Saturday 5 April 2014

BETUL KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KLIA DI IKTIRAF LAPANGAN TERBANG KEDUA TERBAIK DI DUNIA... JOM TERJAH!!!!!



MStar online semalam telah menghebohkan satu negara yang Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA diiktiraf sebagai lapangan Terbang kedua terbaik didunia... betul ke??????

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad berkata, KLIA secara konsisten menerima penganugerahan itu daripada Skytrax sejak 2010, di mana ia melibatkan testimoni usaha MAHB berterusan dalam mempertingkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan yang menggunakan lapangan terbang itu.

"Pencapaian ini sesuatu yang bermakna dan saya mengucapakan terima kasih dan tahniah kepada pasukan bertugas di KLIA, yang terus menaikkan lagi imej KLIA dan reputasi Malaysia Airports," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bashir berkata, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCC) tidak lama lagi, akan menyediakan lapangan terbang yang lebih besar dengan kemudahan lebih baik.

Beliau menambah, ia akan membantu dalam menyokong pertumbuhan trafik yang baik bagi kemasukan ke Malaysia.

"Kita optimistik bahawa kita akan terus memberikan prestasi yang baik apabila KLIA2 hanya akan menyediakan perkhidmatan lebih baik, pada tahap dan pengalaman yang selesa, sebagai nilai tambah buat para pelanggan," katanya.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax itu berdasarkan pencalonan 12.85 juta pelanggan melibatkan 110 kewarganegaraan, meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Kaji selidik itu menilai kepuasan para pelanggan dengan 39 petunjuk prestasi utama (KPI) untuk produk dan perkhidmatan lapangan terbang, dari daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen, sehingga ke pelepasan.

Tapi laporan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27hb Mac 2014 pula memberitahu bahawa Lapangan Terbang Changi, Singapura nombor satu dan Lapangan Terbang Incheon, Seoul , Korea Selatan no 2 dan Lapangan Terbang KLIA langsung tidak ada nombor.

Dimana sahihnya KLIA nombor dua???????  ... Siapa yang berkata benar ini????

SINGAPURA 27 Mac - Lapangan Terbang Changi dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pengguna udara buat tahun kedua berturut-turut dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2014, pada Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol pada Rabu lalu.

Ini merupakan kemenangan kelima oleh lapangan terbang itu dan pertama kali dalam sejarahnya memenangi kejayaan tersebut untuk dua tahun berturut-turut.


Lapangan Terbang Incheon berada di tempat kedua, diikuti Lapangan Terbang Munich, Lapangan Terbang

Antarabangsa Hong Kong, Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda), Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, Lapangan Terbang Zurich, Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver dan Lapangan Terbang Heathrow, London.


Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax Edward Plaisted berkata, kemenangan menerima anugerah berprestij itu buat kali kedua berturut-turut menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Changi bukan sekadar sebuah lapangan terbang biasa.

- BERNAMA

23 comments:

  1. sebenarnya geng2 KERAjaan cuba menyembunyikan FAKTA YG SEBENAR..

    BAGILAH TAJUK YANG SEBENAR IAITU "KLIA diiktiraf sbg Lapangan Kedua Terbaik Dunia Yang Bersaiz 40-50 Juta Penumpang" bukannya Lapangan Terbang Kedua Terbaik Dunia !!!

    Setahu Admin kali terakhir KLIA dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik adalah PADA TAHUN 2001..

    Agak2 ler nak KELENTONG RAKYAT. Rakyat bukannya BUTA IT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tak buta IT tapi mereka yg kata KLIA no 2 tu yg buta hati.

      Delete
    2. WORLD'S BEST AIRPORTS SERVING 40-50 MILLION PASSENGERS

      1 Incheon International Airport ICN Seoul South Korea
      2 Kuala Lumpur Int'l Airport KUL Kuala Lumpur Malaysia
      3 San Francisco Int'l Airport SFO San Francisco USA
      4 Shanghai Pudong Int'l Airport PVG Shanghai China
      5 Charlotte/Douglas Int'l Airport CLT Charlotte USA
      6 Las Vegas McCarran Int'l Airport LAS Las Vegas USA
      7 Phoenix Sky Harbor Int'l Airport PHX Phoenix USA
      8 Miami International Airport MIA Miami USA


      © 2014 Copyright. Any use of results and data must show clear accreditation to SKYTRAX

      Delete
  2. Dalam mh370 itu dilapurkan ada 4 tan buah manggis utk dihantar ke china. Yang pelik skrg ini bukan musim manggis. Jadi apa sebenar barang yg dihantar. sesiapa penghantarnya. KENAPA pihak MAS longgar sangat dalam keselamatan.

    Dulu tuya Mongolia mati oleh C4 di Puncak Alam. Tapi rekod kemasukan di imegresin tiada. Sekarang nyawa 239 orang. Mungkin China & US tahu cerita tentang manggis. Malaysia ditadbir oleh org yg paling cerdek didunia.


    Kenapa tentera marin berada di Kota Baru pada hari itu. Kenapa nelayan & petani nampak percekan api dari pada kapal terbang yang terbang tidak tinggi di kota baru pada awal subuh hari itu. Kenapa radar thailand telah mengesan pesawat asing. Jika betul itu mh370, mustahil ia boleh sampai ke lautan hindi. Mungkin ia mendarat diantara hutan kelantan ke hutan thailand. Sesiapa rampas, mungkin dikawal oleh kawalan jauh. Mungkin kawalan jauh telah dicipta oleh boeng selepas terjadi nya peristiwa 9/11. waallahualam.
    From April 01, 2014 dari http://www.themalaysianinsider.com\
    Personal insurers, it was reported, had already started making payments to the victims of MH370 following the declaration by Malaysian authorities that the plane, with 239 people on board, had crashed in the southern Indian Ocean with no possibility of survivors.
    "We have taken the necessary steps to make initial contact with the families of our policyholders aboard the plane," said AIA Bhd, one of the insurers.
    Insurers for the Chinese passengers on board the plane had also started making payments to the families.
    ” SOALAN NYA KENAPA PIHAK INSURANCE BAYAR DENGAN CEPAT ” jika dibandingkan dengan kemalangan air france. KENAPA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata berakhir di lautan Hindi tu tak confirm terhempas. Knapa sibuk insuran nak bayar?? Knapa insuran baik hati sangat? Biasanya bukan main liat nah bg lulus........

      Delete
    2. Ada orang rampas MH370 tu kerana nak ambik buah manggis tu....almaklumlah apabila buah diluar musim harganya boleh dijual mahal beb....Mas nak bagi tahu nilai nyawa penumpang mh370 tu sama harga buah manggis je sebenarnya tu....

      Delete
    3. pihak imigresen akan lepaskan kalau menepati syarat2 pelepasan.....ader kesahihan mereka menerbangkan manggis ker.....dan kenapa asik nk kondem negara sendiri.....sbb kerajaan???.. sekiranya mereka masih berada dalam kawalan radar malaysia ia masih boleh dikesan.....sedangkan menara klia mampu mengesan semua kapal terbang yg keluar masuk ke malaysiamelepasi radar vietnam......radar tudm???... jgn luper saper yg bawak kapal terbang tu....kapten zahari adalah sepupu anwar.....x kn nk bersepakat ngn kerajaan kot.....

      Delete
  3. Wartawan kenalah pergi maldives tanya kat org2 yg nampak mh370 tu turun isi minyak. Tanya depa tu betul nampak atau cuma kelentong. Dari situ sudah boleh dpt jawapan. Susah sangat ke nak gi Maldives tanya......

    ReplyDelete
  4. ROSMAH MANSUR JKK5 April 2014 at 18:45

    Kak mah telah berbincang tok bomoh vip sedunia dan kata tok bomoh kapal terbang tu telah disorok oleh hantu kopek. Abg najib telah berusaha berunding hantu kopek supaya melepas kapal terbang tu. Harap maklum

    ReplyDelete
  5. Lapangan terbang terbaik nombor satu dibunia ke..tapi kalian semua kena ingat.

    Tindakan sbhgian penyokong PKR memburuk burukkan Sdr Azmin sempena pemilihan keadlian akan datang boleh merencatkan kuasa politik dlm pkr. Ingat ! Dimana mana rakyat berjuang dijalanan sdr azmin sentiasa ada memberikan semangat dan sokongan. Pemimpin sebegini yg harus dipacu memimpin parti dan seterusnya diberi peluang memimpin negeri!

    Dimana khalid semasa kita turun dijalanan? Tindakan menjatuhkan Azmin dari tampuk kuasa Timabalan Presiden satu tindakan melupakan jasa beliau yg mana dilihat sbhgian penyokong khalid hanya mahukan azmin bergerak sbg ahli parlimen shj.

    Apa yg tinggal jika azmin hanya sbg MP shj? sedangkan khalid MB dan akan jadi Timbalan Presiden? jgn jadi kacang lupakan kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu batuapi ko tak cukup hebat. Kena banyak belaja lagi...! Kih kih kih.

      Delete
  6. kah kah kah kah LAWAK !!!! , jangan kau tambah lagi LON khabar MEMALUKAN cam ni . KAH KAH KAH KAH.....MIMPI

    ReplyDelete
  7. Then xpyh nak kait politik lerrrr.. aq tau pesawat tu xterhempas... heheeheh.. ade pihak sorok sbb nk kt pm kiteee..thats why pm kite terburu buru buat smyg jenazah ghaib kann .. heheh actually dy tau perkare sebenar xnk pecah tembelang nnti dy xleh jd pm if ade rekod dunia ckp dy buat perkare tersebutt..

    ReplyDelete
  8. Siakap senohong gelama ikan duri....kalu dia bohong dialh penari....kah...kah...kah.. ABU

    ReplyDelete
  9. Dari pemimpin hingga ke media depa dah terlatih untuk menipu....
    dah setengah kurun rakyat ditipu...

    ReplyDelete
  10. kalau benci kerajaan sekalipun....jgn la sampai nak rencatkan imej malaysia......walaupun klia berada pada kedudukan keduabairport yg paling banyak penumpang, nmun klia berada pada kedudukan keempat selepas incheon.......x pyh nak memesongkan data boleh x......x tau jgn hanya pandai copy blog org jer.....laen kali kaji.....

    ReplyDelete
  11. kalau kerajaan sengaja nk sorok kapal terbang tuh.....dorang x perlu libatkan 26 negara la....x payah nk abes duit beratis juta......tujuan aper nk sorok....sebb anwar....kalau mcm tuh, naper x der kpal terbang hilang mase anwar dipenjarakn pada 1998 dulu....ckp jer la x der modal nk kutuk kerajaan lg

    ReplyDelete
  12. Aku kalau orang kerajaan terutamanya menteri mencarut kuranglah marah tapi kala nak seleweng fakta yang satu dunia tahu itu sudah melampau. Mengapa tak cakap MALAYSIA PEMEGANG REKOD KEHILANGAN SEBUAH PESAWAT BESAR YANG TAK DAPAT DITEMUI OLEH SATU DUNIA. Ini rekod memang betul!! Soheh!!. Helo mamat MAHB!!! Lu ingat KLIA (atau juga yang kata Kambing Lembu Itik Ayam) boleh lawan airport Changi, Dubai, Seoul, Schiphol, Heathrow dan beberapa lagi di US dan negara lain. Tak taulah berapa mat saleh tu dapat komisyen!!!

    ReplyDelete
  13. dh banyak kali lawan pon.....cume org yg hanya cari kesalahan kerajaan jer yg x pernah nmpak.....ingat....mereka bukan hanya melihat jumlah penumpang tetapi melihat kepada kepuasan 39 penumpang mrentasi penunjuk prestasi utama,melihat juga kepada daftar masuk,ketibaan,perkhidmatan lapangan dan produk,membeli belah,imigresen dan kelepasan....lgipun dorang bukannya x ckp....ke swngaja nk sembunyi kan kebenaran yg ader

    ReplyDelete
  14. pihak pembangkangemang suka belitkan cerita.....ingat klia diiktiraf B E R D A S A R K A N pencalonan 12.85 juta melibatkan 110 kewaganegaraa 410 lapangan terbang seluruh dunia.....ingat berdasarkan.....bukannya diiktiraf KERANA pencalonan 12.85 juata penumpang.......siapa yg menipu siapa sekarang nie......pembangkang memang lemah dlm mencari kesalahan.....tasanya blog nie x pernah menang dalam melawn komen penyokong kerajaan betul x....sbb dh banyak kali tengok hasil blog nie.....huhu...kesian

    ReplyDelete
  15. pihak pembangkang memang suka belitkan cerita...ingat.....klia diiktiraf BERDASARKAN pencalonan 12.85 jumlah penumpang melibatkan 110 kewarganegaraan dan 410 lapangan terbang seluruh dunia....bukannya....diiktiraf KERANA pencalonan 12.85 juta penumpang!!!!....faham ker atau buat2 x faham sebenarnya...siapa tipu siapa sekarang nie....nk cari kesalahan kerajaan pon kene belitkan cerita sampai cam nie ker......memang penyokong pembangkang x bley lawan penyokong kerajaan betul x....

    ReplyDelete
  16. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...