Tuesday 8 April 2014

BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU SEDAR YANG DEMOKRASI DALAM NEGARA INI SUDAH MATI!!!!!




MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan bahawa beliau berhak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan insiden 'Terowong Larkin'.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar Terengganu, beliau tidak boleh berdiam diri demi pembangunan sukan bola sepak negeri itu.

"Ini kerana kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan bagi menanggung keperluan pengurusan persatuan dan pemain bola sepak di Terengganu.

"Yang tanggung belanja pasukan bola sepak negeri ialah kerajaan negeri. Jadi, bila kerajaan negeri keluar belanja, saya bertindak bagi pihak kerajaan dan adakah saya tak berhak berkata-kata?" tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Projek Perintis Terengganu Open Wi-fi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu semalam.

Beliau turut mempersoalkan: "Adakah FAM mampu beri sumbangan mencukupi kepada persatuan bola sepak (FA) negeri? Apakah demokrasi diamalkan FAM sampai orang tak boleh tegur?

"FAM juga milik rakyat Malaysia. Apa yang saya buat ini adalah hak rakyat dan ramai nak tahu apa perkembangan dan kebaikan.

"Ini yang tegur tak boleh dan apa pun tak boleh, bukan eksklusif dia pun. Kalau tak nak orang tegur, jadi macam inilah bola sepak Malaysia, masih terkial-kial lagi berbanding Korea dan Jepun yang pernah setaraf dengan kita dulu."

Ahmad memberitahu, beliau tetap tidak berganjak daripada kenyataan awalnya sebelum ini dan masih mempersoalkan kredibiliti jawatankuasa berkenaan dalam membuat keputusan berhubung isu tersebut.

"Sekarang kenyataannya bercanggah, dulu kata bukan alasan keselamatan sebab berdasarkan peruntukan Perkara 16 Undang-Undang FAM iaitu memutuskan perlawanan oleh pengadil atau komisioner pertandingan apabila masalah berlaku di padang.

"Tapi ini (insiden 'Terowong Larkin') berlaku di luar padang, pengadil perlawanan dan komisioner tak ada ketika itu, sebab itulah saya sebut dulu, takkan kita bodoh sangat nak tarik diri," ujarnya.

Menurut Ahmad, beliau mengeluarkan kenyataannya sebelum ini setelah mendapat laporan lengkap daripada pihak pengurusan T-Team mengenai apa yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 1 Februari lalu.

"Kita serah pada FAM buat keputusan dan rakyat akan menilai, sekarang baru dia orang bising, mentang-mentang saya tak tahu. Kalau saya pegang jawatan (Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu - PBSNT), saya tak boleh bercakap, kena pecat dan gantung pula.

"Sebab itulah saya duduk di luar (bukan Presiden PBSNT), senang dan boleh bercakap, takkan nak pecat dan gantung saya. Bila orang cakap tak boleh dan tak ada hak, (sedangkan) rakyat ada hak," ujarnya.

Tetapi dia lupa sebaik saja keputusan PRU 13 diumumkan tiada lagi peruntukkan untuk DUN yang dimenangi PAS/PR... Kalau yang itu demokrasi segar ke???

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.

"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini, hari ini.

Ahmad bagaimanapun, berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu pada pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.

Ahad lalu, BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu, manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - BERNAMA

21 comments:

  1. Ini sumer poyo... haktuihhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni keturunan babi ke..asyik ckp poyo tak sudah2..sial punya orang

      Delete
    2. Ini sumer poyo...haktuihhhhhhh gak lagi

      Delete
  2. Mb mana yea yg arahkan masjid bujal dirobohkan.dia dah mati ke belum.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah kami penyokong PR yg membayar cukai setiap tahun tidak boleh bersuara?

      Sekarang rasalah apa yg kami rasa...

      Delete
  3. Baru ada akal, itupun baru tumbuh. Selama ini hanya baligh tanpa akil rupanya. Jadi, baligh tanpa akal dikira jika buat salah tak berdosa agaknya.

    ReplyDelete
  4. Pandai pulak mat labu ni cakap pasal demokrasi. Bila kena kat batang idung pesek sendiri baru tau. Tak payah buang duit untuk bolalah mat ooi. Takde pekdahnye. Bermusuh ade!! Lagi elok tolong industri kepok leko. Bagi upgrade kualiti, perbaikan cara penyediaan dan modenkan penmbungkusan dan kempen pasaran. Kurang-kurang boleh juga bantu peniaga-peniaga trengganu. Ramai yang boleh bekerja dan kurangkan pengangguran. Dah tak pandai main bola jangan salahkan orang!!.Lagi pun sorang orang buncit mana boleh tarbiah sekumpulan manusia perangai macam dia juga. A TOOTHLESS DOG CAN BARK BUT THE ROBBERS CARAVAN JUST MOVE ON!!!!

    ReplyDelete
  5. Negara lain balik main bola perbaiki kelemahan, buang yang lembik, pancit dan tak berdisiplin...baru la boleh maju setapak-setapak...politikus dan bangsawan tak payah la banyak songeh sangat...just bagi peruntukan pembangunan sahaja cukup..tak payah memandai-mandai masuk campur urusan pihak yang lebih tahu pengurusannya..

    ReplyDelete
  6. MB Teganu ini bangang bin Bahalol. Setiap perlawanan dan pertandingan misti ada kalah menangnya. Kalau kamu dilantik sebagai MB Teganu bermakna untuk rakyat Teganu tak kira lah rakyat kamu yg beridologi parti apa pun. Rakyat akan menilai kecekapan kamu wahai MB bukan rakyat tahun 60an jadi pak turut. Tak ikut edaran zaman lansung MB ini kira kepala dia sehaja. Tidak menyokong bukan bermakna tidak setuju dan sebaliknya sokong bukan bermakna setuju 100%. Bila kamu cakap org tak sokong kamu melenting apa kah cakap MB semua misti dipatuhi. Jadi MB bermakna jadi bapa kepada rakyat Teganu,kalau bapak dendan dengan anak anak baik jangan jadi bapak lah. Elok lah jawatan MB tu serahkan kepada orang lain yg lebih layak. MB Kelantan,MB Selangor dan KM Pulau Pineng tak pun pilih bulu baik yg sokong BN atau PAS sama sehaja mereka adalah rakyat Malaysia bukan rakyat Bangla,Myanmar atau Nepal. Bodoh punya MB islam tabg mana kalau sda sifat dendam mendendam. Nabi Muhamnad kalau bersifat dendam islam tak akan ujud diataa muka bumi ini. Beristifar lah wahai MB Teganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stadium runtuh knp tak korek siapa punya kesalahan.bodoh mcm berok mat ye.kes bola lu dok sibuk2 bknnya kerja lu.tu byk lg masalah rakyat trengganu yg blm2 setel dgn janji pru13.

      Delete
  7. Mb yg paling hampehhh kat msia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori Encik Anon. Cakap tu berlapik sikit. Atau saya silap ke? Setahu saya anugerah tu di pegang oleh menteri besar yang belasah budak bawah umur!!! Setakat ni Mat labu elok sikit rekod dia. Rekod stadium runtuh orang lain yang pegang!!!

      Delete
  8. Fam bukan parti politik. Tak perlu demokrat sangat. Mad id nak bersuara boleh.. Tapi kalau orang taknak dengar ..jangan mareee.

    ReplyDelete
  9. Jadek propesor motibasi lagi best.... bley gak raba-raba nenen.... tak caya? Coba tanya puteri parti keldaian, norol ijah, dia ada byk pengalaman!

    ReplyDelete
  10. Kah kah kah... Woi Ahmak, die Sutang, mung natang nok lawang die ke mung ke guaner? Demokasi korok mung ape bende kak Mesia ning? Kaaaah kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawang Ahmak lawang! Mung natang bewok sungguh! Kah kah kah

      Delete
  11. Demokrasi??? wujudkah demokrasi sebenar di malaysia ni? [rubbish]

    ReplyDelete
  12. Budak mak ni bukang pndai bola pung.... tapi nok cakak gak.... kau balik maing gelete kopok leko pung untung gak..

    ReplyDelete
  13. Ini sumer poyo... haktuihhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...