Wednesday 16 April 2014

BULAN LEPAS NEGERINYA KENA BUAT CATUAN AIR .. BULAN INI CAKAP BESAR NAK JUAL AIR TERAWAT KE SELANGOR DAN KUALA LUMPUR!!!


Inilah dinamakan pemimpin yang jenis tidak sedar diri ... jenis cakap besar berdegar-degar tapi ekor begelumang taik .. bulan lepas negerinya terpaksa adakan catuan air .. bulan ni berlagak hebbat nak jual air terawat ..

Woi!!! Mat Hasan .. pada kau jual air pada Selangoir lebih baik kau jaga rakyat kau yang kekurangan air.. Ada faham!!!!!!

Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur yang kini menghadapi masalah bekalan air.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri tiada masalah menjual air ke negeri berkenaan jika sekiranya Kerajaan Persekutuan memerlukan bantuan daripada segi itu.

"Dalam waktu terdekat, kita boleh jual air maksimum sebanyak 20 juta gelen (91 juta liter) sehari daripada (menerusi) Loji Rawatan Air (LRA) baharu Ngoi-Ngoi di Pantai, Seremban. Kapasiti LRA Ngoi-Ngoi sekarang ialah 30 juta gelen (136.5 juta liter) sehari untuk bekalan Seremban.

Kita boleh jual 20 juta gelen manakala 10 juta gelen (45.5 juta liter) lagi kita perlukan untuk keperluan sendiri. LRA Ngoi-Ngoi mendapat bekalan air mentah daripada empangan Triang, Jelebu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seremban, hari ini.


Mohamad berkata: "Ini disebabkan LRA Ngoi-Ngoi mempunyai kapasiti 30 juta gelen sehari dan sekarang kita gunakan LRA Ngoi-Ngoi untuk mengimbangi LRA Sungai Terip."


Jika ada usaha untuk membeli air di negeri ini oleh kerajaan persekutuan untuk kegunaan di Selangor dan Lembah Klang maka satu lagi LRA baharu mesti dibina iaitu loji yang lebih besar kapasitinya iaitu sehingga 455 juta liter sehari, katanya.


Loji tambahan ini boleh dibina kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan satu kawasan berhampiran LRA Ngoi-Ngoi bagi tujuan itu sebagai rancangan jangka panjang. – Bernama,
Itu hari ini punya cakap besar  .. tapi pada bulan lepas ini pula dia cakap.


Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas kering.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan  berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

"Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

"Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.

Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya juga minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

"Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.

"Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

"Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.

"Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

"Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90% airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya.
- Bernama

23 comments:

  1. Kitorang kat nismilan ni tak ponah pun putus bekalan air.Biar betul ko ni omakkau!! Dah edarkan gambar ko kat nismilan ni untuk di santau kalau ko dtg sini sobab eh banyak bonar buat fitnah....,hahahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tongahari td tompek den tak ado air dlm sejam .

      kiro putus lah tu

      Delete
    2. Botoi sangat kato cow, khinzir kat Bukit Pelanduk tu tak ponah buat komplen, semodang ado jo air. Den tak ponah donga bunyi pun komplennyo.

      Delete
    3. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhh

      Delete
    4. 20.00 bengong...

      Delete
  2. ek eleh tompat sendiri tak cukup....nak bori kat org.....ado hati pulak nak buek loji yg bosarlah tu...itu loji barang samunan kot...penyamun punyo manusio......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo ko bondo ko cakap ni jang?bingai ko ni.loji dah lamo siap dah.bosar pulak tu.tu yg tak ado masaalah tu.

      Delete
    2. macai 2029...ekau baco tak ..apa yg diatas tu...terus komen jo....kan dio nak buek 455juta liter tu pulak...ekau nie buto ko atau tak tahu membaco..........

      Delete
    3. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhh

      Delete
  3. Tunggu la bila hari raya.
    Lebih2 area Kuala Pilah.
    Manjang takdo air bilo ghayo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo nak risau, Isa Samad kan ado. Dio boleh bokaikan minyak sawit felda. Nak masak lomang ko, dodol kut nak buek mandi pun boleh.

      Delete
  4. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

    Raja lawak Astro tak buat den gelak kuat tapi Mat Asang ni buat den gelak terguling-guling.

    hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
    [tak habis lagi ni...]

    ReplyDelete
  5. Biasa lar..bila ada pngkat..ckp pn takbur..

    ReplyDelete
  6. Hahaha...pru14 nanti semua undi umno woiii....

    ReplyDelete
  7. gelak2 jugak.air Selangor nyer hal dh settle?.Dengar kata x lama lg x dpt free..kui3 (jgn padam komen ni tau)

    ReplyDelete
  8. air selangor mmg sentiasa free 01:41,free water=bebas air=takde air huhu

    ReplyDelete
  9. Jangan risau ini air boleh buat duit la....
    tak kira sekarang ni apa barang boleh jadi duit kita jual..... yg penting money masuk poket.
    Kalau taik babi dekat tmpat pelanduk tu ada org mahu beli buat baja tanam kangkung pun boleh jual... duit masuk.....

    ReplyDelete
  10. awat dok pakai nama keturunan nabi adam. kan ianya memalukan. Ini memang keturunan nabi adam .... keturunan yang suka makan sirih + kapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi Adam mana ada pakai keturunan keturunan Zaman tu belum berpuak puak dan belum ada bangsa utk pengenalan dan budaya spt
      sekarang Yg mengaku keturunan Nabi tp tak ada Ilmu pun tak guna .

      Delete
  11. Karpal dah xdak hanisya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solute to mendiang RIP Mr Karpal

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...