Thursday 17 April 2014

BEBERAPA GAMBAR KERETA MPV JENIS TOYOTA ALPHARD YANG DINAIKI YB KARPAL SINGH REMUK DALAM KEMALANGAN NGERI BERHAMPIRAN GUA TEMPURUNG, PERAK AWAL PAGI.





Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau menerima ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 dengan menyertai DAP.

Beliau menang pilihan raya kali pertama pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu memenangi kerusi Parlimen Jelutong buat pertama kali pada 1978. Sejak menang pada 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Karpal yang aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009.

Beliau lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan.

Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui telefon jam 630 petang semalam. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik dan peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."

Karpal meninggalkan seorang balu dan lima anak serta empat cucu.

36 comments:

  1. He is a good malaysian. For at least bringing point for us to ponder.

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat telah kehilangan seorang pejuang politik yang berwibawa, hebat dan berani berhujah dengan penguasa yang zalim demi menegakkan keadilan.

    Salam takziah kepada keluarga Yb. Karpal Sing.

    ReplyDelete
  3. SAPE LAGI BERANI NAK TENTANG HUKUM HUDUD??

    DULU CAKAP SAPE NAK BUAT HUDUD OVER MY DEAD BODY.

    TERUS TUHAN BALAS BAGI DIA LUMPUH.

    BADAN YG LUMPUH TU SAMA LA MACAM DEAD BODY.

    BEBERAPA HARI LEPAS DIA HASUT AHLI PARLIMEN TOLAK HUDUD.

    ALLAH BAGI CASH PADA KARPAL SINGH.

    TERUS MAUT MASUK NERAKA.

    TAK LAMA LAGI NASIB TONY PUA & SURENDREN MAUT JUGA KOT.

    SI KAPIR JAHIL MURAKAB PADAN MUKA KAU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupe org2 islam yg terang2 menentang jugak , fikir2 kan , selamat beramal

      Delete
    2. bangang punyer komen......dia kapir.....padan pun..kau ada usaha utk berdakwah kat dia....kalu akhirat nanti dia bg alasan yg kau tak pernah berdakwah kat dia....aper kau nak jawab???? ...kau tu sokong parti yg tolak hudud dulu...dan sekarang berlakun terima hudud......tgklah kat terengganu.......munafik betul......

      Delete
    3. karpal dah mampos yahoooooooooooooo!!!!!

      Delete
    4. Semuga Najib dan pemimpin pemimpin UMNO pun jd lumpuh dan di bagi cash . Lg bagus kalau kena lagi teruk dr Karpal

      Org Islam tolak hudud tak kena cash Org bukan Islam tolak hudud kena cash Bagus betul Islam kau

      Delete
    5. Matilah para pemimpin BN ini kali! Tuan anon 08:51 sudah bersabda! Yang paling siksa Bung Mokhtar lah! Ini orang kuat tolak hudud juga!

      Delete
    6. mcm katak kojol dgn lidah terjelir mata tejojol kluar padah derhaka pd DYMM sultan sultan...kaper lakhanat yg menentang islam....hudud....melayu....dan sampai mati pun tak sempat nak jadikan bangsa asing sebagai PM....die like hell go to hell

      Delete
    7. Nanti ada lak yang kata Kematian karpal tu konspirasi UMNO dan BN....

      Delete
  4. Stupid n insensitive comment

    ReplyDelete
  5. Memang la dia tolak hudud sbb dia bukan Islam. Yang Islam tu tolak hudud apa cerita...bangang sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ... Dia tolak sebab dia bukan Islam. Tapi bagi yang Islam, tapi tolak hudud macam mana?

      Delete
    2. Knp tgna tak nak dakwah dia masok islam & beri pencerahan tntg kebaikan undang2 hudup

      Delete
  6. Respek pd YB Karpal Perjuangan dia pun sgt perit dan bukan calang calang org boleh menghadapinya Ops Lalang beberapa org di bebas termasuk Karpal Dia ditemukan dgn keluarga di tol (tak silap Rawang) Anak mendiang YB masih kecil Kereta yg bawa Mendiang YB berhenti jauh dr Isteri dan anak anak Tp sebaik mrk hamper bertemu Polis menarik mendiang YB dan dibawa balik ke penjara . Tak tahu lah kalau Utusan masa tu pun menipu atau mungkin sesiapa yg ingat boleh betul kan kisah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...pembohong ops lalang bukan kapal sink yang jadi hero....yang jelas langkah mayat dulu kalau nak Negara isle....dewanrakyat bersidang tak lamalagi tunggu siapa yang tolak hudud....azan subuh pun ahli seumur hidup PAS yang buat lapuran polis....adi awing pun cakap mana ada Negara isle Negara kebajikkan ada le....memali buta buta mat Libya mati katak....dana memali PAS rembat bagi geng stopa ali balun janda....

      Delete
  7. Silent for 1 minute

    ReplyDelete
  8. pesanan terakhir mendiang "ANWAR PERLU BERTAUBAT"

    ReplyDelete
  9. Seorang pejuang hudud sejati. Harap anwar honor kata kata beliau dan sila bertaubat.

    ReplyDelete
  10. ....bangang siapa yang tolak hudud ....dewan rakyat akan mersidang tak lama lagi tunggu siapa yang sebenarnya tolak hudud....anwar Ibrahim dan PKR ...atau DAP .....

    ReplyDelete
  11. Org islam yang tolak hudud neraka jahanam adalah tempatnya.neraka yg paling bawah.bukan kite yg kata tp Al-Quran yg kate.

    ReplyDelete
  12. Bangang betul korang ni, sesama korang ni betekak pun dh tk betul,, melayu betekak begaduh kapir laknat tepuk tangan,, yg bodoh sapa? Melayu jugak,,yg bangang sapa? Melayu jugak,,

    ReplyDelete
  13. KEPADA AHLI PKR DAN PAS HARAP SEDEKAHKAN ALFATIHAH UTK KAPAL SINGH. HAKSAMARATA DALAM BERAGAMA.

    SILA LANGKAH MAYAT DIA RAMAI RAMAI. PAS BOLEH TARIK NAFAS LEGA JALANKAN HUDUD.

    TINGGAL SATU LAGI HALANGAN JE.ANUWAR IBRAHIM.

    KAHKAHKAHKAHAKHAKHAKHAKHAKHAKHAKAKKH

    ReplyDelete
  14. bangang..betul...betul ker nuar ckp mcm tu.....korang nie mmg kaki putar belit....mcm nuar kater 1 saat tu....lain yg di cakap lain pulak korang heboh kan....mmg dasar syaitan dikenali......tertipu dgn lakunan UMNO/BN.....

    ReplyDelete
  15. To merely say Thank you Yb Karpal is not enough.

    What this man deserves is more then what we can offer from his great service to justice.

    He has fought for us all his life, what have we to offer ?
    He'd be watching over us and what shall happen next to his beloved countrymen and children.

    When he said "if one Karpal is put down, 100 Karpals will rise "
    Thats his dream.
    Despite the lukewarm presence of DAP supporters together with him during his tenure
    he had strived for DAP until what it is today.
    The legacy must go on, but this time let us come out in thousands and thousands to show our solidarity.

    The fight for Sabah ,Sarawak and justice for the people is ongoing, There is a saying " Ou Lui chut Lui, Ou Lat Chut Lat "

    Make Impian Sabah Sarawak come true, make the Malaysian dream come true !

    "We must carry on..... " YB Karpal Singh

    At least whilst his compatriot YB LimKS at his speech can at the glory of true independence Malaysia- Can dedicate it to his 'brother in arms'.

    ReplyDelete
  16. Mahader yg kuat sangat tolak hudud tak mati mati walaupun dah 3-4 kali masuk IJN. Itu pun tak insaf lagi siap sokong Kassim Ahmad anti hadis.Bersedialah puak2 yg anti hudud terima bala Allah kalau tak mati eksiden koma terus sampai mati.

    ReplyDelete
  17. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Sehebat manapun kita, kepada Allah juga kita akan kembali. Yang pastinya mati hanya sekali, yang beruntungnya mati didalam Islam ketika jiwa penuh dengan keimanan dan ketaqwaan pada Allah.

    ReplyDelete
  18. Mampos suda..

    ReplyDelete
  19. Islam itu Syumul...Islam itu Indah...Islam itu Adil...tp org2 Islam itu sndr yg memburukkannya di pndgan umat bkn Islam..bahasalah mencerminkan siapa kita..

    ReplyDelete
  20. janganlah kita mengutuk orang yang dah mati...tunjuklah akhlak mulia orang islam...

    ReplyDelete
  21. Skrg ni dah ada Askar Biru.......kalau setakat kutuk PR ke atau pembangkang tp tak dpt duit buat buang masa atau boleh kita kata tak ceghodek. Pastikan jadi Askar Biru dulu baru dpt duit. Bukan susah sgt taip je ape engkorang nak kata. tentang hal Mendiang Karpal tu, ramai ygkata pembalasan dari Allah sbb menentang pelaksanaan hukum hudud. Ini peluang kpd yg menentang hudud sejak sekian lama untuk bertaubat dan menyokong hudud yg kuat kembali diperkatakan sebelum Allah turunkan pembalsan kat dunia ni lagi. Yg dok kata "penama" tu.....ini peluang keemasan untuk bertaubat.

    ReplyDelete
  22. Unit amal PAS kata kapal sink tu syuhada. Korang sedekah Al Fatihah pulak tu. Aku tunggu je bila pulak korang nak buat tahlil untuk si kapal tu...kah kah kah...

    ReplyDelete
  23. Kehilangan seorang pemimpin yag lantang bersuara...salam takziah...

    ReplyDelete
  24. Murid kencing berdiri,
    Guru kencing berlari,
    Hebat di dunia tak bererti,
    Kalu mati di punggung lori.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...