MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR .... SKIM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR.




Bagi mereka yang dikategorikan sebagai 'miskin bandar' di Negeri Selangor, disediakan Program Mikrokredit. Program uang dilancarkan pada 3 Mac 2011 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.


Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor merupakan pinjaman mikrokredit Qardul Hasan iaitu tanpa faedah & caj pengurusan. MiMBAR Selangor adalah salah satu program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kerajaan pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi tujuan untuk :

a. Memberikan pinjaman mikrokredit tanpa faedah, bantuan niaga (kiosk) dan bantuan kerja melalui Program MiMBAR Kleaner(PMK).

b. Jumlah pinjaman antara RM1,000 - RM5,000, dan tempoh bayaran balik dalam masa 18 bulan.

c. Membantu menambahkan pendapatan seisi keluarga bagi melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK).



SYARAT-SYARAT:
1. Pendapatan seisi rumah kurang dari:

a) RM1,500 tanpa anak,
b) RM2,500 berkahwin anak kurang daripada 4 orang
c) RM3,000 berkahwin, anak lebih daripada 3 orang

2. Warga Malaysia berusia 21 - 60 tahun.
3. Warga Selangor / bermastautin lebih daripada 10 tahun
4. Memiliki aset tidak lebih daripada RM50,000 dalam segala bentuk
5. Menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar Negeri Selangor
6. Mengikut syarat-syarat program yang telah ditentukan
7. Tidak mendapat sebarang bantuan dari SKIMSEL, AIM dan TEKUN atau program mikrokredit seumpamanya
8. Mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui
9. Wajib menghadiri latihan MIMBAR dan menyertai program susulan 'RANGKAIAN MIMBAR'
10.Kawasan bandar yang tiada ketua kampung

Hubungi kami:

IBU PEJABAT MIMBAR SELANGOR
A23, PUSAT PERNIAGAAN JUBLI 20,
JALAN SINGA J20/J SEKSYEN 20,
40300 SHAH ALAM SELANGOR D.E

No.telefon : 03-5541 3616
No. Faks : 03 -5541 3617

2 comments:

  1. Orang miskin patut dibantu secara free. Bukanya bagi pinjam mcm ceti.

    ReplyDelete
  2. Nanti simpanan k'jaan negeri 15 billion insyaallah boley free.juga bila federal jtuh ke tgn pakatan.skrg x ley pasal penyamun tarbus umngok otak lembu masih melanun.x aman lagi.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...