KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 31 March 2015

KOLEKSI GAMBAR BANJIR KILAT MELANDA SUBANG JAYA.



Hujan yang turun dengan lebatnya untuk beberapa jam mengakibat sebahagian Subang Jaya dilanda banjir kilat yang teruk.

Kawasan yang teruk terjejas ialah USJ 1 hingga USJ 14 ...

WAKIL ANAK KERAMAT KECEWA AZMIN ALI ENGGAN BERTEMU MEREKA DI BANGUNAN SUK UNTUK BINCANG PROJEK DATUM JELATEK



Wakil Anak Keramat melahirkan rasa kecewa tidak terhingganya apabila Dato' Menteri Besar Selangor dengan Slogan Pembangunan Berkualiti Rakyat Di Peduli enggan bertemu dan bersemuka empat mata dengan para wakil Anak Keramat untuk berbincang dan mendapatkan maklumat serta kepastian tentang perkembangan Projek Datum Jelatek yang penuh kontroversi itu.

Projek Datum Jelatek bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan 4 blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

Pembangunan itu dilaporkan akan diteruskan pada hujung November lalu selepas ditangguhkan sementara berikutan bantahan penduduk yang mahu ia dibatalkan kerana tidak mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 1972).

Mereka mendakwa projek itu bertujuan menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi kawasan Cina kerana ia hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China.

Sebelum ini Azmin Ali dengan nada keras dan tegas akan meneruskan juga Projek Datum Jelatek walaupun menerima bantahan..... suatu nada ucapan pada pandangan wakil penduduk keramat sebagai angkuh, sombong dan bongkak.

Pada pagi ini pada awalnya mau diadakan demo berarak secara besar-besaran menuju ke bangunan SUK Selangor namun dibantah dan tidak dipersetujui oleh salah seorang wakil penduduk Datuk HuseinAhmad yang juga merupakan anggota KeADILan Cabang Shah Alam, mengakibatkan dua buah bas yang sedang menuju ke bangunan SUK diarah berpatah balik atas nasihat Datuk Hussein Ahmad.

Datuk Hussein Ahmad telah menasihati Sdr AriffinAbu Bakar, Wakil Anak Keramat supaya berbincang secara baik, berdiplomasi dan bertamadun, walaupun Azmin Ali enggan berjumpa dan berbincang dengan mereka .... ini ekoran berlaku sedikit ketegangan antara Sdr Ariffin Bakar dengan wakil Azmin Ali, Datuk Yazid Bidin, kerana Ariffin Bakar bertegas dan berkeras maukan Azmin Ali sendiri turun untuk bersua muka dengan mereka, kerana sebagai wakil, beliau tidak mempunyai kuasa pemutus, hanya bertindak sebagai pendengar dan penyampai dan bukannya sebagai ahli pemutus yang berkuasa untuk membuat apa jua keputusan muktamad.

Walaupun pertemuan dan perbincangan dijalankan dengan suasana aman dan tenteram, namun menemui jalan buntu kerana tiada kata putus dicapai .. Wakil MB Selangor sekadar berjanji untuk menyampaikan apa yang diluahkan oleh wakil penduduk keramat kepada Azmin Ali ...... tidak lebih dari itu.

Isu ini bukan isu rasis tetapi lebih kepada isu kemanusiaan dan keadilan yang secara kebetulan para mangsanya ialah warga Melayu/Islam.

Mohon amat pejabat Menteri Besar Selangor memberikan pertimbangan yang adil dan wajar agar penduduk asal tapak Projek Datum Jelatek tidak dianak tirikan dan dipinggirkan.

Tidak menentang pembangunan tetapi biarlah penduduk tempatan dapat menikimati dan merasai bersama pembangunan yang mau di tegakkan.

Pastikan Slogan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI betul-betul bukan sahaja dilaksanakan tetapi yang lebih penting dan utama mesti di lihat ianya dilaksanakan.

SEKUMPULAN GADIS MELAYU MENGAMUK MEMAKI HAMUN SEORANG PEMANDU TEKSI KEMUDIANNYA DITUMBUK OLEH BAPA SALAH SEORANG GADIS BERKENAAN



Laman sosial hari ini menjadi ribut dan kecoh apabila sekumpulan gadis Melayu mengamuk di sebuah stesen minyak di Shah Alam gara-gara kereta Myvi milik salah seorang daripada mereka telah dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang pemandu teksi.

Selepas kejadian itu berlaku pertengkaran dan serangan mulut dari gadis-gadis Melayu berkenaan.

Mungkin kerana cara percakapan gadis-gadis tersebut agak kasar dan biadap, pemandu teksi tersebut mungkin menjadi geram sehingga menggunakan sedikit  kekerasan terhadap salah seorang gadis tersebut setelah telefon bimbitnya ditamparnya.

Selepas kejadian, mereka telah ke balai polis untuk menyelesaikan kes ini, bapa gadis tersebut telah sampai dan sebaik mengetahui anaknya dipukul, bapa gadis tersebut telah bertindak melulu tanpa usul periksa dengan mengambil undang-undang dan tindakan sendiri terus memukul pemandu teksi berkenaan.

Kerana tumbukan itu, pemandu teksi berkenaan mengalami pendarahan di muka.

Kini telah menjadi kes polis ... hanya disebabkan sedikit pergeselan tanpa mampu mengawal emosi, bersikap dan berlagak sombong dengan mulut celupar serta mau ambil tindakan dan undang-undang ditangan sendiri, perkara kecil sudah menjadi ribut satu alam maya.

SEKUMPULAN GADIS MELAYU BERSIFAT KURANG AJAR SERANG SEORANG PAK HAJI HANYA KERANA PERGESELAN KERETA

SENARAI PENUH HARGA ROTI GARDENIA APABILA GST MULA BERKUATKUASA.


Kalau rasa mahal jangan beli dan uli dan buat sendiri .. tiada paksaan pun kan .. kalau masih merungut dan tidak berpuas hati disarankan pindah sahaja kenegara lain atau pun duduk dalam hutan seperti mana pernah terdengar sebelum ini kan???

BERITA GEMBIRA KEPADA PARA PENGGUNA KAD TOUCH N GO DAN PENYOKONG TEGAR GST.


Apa tujuan dan niat tersirat pihak Touch n Go mengeluarkan kenyataan seperti ini??????

Bermula 01/04/2015 tempoh warati kad akan disemak semula kepada tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian.

Dimaklumkan bahawa semua kad Touch n Go yang dibeli sebelum 01/04/2015, tempoh waranti kad akan tamat pada 30/04/2015 atau 1 tahun dari tarikh pembelian, mana-mana yang awal.

Segala kesulitan amat di kesali. Untuk informasi lebih lanjut, layari www.touchngo.com.my atau melalui SMS TNG<pertanyaan anda>, hantar ke 36266.

Terima kasih.

RUPA-RUPANYA BERITA PALING GEMBIRA DALAM SEJARAH NEGARA TIDAK BERTAHAN LAMA ..... KENYATAAN HASAN MALEK ITU ADALAH PALSU.

Satu kebiadapan dan sikap yang tidak bertanggungjawab.

Betullah seperti Omak Kau katakan sebelum ini  ... kenyataan Hasan Malek sebelum ini adalah bohong, palsu dan fitnah jer yang dilakukan oleh individu yang nakal.

Aduh!!!!! Baru rakyat nak meraikan suatu perkhabaran yang paling gembira dalam sejarah negara betapa Hasan Malek akan letak jawatan serta merta sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan jika harga RON97 dan RON95 naik dalam masa terdekat akhirnya dilebur dan dikuburkan dengan kenyataan balas betapa kenyataan itu adalah palsu dan fitnah.

Tetapi kena terima kebenaran dan kenyataan bahawa Hasan Malek adalah antara menteri yang paling tidak popular sama ada dikalangan penyokong atau penentang kerajaan .... itu jelas.

Sebarang cerita yang berkaitan dengan kenaikkan harga bahan api pasti panas dan buat rakyat rasa gelisah dan marah.

Sebab itu ada individu bersifat nakal buatkan kenyataaan tipu dan palsu dengan harapan,  benar sungguh Hasan Malek letak jawatan kerana dilihat gagal dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab sebagai menteri.

Memberi erti mungkin ada jua kebenaran akan tiupan khabar angin yang semakin kencang betapa harga RON97 dan RON95 akan naik lepas tengah malam ini ... kalau tidak masakan bersungguh-sungguh dan laju Hasan Malek nafikan.

Mohon kepada kerajaan jika sayangkan rakyatnya terutamanya kepada para penyokongnya yang tegar lagi totok agar bertindak bijak tidak menaikkan kedua harga bahan bakar ini kerana jika dinaikkan juga akan pasti jiwa mereka rasa terbakar pada PRU 14 nanti akan diterjemahkan dalam bentuk undi untuk tendang keluar UMNO/BN dari Putrajaya.


Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek menafikan penyebaran gambar paparan skrin yang menunjukkan ‘jaminan’ beliau bahawa tiada kenaikan harga minyak akan berlaku bulan April.

Beliau menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini dengan menyifatkan penyebaran itu suatu kebiadaban “dan sikap yang tidak bertanggungjawab.”

Pihak yang menyebarkan paparan skrin menggunakan nama beliau turut menyebut bahawa menteri itu rela hati akan meletakkan jawatan jika harga minyak naik, lapor Sinar Harian.

Hari ini, kerajaan akan mengumumkan harga minyak baru bagi April 2015 yang bakal terpakai untuk tempoh sebulan.

CERAMAH SOLIDARITI UNTUK ANWAR IBRAHIM BERSAMA ZURAIDA KAMARUDDIN HAMBAR DAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN


Sedih dan terkejut apabila Omak Kau menerima kiriman gambar mengenai program solidariti untuk DSAI di Kota Damansara dengan pemidato utamanya ialah Pemimpin Ulung lagi Agung Wanita KeADILan tidak lain tidak bukan Ahli Parlimen Ampang yang terkenal dengan seruan dan teriakkan keramat Klip Klap, YB Zuraida Kamaruddin .. hambar, tidak mendapat sambutan, sunyi sepi, lesu dan tidak bermaya.

Selain Zuraida Kamaruddin penceramah -penceramah lain termasuk Ahli Parlimen Subang  merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, YB Sivarasa A/L K.Rasiah, Ahli Parlimen Kapar yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, YB Manivannan Gowin dan Ketua Koordinator Jingga 13 merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KeADILan Sdr Fariz Musa.

Apakah sambutan rakyat terhadap nasib yang menimpa keatas DSAI sudah tidak mendapat kepedulian rakyat??? Sudah hilang dan lesap rasa simpati kepada DSAI yang kini merengkuk lima tahun dalam penjara Sungai Buloh????

Sebenarnya rakyat terutamanya pada pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat masih mengambil kisah dan berat akan nasib yang sedang dilalui DSAI tetapi sudah bosan dan muak serta jelak dengan beberapa pemimpin yang kini sedang mengemudi PKR , salah seorangnya ialah Zuraida Kamaruddin.

Rungutan demi rungutan diiterima mengenai cara Zuraida Kamaruddin bila berdepan dan bertemu dengan anggota-anggota KeADILan diakar umbi terutamanya dari sayap wanita .. jenis kaku, tidak mesra, kedekut senyuman, sombong dan angkuh .. hanya melayani sekelompok kecil yang sering mengelilinggi dirinya sahaja .. anggap dan layan yang tidak memberikan sokongan dan undi kepadanya semasa Pemilihan KeADILan 2014 sebagai musuh dan seteru politik yang perlu dicantas dan dinyahkan.

Ini amat bertentangan dengan gaya politik amalan DSAI yang anggap setiap pertandingan dalam parti sebagai pertandingan keluarga .. selesai pertandingan dan pemilihan kena bertaut semula kerana yang menang tidak menang semua dan kalah tidak dianggap musuh yang perlu dinyahkan kerana kekalahan pun bukannya lebar majoriti diperolehi malahan 50.5% lawan 49.5% ... teramat nipis sekali .. BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT.

Suasana diatas adalah bukti betapa Zuraida Kamaruddin bukanlah pemimpin yang popular peringkat akar umbi dari erti kata yang sebenar... Perkara ini sudah lama, tetapi terpaksa Omak Kau pendamkan demi menjaga keharmonian dalam saf kepimpinan Wanita KeADILan di peringkat Pusat dan Cabang ... tetapi rasa berdosa dan bersalah besar jika kebenaran tidak didedah dan dihebahkan, kerana ini sudah menjadi barah yang parah jika tidak ditangani secara berhemah, mampu membuat kedudukkan PKR goyah.

Mohon sangat-sangat YB Zuraida Kamaruddin ubah perangai dan cara berpolitik .. perlu bersifat berjiwa besar dan merendah diri .. kikis sikap berdendam kesumat ... sebab itu Omak Kau masih berpendirian dan berpendapat, setakai ini pemimpin wanita yang terbaik pernah mengemudi dan mengetuai sebagai Ketua Wanita KeADILan Pusat ialah Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh.

Kepada YB Zuraida Kamaruddin ... ini peringatan dan nasihat Omak Kau ... UBAH KALAU MAU UBAH PUTRAJAYA.

BAYI KEMBAR 8 BULAN MENINGGAL DUNIA DALAM PERUT SI IBU YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN LANGGAR LARI.




Bayi kembar 8 bulan meninggal dalam perut si ibu dalam kemalangan langgar lari di Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Aminah untuk pembedahan. Mangsa dikatakan berasal dari Kedah.

Suspek seorang lelaki telah ditangkap orang awam ketika cuba melarikan diri.

BERITA PALING GEMBIRA DALAM SEJARAH NEGARA JIKA BENAR... HASAN MALEK BERJANJI JIKA BERLAKU KENAIKKAN HARGA RON97,RON95 DAN DIESEL DALAM MASA TERDEKAT DIA AKAN LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI KPDNKK.


Wow!!!!!! suatu berita paling gembira dalam abad ini .. seorang menteri yang siang malam pagi petang dikecam kerana mutu kerjanya akhirnya mengeluarkan janji ikrar keramat akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta merta tanpa prejudis dan kepentingan rakyat sekiranya berlaku kenaikkan harga bahan bakar dalam masa terdekat ini.

Ini berikutan dengan berita tersebar bahawa mulai tengah malam ini akan berlaku kenaikkan harga RON97, RON95. RON97 dikatakan akan naik ke RM2.32 seliter dari RM2.25 dan RON95 naik ke RMRM2.02 seliter dari RM1.95 kini.  Harga Diesel disebarkan akan turun dari RM1.95 seliter menjadi RM1.90.

Oleh itu jika benar akan ikrar janji menteri Hasan Malek ini maka disarankan agar simpan baik-baik screen shot "sumpah janji keramatnya ini".

Jangan pula nanti berperangai sebiji seketul macam Azmin Ali pula nanti .. sikit punya kencang dan lantang berjanji nak robohkan pagar penjara jika Anwar Ibrahim disumbat kedalam penjara dan akan pastikan DSAI tidak akan merengkuk dalam penjara walaupun sehari, akhirnya habuk pun tarak, walaupun dah masuk bulan kedua Anwar Ibrahim menjadi penghuni penjara Sungai Buloh.

Sebenarnya kalau benarlah demi kepentingan rakyat seperti kata Hasan Malek ini ... lebih baik, afdal, tepat lagi bijak beliau letak jawatan sekarang juga .. tidak perlu tunggu sama ada kisah harga bahan bakar akan naik atau tidak dalam masa terdekat ini.

Tetapi jauh disudut hati Omak Kau "kenyataan" Hasan Malek ini tidak benar .. palsu dan fitnah semata-mata.

Harap pihak yang berkenaan memberikan respon segera demi pencerahan dan kebenaran.

GST ... JANGAN KATAKAN RAKYAT BIASA ... RAFIDAH AZIZ PUN KELIRU.



Putrajaya perlu menghentikan pendekatannya sekarang dalam mendidik orang ramai mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya segera mengeluarkan senarai barangan yang dikecualikan cukai dalam setiap akhbar harian di negara ini, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok.

Katanya, kebergantungan Putrajaya terhadap penggunaan kartun, papan iklan dan istilah teknikal seperti "kadar sifar" untuk menerangkan GST selama setahun yang lalu  menjadikan orang ramai, termasuk dirinya, lebih keliru berhubung cukai baru itu.

"Saya secara peribadi berfikir pada masa ini kita perlu ada senarai penuh kategori yang dikecualikan GST, supaya orang ramai tahu barangan mana yang tidak dikenakan cukai.

"Ia patut dihebahkan di semua akhbar, dalam semua bahasa dan tidak perlu menggunakan bahasa teknikal," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Masalah kita selama ini ialah, penjelasannya yang kabur, kerajaan menggunakan sumber atau pendekatan berbeza dan kebanyakannya  terlalu teknikal.

"Sebagai contoh, siapa yang faham maksud 'kadar sifar'? Kenapa mereka tak guna istilah 'tak kena GST' atau 'no GST'. Ia lebih ringkas dan mudah untuk diingati."

Rafidah berkata, penting juga bagi Putrajaya menjelaskan dahulu barangan yang tidak dikenakan cukai supaya pengguna tidak terburu-buru membeli awal-awal barangan yang tidak perlu kerana risau akan GST.

Katanya, dengan adanya sisipan akhbar menerangkan senarai itu, ia membantu pengguna mengenal pasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak sepatutnya terlibat dengan GST.

"Katakan pada 1 April, saya baca surat khabar kata, sabun tidak dikenakan cukai. Kemudian saya ke pasar raya lihat mereka masih mengenakan caj 6% untuk sabun. Nasib baik ada sisipan akhbar itu, saya tahu mereka menipu, dan saya boleh buat laporan.

"Lupakan kod yang pelbagai, istilah teknikal dan sebagainya. Semua itu tak relevan," katanya.

Rafidah berkata Putrajaya boleh membiayai sisipan akhbar itu kerana kos yang terlibat akan jauh lebih rendah berbanding memasang papan iklan besar seluruh negara mendidik rakyat tentang GST.

"Suatu ketika dulu, ada papan iklan dekat rumah saya mengatakan pendidikan dikecualikan GST. Malah ada lukisan kartun. Saya fikir, apakah maksudnya itu? Adakah yuran universiti atau tuisyen dikecualikan GST? Bagaimana dengan buku, komputer atau alatan sekolah?

"Daripada berbelanja untuk semua papan iklan ini, lebih baik mereka menyediakan senarai penuh barangan yang tidak dikenakan cukai," katanya.

Bekas ketua wanita Umno itu berkata pendekatan berbeza harus digunakan kepada peniaga supaya mereka dapat menghitung bagaimana GST memberi kesan kepada mereka, dan menggesa Putrajaya mengadakan pertemuan dengan persatuan peniaga.

"Sekarang nampak macam tiada usaha yang diselaraskan. Itu saja masalahnya. Saya tidak mempersoalkan cukai itu, ia langkah yang baik untuk merasionalisasikan cukai.

"Tetapi rakyat belum biasa dengannya, ada yang mengambil kesempatan darinya, dan ia menyebabkan kekeliruan dan aktiviti menyimpan barangan," katanya.

Salah satu usaha Putrajaya mendidik orang ramai mengenai GST baru-baru ini dilaporkan menerima kritikan hebat dari pengguna Internet selepas ia menjadi viral.

Satu video muzik, dikatakan dibuat Jabatan Kastam, memuji-muji kebaikan melaksanakan GST. Ia dikritik hebat pengguna media sosial yang menganggapnya "menyedihkan", "takda kualiti" dan "mengingatkan pada tahun 70-an".

Komen yang mengulas video yang disiarkan di YouTube itu, ada yang bernada tidak percaya dan ada yang secara terang-terangan naik marah.

Dalam pada itu, bagi memudahkan tempoh peralihan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam memantau harga barangan selepas GST bermula.

Terletak di Presint 2, Putrajaya, bilik gerakan itu juga akan menerima aduan dan laporan daripada orang ramai mengenai hal berkaitan GST.

SENARAI BARANG RUNCIT YANG KENA DAN TIDAK KENA GST YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (KDRM).





Monday, 30 March 2015

KANAK-KANAK PEREMPUAN JUMPA SEMULA ANJINGNYA YANG TELAH HILANG DALAM KEADAAN SIAP DIMASAK.




Bagai sebuah mimpi ngeri, seorang kanak-kanak menjumpai anjing peliharaannya yang hilang dalam keadaan siap dimasak.

Menurut People's Daily Online, kanak-kanak berkenaan telah memelihara anjing terbabit yang dinamakan Flower selama tiga tahun sebelum ia hilang.

Difahamkan, setelah beberapa hari mencari Flower, kanak-kanak tersebut menjumpai Flower di sebuah kedai menjual daging dan telah dimasak.

Kisah kanak-kanak terbabit diketahui umum selepas fotonya di samping anjing berkenaan tersebar di internet.

Menurut Dailymail.uk, daging anjing dianggap sebagai makanan di Vietnam.

BIL TNB ANDA DENGAN GST.


Enggan ulas lebih panjang lebar nanti ada yang bersuara jika rasa enggan bayar GST jangan gunakan elektrik.

HENTIKAN CUBAAN NAK HINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT BERFIKIR ... SALURAN APA LAGI YANG ADA SELEPAS PENGAMPUNAN DIRAJA DILUPUSKAN????????




PKR akan mencari saluran alternatif lain membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas petisyen keluarganya mendapatkan pengampunan diraja "dilupuskan", kata Mohamed Azmin Ali.‎

Timbalan presiden PKR itu berkata, pihaknya akan berbincang dengan keluarga dan peguam meneliti cara lain membebaskan Anwar, yang kini menjalani penjara lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat bekas pembantuanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya akan berbincang dengan pihak keluarga dan pihak peguam Anwar untuk melihat apakah saluran lain yang boleh dikemukakan," katanya kepada pemberita selepas sesi pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di lobi Dewan Annexe, Shah Alam, hari ini.

Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu dilaporkan "melupuskan" petisyen pengampunan diraja yang difailkan keluarga Anwar, dan keputusan itu akan didengar dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur, Rabu ini.

Rayuan difailkan anak kedua Anwar, Nurul Nuha ke Istana Negara pada 24 Februari lalu bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, pada masa sama bagi mengelakkan Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.


ULASAN OMAK KAU:-

Jujur dan ikhlas Omak Kau berkata .... kata-kata ini tidak lebih tidak kurang hanya sekadar beri penyedap telinga dan penyenjuk jiwa tanpa berpijak dibumi yang nyata .... kata-kata retorik politik mau dilihat sebagai pejuang dan peduli nasib yang menimpa DSAI dan sekeluarga, sedangkan hakikatnya, saluran Pengampunan Di Raja adalah ruang dan peluang terakhir, yang ada pada DSAI untuk dirinya dibebaskan dan kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, dan sekali gus masih lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen negara.

Tidak perlu rakyat kena memiliki dan mempunyai akal dan otak sebagai genius bacaan politik, untuk melihat, betapa kenyataan seperti ini, sebagai cubaan agar dirinya diangkat dan dilihat, sebagai pengikut yang setia sampai akhir haya,t sanggup tenggelam terapung bersama dengan DSAI sejak zaman Reformasi'98 lagi.

Merasakan diri sudah terhimpit dengan asakan rakyat yang berfikiran waras, yang masih ingat akan ikrar keramatnya, betapa akan rempuh pagar penjara, jika DSAI dihumban kedalam penjara serta tidak akan sesekali izinkan DSAI berada dalam penjara walaupun sehari .. ikrar ini jangan nak mimpi akan dilunas dan ditunaikan .. sebab apa????? Turun Demo #Kita Lawan pun tidak nampak bayang dan batang hidung.

Ketika rakyat sahut seruan untuk turun kejalanraya sebagai tanda solidariti terhadap DSAI, dilihat ambil jalan mudah lagi selamat dengan membisu dan berselindung dibelakang tabir termasuklah Setiausaha Politiknya sekali.

Cukuplah .. hentikan mau dijadikan setiap isu untuk batuan politik (political milage), walaupun kadangkala dilihat sebagai menghina dan memperlekeh kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai.

Rasanya Kak Wan dan keluarga dengan bantuan barisan para peguam yang terpelajar lagi berpengalaman, tau dan sedar apa sepatutnya mau dilakukan .. tidak perlulah nak berlakun tunjuk perihatin .. jadilah pemimpin seperti YB Rafizi Ramli Naib Presiden dan Setiausaha Agung KeADILan ... kurang bercakap tapi tindakannya laju dan kerap sehingga sanggup masuk lokap.

PKR akan mencari saluran alternatif lain membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas petisyen keluarganya mendapatkan pengampunan diraja "dilupuskan", kata Mohamed Azmin Ali.‎
Timbalan presiden PKR itu berkata, pihaknya akan berbincang dengan keluarga dan peguam meneliti cara lain membebaskan Anwar, yang kini menjalani penjara lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat bekas pembantuanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Saya akan berbincang dengan pihak keluarga dan pihak peguam Anwar untuk melihat apakah saluran lain yang boleh dikemukakan," katanya kepada pemberita selepas sesi pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di lobi Dewan Annexe, Shah Alam, hari ini.

Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu dilaporkan "melupuskan" petisyen pengampunan diraja yang difailkan keluarga Anwar, dan keputusan itu akan didengar dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur, Rabu ini. Rayuan difailkan anak kedua Anwar, Nurul Nuha ke Istana Negara pada 24 Februari lalu bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, pada masa sama bagi mengelakkan Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-cari-saluran-lain-selepas-rayuan-pengampunan-anwar-ditolak-kata-azmin#sthash.BfsEh3JF.dpuf
PKR akan mencari saluran alternatif lain membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas petisyen keluarganya mendapatkan pengampunan diraja "dilupuskan", kata Mohamed Azmin Ali.‎
Timbalan presiden PKR itu berkata, pihaknya akan berbincang dengan keluarga dan peguam meneliti cara lain membebaskan Anwar, yang kini menjalani penjara lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat bekas pembantuanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Saya akan berbincang dengan pihak keluarga dan pihak peguam Anwar untuk melihat apakah saluran lain yang boleh dikemukakan," katanya kepada pemberita selepas sesi pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di lobi Dewan Annexe, Shah Alam, hari ini.

Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu dilaporkan "melupuskan" petisyen pengampunan diraja yang difailkan keluarga Anwar, dan keputusan itu akan didengar dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur, Rabu ini. Rayuan difailkan anak kedua Anwar, Nurul Nuha ke Istana Negara pada 24 Februari lalu bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, pada masa sama bagi mengelakkan Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-cari-saluran-lain-selepas-rayuan-pengampunan-anwar-ditolak-kata-azmin#sthash.BfsEh3JF.dpuf

KOLEKSI GAMBAR TAYAR MONOREL TERBAKAR DISTESEN TITIWANGSA.




Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini.
  
Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.
  
Beliau berkata sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.
  
"Sekarang operasi memadam masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.
  
Beliau berkata 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Monorel terbakar

TANGKAP RAFIZI ADA HIKMAHNYA .... KINI DILIHAT PEMIMPIN YANG PALING LAYAK GANTI DSAI SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN.


Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pandan,YB Rafizi Ramli sebagai arkitek dan perancang Langkah Kajang yang perlu diakui langkah pencetus kepada berlakunya krisis Pakatan Rakyat yang hampir meruntuhkannya, sudah pasti begitu ramai pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat melihat langkah tersebut adalah gagal, tempang dan sambang dalam mencapai matlamat dan segala kesalahan dihempuk diatas bahu beliau.

Langkah yang menyebabkan perhubungan PAS dengan PKR dan DAP dingin dan suram . pemimpin yang sepatutnya dicalonkan bagi menganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merengkuk 5 tahun dalam penjara.

Dua ADUN PAS digantung keahliannya ... PAS kurang satu jawatan Exco .. DAP tidak cukup dengan jawatan Speaker bernafsu serakah dan pelah mau rebut jawatan Timbalan Speaker yang diperuntukkan kepada PAS sebagai tukar ganti dengan jawatan Exco yang diambil PKR.

Kemesraan dan semangat juang anggota PKR diperingkat akar umbi sudah tidak seperti dulu ... gelagat berkelompok-kelompok ikut kem dan kartel semakin menjadi-jadi dan bertambah buruk dan teruk.

Cantas mencantas, boikot memboikot sudah menjadi lazim dan lumrah .. setiap program yang dianjurkan parti jika mendapat sambutan suam-suam kuku dan hambar bukan lagi satu kehairanan.

Akhirnya calon bukan pilihan hati parti mendapat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor walaupun kesemua ADUN PKR/DAP termasuk dua ADUN PAS buat akuan bersumpah tanda sokong tidak berbelah bagi kepada KAK Wan sebagi calon pilihan ganti TSKI ... maka bersuaralah rakyat dibawah, betapa surat-surat akuan bersumpah itu tidak mempunyai nilai kesungguhan dan kesetiaan.

Sebut sahaja nama Rafizi maka terbayang dalam minda rakyat sebagai penyumbang utama kekecuhan dan kekalutan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini.

Sebab itu diawalan DSAI dihukum penjara 5 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, nama yang pertama berlegar dibir dan minda para pendokong dan penyokong KeADILan khasnya dan Pakatan Rakyat amnya ialah Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KeADILan, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali atas alasan beliau adalah pemimpin terkanan KeADILan berjawatan Timbalan Presiden dan memegang jawatan MB Selangor yang kemampuan dan kebolehannya setakat ini hanya melakukan terjahan ala-ala Jokowi seperti cuci kain batik, sembur racun perosak makluk tanaman dibendang, bersih dan gali longkang, tahan lori sampah, tinjau tempat pembiakan nyamuk aedes dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Nama Rafizi Ramli tidak langsung disebut kerana peranannya sebagai arkitek dan perancang Langkah Kajang serta kedudukkan beliau dalam parti yang lebih kiri dari Azmin Ali.

Persepsi itu kini sudah berubah selepas beliau ditangkap polis dibawah Akta Hasutan 1948 kerana hasut anggota KeADILan dan rakyat turun ramai-ramai membuat demo #Kita Lawan depan Sogo.

Ditahan reman selama 3 hari dan gambar-gambar beliau berpakaian lengkap lokap dengan tangan bergari sekejap depan dan sekejap belakang diusung kesana kemari, ada kalanya dengan berkaki ayam, telah mengamit dan mencuit minda rakyat amnya dan para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat khas betapa pemimpin yang dicari-cari untuk ganti DSAI sudah diketemui .. Bukannya Azmin Ali tetapi YB Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli kini dilihat sebagai wira rakyat yang sanggup menerima seksa .. rasa simpati terhadap beliau kini datang mencurah-curah .. umpama lilin membakar diri demi memberi cahaya perjuangan kepada rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin memuncak naik. Lupa sudah dirinya sebagai pemula kekecuhan yang berlaku keatas Pakatan Rakyat malahan sudah kedengaran betapa rakyat sudah mula memaafkan dirinya.

Azmin Ali pula akhirnya terserlah betapa sekadar beretorik omong-omong kosong dengan kata-kata semangat bertaraf keramat, akan rempuh penjara jika DSAI dipenjarakan ... tidak akan izinkan sama sekali walaupun sehari DSAI merengkuk dalam penjara ... AKHIRNYA???? .. REALITINYA????

Jangan katakan nak rempuh pagar penjara nak turun demo #Kita Lawan pun sudah tidak sanggup lagi lakukan setelah enak duduk kerusi empuk MB Selangor .. sudah tidak kedengaran suara lantang mohon anggota parti turun berikan sokongan .. kalau sebelum ini beliaulah paling nyaring berkokok jantan.

Dimana katanya setia akan tenggelam terapung bersama DSAI???? ...  DIMANA????

Rakyat menilai seseorang pemimpin bukan semasa dalam zon selesa dan selamat sebaliknya ketika diperlukan apabila pemimpin tertinggi parti ditimpa kepayahan dan kesusahan.

Kesungguhan dan kesanggupan Rafizi Ramli membela nasib DSAI sehingga sanggup dicekup polis mendapat kepujian kelas tertinggi dari yang bersimpati dengan perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Pada mereka pencarian selama ini pemimpin yang layak untuk ambil alih sebagai pemacu dan pengemudi utama Pakatan rakyat dan Parti KeADILan Rakyat sudah pun ditemui dan jumpa juga akhirnya.

Penangkapan beliau rupa-rupanya ada hikmah  .. belang sebenar pemimpin tertentu kini sudah jelas terserlah.

Sunday, 29 March 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK PENGGEMAR IKAN PATIN DAN TILAPIA ... MULAI 1 APRIL 2015 HARGA IKAN PATIN DAN TILAPIA NAIK RM2 SEKILO.




Mesyuarat Penaja Persatuan Penternak dan Peniaga Ikan Sangkar Temerloh (PPPIST) petang tadi sebulat suara meluluskan kenaikan harga runcit ikan Patin/Tilapia sangkar Sungai Pahang (100 peratus makanan rumusan/palet) daripada RM15 sekilo kepada RM17 sekilo mulai 1 April 2015.

GST 6% tetapi kenaikkan harga kedua ikan ini ialah sebanyak 13%.

Kenaikan RM2 sekilo ini diktakan yang pertama sejak tahun 2011 berbanding kenaikan harga makanan rumusan palet dan peralatan sangkar melebihi 3 kali pada kadar lebih 20 peratus dalam tempoh sama.

Selain itu, kenaikan harga ini juga disebabkan kemerosotan pengeluaran ikan daripada purata 800 kg sesangkar dalam tempuh7 bulan kepada hanya 450 kg sesangkar dalam tempuh yang sama. Ini disebabkan faktor cuaca dan pencemaran air Sungai Pahang akibat kegiatan penerokaan tanah, hutan dan perlombongan.

Kalau mengadu kepada Hasan Malek pasti dia jawab kalau rasa mahal jangan makan ikan patin dan tilapia .. kalau nak makan juga bela sendiri .. kalau masih merungut dan bising pindah sahaja dari negara ini.

BEBERAPA RAKAMAN GAMBAR RAFIZI RAMLI BERPAKAIAN LOKAP DENGAN TANGAN BERGARI DIBAWA KE IBU PEJABAT PKR DAN GELEDAH PEJABATNYA TERSEBAR LIGAT DI INTERNET.


Polis menyerbu Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan perhimpunan #KitaLawan

Pada kira-kira 6.30 petang, Rafizi diiringi beberapa pegawai polis keluar dari bangunan tersebut dan masuk ke kereta yang menunggu, sementara beberapa yang lain memuatkan komputer disita ke dalam van berasingan.

Ahli Parlimen Pandan itu kelihatan ceria, malah menyambut pemberita yang menunggu dengan berkata, "jangan kisah dengan rambut saya yang teruk."

Polis tiba di premis itu pada jam 4.30 petang, tetapi tidak memasuki bangunan itu sehingga kakitangan tiba untuk membuka pintu.

Polis mengambil tiga komputer dari ruang tengah dan salah satu daripada bilik pembedahan, satu pekeliling dan satu kenyataan media, kedua-dua bertarikh 23 Mac."

Kakitangan pejabat memecahkan pintu pejabat Rafizi kerana ia dikunci dan kuncinya tiada dengan mereka.

Rafizi memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersetuju agar pintu tersebut dipecahkan.

Rafizi muncul dalam keadaan baik dan bersemangat walaupun laporan berita sebelum ini menyatakan setiausaha agung PKR berada dalam keadaan tidak sihat.

Rafizi ditahan pada Jumaat di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan dikeluarkannya yang menyeru kehadiran ramai di perhimpunan #KitaLawan semalam.

Pihak polis memperoleh perintah reman tiga hari bagi ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi sepatutnya mengetuai kumpulan di perhimpunan tersebut dari Masjid Jamek untuk bertemu kumpulan lain dari Dataran Merdeka dan ibu pejabat PAS di kompleks membeli-belah Sogo.

SUASANA PANIK DIPASARAYA SEBELUM GST MULAI MENGAMUK.



Beginilah suasana, pemandangan dan keadaan sebuah Pasaraya di Selayang dimana para pengguna mengambil sikap panik dan beli barang-barang keperluan sebanyak mungkin dan termampu demi menggelak didera dengan amukan GST 6% yang mula berkuat kuasa 3 hari lagi sehingga kehabisan stok.

Jadi jelas betapa GST memberi impak dan kesan yang cukup mendalam kepada rakyat apabila dilaksanakan kelak.

Kempen yang diketuai Timbalan Menteri CGPA 3.85 Ahmad Maslan gagal untuk menyakinkan rakyat yang GST tidak membebankan rakyat.